BUKAN sahaja qistina, malah kedua ibubapanya juga terkejut dengan gadis berpurdah itu. Walaupun pelik, datin Roziah tetap juga menyambut huluran salam Aisya dengan baik.
Seketika dia tersenyum, kalaulah anak dia berpakaian macam ini, sejuk—perut dia mengandung.
"Uncle dengan aunty dah sedia maklum?" soal zafran terus bersama riak kosong. Kedua pasangan tua itu mengangguk mengiyakan.
Zafran mengangguk sekilas sebelum bibir bawah dijilat sekilas. Qistina menatap Aisya atas bawah dengan pandangan jelek.
"Sebelum tu kenalkan isteri Zaf, Aisya"
Deng!
Seperti batu menghempap dirinya. Qistina menggeleng laju. Tak mungkin! Bila masa lelakinya itu berkahwin, malah pihak media juga tidak tahu.
Datin Roziah dan Dato' Zahid berpandangan sesama sendiri. Seketika, Dato' Zahid melepaskan nafas perlahan.
"Uncle tak sangka kamu dah berpunya. Uncle minta maaf dan jangan pula sebab rasa bersalah kamu terima lamaran kami"
Ujar Dato' Zahid panjang lebar. Betullah tu, keluarga dia dahulu yang melamar Zafran sebulan lepas. Tidak tahu pulak kumbang yang dilamarnya Sudah berpunya.
Qistina menggeleng laju, no no no!! Apa papa ni??
"You! Apa ni? Kenapa I tak tahu pun" tutur qistina dengan nada tertahan geram, gigi dikacip seketika.
"Atau—betina ni perangkap you?" tuduh qistina tanpa rasa bersalah. Datin Roziah mengucap panjang.
"Ya Allah qis! Tak baik tuduh macam tu"
Aisya menekur lantai. Air mata yang menunggu masa diseka perlahan. Zulaikha meraih dan menggenggam erat tangan kecil Aisya.
"Watch your mouth dear" tegas dato Zahid,tidak suka. qistina merengus sebal sebelum menjeling tajam Aisya disisi Zulaikha.
"Kalau macam tu, aunty anggap lamaran kami ditol—"
"Qis tetap nak kawin dengan zafran" cantas qistina laju. Kedua tangannya dilipat pada dada.
"Zafran dah ada wife kan? Kamu nak ke jadi isteri no 2?"soal datin Roziah untuk kepastian. Anak dia ni bukan boleh kira juga.
Kadang tak betul jugak!!
Qistina angguk yakin dan tanpa ragu ragu. Zafran tersenyum senget dalam dia.
"Tapi macam mana dengan iste—"
"Saya izinkan" ujar aisya dengan senyuman kelat disebalik purdahnya. Dato' Zahid mengeluh perlahan sebelum mengangguk. Dah tuan badan izinkan nak buat macam mana? Terima sahajalah.
Datin Roziah menatap sayu aisya, kalau dia lah. Jangan harap nak bagi.
"Kuatnya awak" bicara datin Roziah dalam hati dengan senyuman lebar. Harap anaknya nanti tidak lah membuat perangai dan tabah.
Sudah semestinya Zafran akan melebihkan isteri pertama kan? Dah nama pertama, memang pertamalah.
Datin Roziah bangun dan mendakap Aisya. Entah kenapa rasa lain macam. Qistina membuat muka jelek sebelum pandangan dikalih pada wajah mendatar Zafran. Terus senyuman gedik meniti pada dua ulas bibir merahnya.
Ruangan kosong sebelum Zafran diduduknya tanpa rasa malu. Dato' Zahid yang melihat itu pula terasa malu dengan anak gadisnya. Nasib, satu ni je anak dia. Kalau ramai? Entah macam mana nak melayan.
Haih!
"Alah you ni—kita kan dah nak kawin. Tak salah pun kan" ujar qistina manja. Dan sekali lagi mahu melentokkan kepalanya pada bahu tegap Zafran. Dan lagi sekali juga Zafran menunjal kepalanya. Tidak lembut tidak kasar.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Novela Juvenil"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...