NOAH tersenyum pasrah tatkala dipaksa oleh Zulaikha untuk bergambar bersama. Mereka kini berada di rumah agam milik kedua ibubapa sang isteri. Baru sahaja Noah ingin menjatuhkan tangan yang membuat bentuk peace tersebut mula mengeluh perlahan.
"Abang tak siap lagi la. Buat lagi, cepat la~" rengek Zulaikha manja. Sikunya menguis lengan sang suami. Noah akur dan merapati isterinya. Zulaikha tersenyum suka.
Shuben titeww enshem la~
"1 2 3 peace"
KLIK
"Siap dah?" Soal Noah seraya menjatuhkan tangannya. Zulaikha angguk laju bersama senyuman terukir di bibir. Tangan masih lagi menatap permukaan iphone untuk melihat gambar yang diambilnya sebentar tadi.
Semenjak mengandung ni, rasa macam nak manja manja dengan sang suami sahaja.Luth Zarif yang menuruni tangga dengan santai itu sempat menggeleng perlahan melihat abang iparnya yang pasrah dengan telatah kakaknya.
Nasib kau la Noah.
"Baru sampai ke?" tanya Luth Zarif apabila sudah berdiri tegak dihadapan pasangan suami isteri itu.
"Baru je" jawab Noah. Sekali sekala dipandang sang isteri yang masih ralit membelek gambar. Naoh mencebik, punya banyak diambil 3 keping je kekal, yang lain? Padam terus. Buat penat saja.
Nasib sayang!
Zulaikha yang mendengar suara garau adik lelakinya terus mendongak kepala dengan laju sebelum iphone miliknya dihulurkan kepada jejaka muda itu bersama sengihan. Berkerut dahi sang suami dan adik.
Dah kenapa tu?
Luth Zarif mengangkat sedikit alis kanannya sebelum menyambut huluran ibu mengandung itu.
"Kenapa?"
"Ambil gambar akak dengan abang kejap" naoh tepuk dahi. Lagi? Taknak!!
"Buat apa sayang? Kan dah banyak tadi" tanya Noah hairan. Ambil banyak banyak pun buat? Tadi pun 3 keping je. Ni ambil banyak entahnya satu habuk pun takde.
"Yang tadi banyak tak cantik. Cepatlah, bangun bangun" gesa Zulaikha sambil menarik lengan Noah untuk sama berdiri dengannya. Luth Zarif memutarkan bebola mata.
"Mengada ek kau" ujar Luth Zarif dengan nada menyampah. Zulaikah menjeling tajam kearah jejaka muda itu.
"Suka hati aku la! Sibuk je. Ambik cepat" Luth Zarif menjuih bibir seraya iPhone milik kakaknya diangkat.
1
2
3
KLIK
Selepas sahaja iphone disambut, suara datin Amy menggamit pendengaran mereka.
"Yang kamu bertiga berdiri tegak tu buat apa?" tanya datin Amy. Dulang berisikan air diletakkan di atas meja kaca yang berada ditengah tengah sofa.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Teen Fiction"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...