BAB27💜

13.5K 618 15
                                    

ALEX berhenti sedikit jauh dari perkarangan milik kedua ibubapa majikannya, Zafran. Kepala diangguk sekilas sebelum bibir bawah dijilat. iPhone dikeluarkan dan terus nombor Zafran ditekan.

TUT

TUT

"Hmm?"

"Dia duduk rumah mama kau ni" Zafran angguk sebelum baju dibetulkan sekilas.

"Hmm--kau dah boleh balik. Nanti aku tambah gaji"

Alex tersengih.

"Good. Cau lu boss" talian dimatikan. Terus kereta meluncur laju membelah jalan bersama hati yang gembira.

Bonus bonus!!

Zafran keluar dengan langkah santai sambil tangan kiri dimasukkan kedalam poket. Tiba di meja secretary miliknya, Zafran berhenti. Ditatap wajah tekun jejaka itu. Diketuk meja tersebut untuk menyedarkan tentang kewujudannya.

Dongak kepala, wajah beriak kosong milik Zafran menyapa pandangan. Lantas itu, badan dibangun berdiri tegap.

"Kosongkan semua jadual aku harini" Fauzan angguk laju.

"Baik tuan" terus kedua kaki panjangnya bergerak kearah lift.

Poket diseluk dan diambil sebelum ditekapkan pada telinga. Badan disandar santai pada dinding lift itu.

"Bawak kereta aku kedepan" ditamatkan talian tanpa menunggu balasan.

TING

Kaca mata hitam yang tersangkut pada kolar baju diambil dan dipakai dengan santai sebelum kedua tangan dimasukkan kedalam poket seluar.
Kereta mewah berwarna hitam metalik yang baru sahaja dibawa oleh Kai didekati. Diloloskan diri di bahagian pemandu.

Tanpa membuang masa kereta itu mula meluncur laju meninggalkan perkarangan bangunan mewah itu.

Kereta diparkir kan ditepi kereta milik adiknya. Pintu utama dituju dan dibuka sebelum memasukkan diri. Figura wanita berpurdah yang berduduk disofa itu membuatkan jejaka ini terus menyungging senyuman sinis.

"Wow, tengok siapa tu. Aalden Humaira, CEO AelRa legacy atau lebih mesra dengan—aisya Humaira?" tutur Zafran dengan nada teruja.

"What a wonderful day~" sambungnya lagi seraya dengan selamba mengambil tempat disebelah Aisya. Spontan Aisya berdiri dan berundur jauh dari jejaka itu.

Bibir merah merekah itu diketap perlahan disebalik purdah. Nafas mula tidak teratur.

Patutlah dirinya berdebar sakan. Rupanya—ini nak jadi. Berjumpa dengan Luth Zafran!!

"Kenapa bangun? Duduklah, meh sini" gamitnya dengan sopan santun. Siap ditepuk perlahan ruangan kosong disebelahnya. Aisya geleng laju.

"Eh ai—zaf kenapa datang?" soal datin Amy hairan dan lantas itu dulang diletakkan bersahaja sebelum mula mendekat kearah Aisya. Entah mengapa rasa tak selamat pula.

Aduyai!! Time macam ni lah dia nak balik.

"Kenapa? Tak boleh kalau Zaf nak balik? Ni kan rumah Zaf juga" datin Amy menggeleng kecil menidakkan kata kata anaknya.

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now