AISYA yang terjaga dari tidurnya akibat getaran alarm pada iphone miliknya mula membuka mata dengan perlahan.Terpisat-pisat dia membuka mata. iPhone dicapai dan di on kan terlebih dahulu. Terus terang benderang permukaan skrin gajet tersebut. Terpaksa Aisya menutup matanya sekilas akibat silau.
Setelah itu, jam pada skrin dilihat. 3.30 pagi. Aisya mula bangun dari pembaringan dan terus menyandar pada kepala katil bersama tangan menutup mulut yang menguap. Tempat bersebelahannya dikerling. Kosong. Sesaat itu, bibir menguntum senyuman melebar. Lucu sebenarnya.
Haih, untunglah badan~
Selepas sahaja berjumpa dengan Dato' Luth mikael semalam, dia bersama Zulaikha mula bercerita tentang macam macam dan sedar tak sedar, jam 2 pagi baru habis bercerita.
Dan baru sahaja, Zulaikha mahu melelapkan mata, kedengaran suara sang suami mula menggamit pendengaran milik mereka berdua. Aisya dan Zulaikha berpandangan sesama sendiri sebelum Aisya mula bangun dan mengambil tudung untuk memakainya.
Zulaikha dengan malasnya mula bangun dan sejurus itu pintu dibuka dengan perlahan. Kepala dijengul keluar. Kelibat suaminya yang tersengih itu dipandang hairan.
"Abang ni dah kenapa ketuk pintu malam malam? Orang nak tidur la" tutur Zulaikha dengan nada mengantuk. Sempat mulutnya yang terbuka luas akibat menguap itu ditutup oleh Noah. Noah menggeleng perlahan.
"Sayang boleh tidur ke abang takde?" Soal Noah dengan penasaran.
Yela~ dia tak boleh nak tidur kalau takde bantal besar dia. Takkan bini dia boleh tidur tanpa dia. Kan?
Confident sangat kau nyah!
"Boleh" balas Zulaikha sepatah. Noah mencebik dan baru sahaja mahu dia melangkah masuk, tubuh badan tegapnya ditahan oleh Zulaikha.
Noah pasang muka cemberut. Ala~kenapa?
"Eh eh abang nak pergi mana ni?" Tahan Zulaikha laju.
" Tidur dengan sayang la. Takkan nak tidur dengan mama pulak, kang tak memasal makan parang dengan papa" jawab Noah dengan nada menyampah.
Tanya soalan tak boleh ke bagi elok sikit.
Aduhmak!!
Zulaikha memusingkan bebola mata keatas.
Haish, sabar jelah ada suami macam ni. Nasib sayang suami nyah! Kalau tak dah memang dia bagi free free je dekat buaya betina.
Eh kau!
"Tak boleh la, kan ada aira. Lagipun abang kan dah janji nak bagi sayang tidur dengan aira. Lupa keapa?" Soal Zulaikha tidak puas hati. Noah tepuk dahi sendiri.
Lupa pulak!
"Ye tak ye la. Abang lupa aira ada. Tapi kan sayang~ abang tak boleh tidur kalau tak de sayang" ujar Noah dengan nada meleret.
Aisya didalam sudah menahan ketawa. Tak sangka senior macho dekat sekolah dulu manja kemain dengan bini.
Ngada nak mampus!
"Ish takde takde" Zulaikha tetap dengan janjinya. Baru sahaja dia mahu menutup pintu, Noah menahan dengan lengan kekar miliknya. Zulaikha pasang muka menyampah.
"Apa lagi abang ni?" Soal nya malas. Orang dah la ngantuk, dia boleh pulak main tahan tahan macam ni.
Noah mendekatkan wajahnya dengan wajah sang isteri.
"Abang baru nak bagi top servis dekat sayang. Herm tapi sayang tolak, so—takpela. Bye" sempat telinga kiri sang isteri digigit manja.
Zulaikha terasa mahu pengsan saja. Haih suami dia ni kan pandai betul!
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Novela Juvenil"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...