BAB56💜

9.7K 539 61
                                    

"hah! Kamu dan kenapa Man? Kelam kabut aje opah tengok" Soal mak piah selepas aiman kembali berjalan bersama mereka.

Aiman pandang mak piah dan puan saleha silih berganti sebelum mula bersuara

"erm....opah, mak, sebenarnya tadi kawan Man call-"

Mak piah berhenti berjalan dan memandang aiman tajam.

" kamu jangan macam macam aiman. Kan dah janji dengan opah nak solat dekat surau harini" Tebak mak piah seakan tahu apa yang ingin disampaikan oleh cucunya yang seorang itu.

Aiman menggaru belakang kepalanya bersama riak yang serba salah. Puan saleha yang tidak tahu apa apa hanya menggangguk mengiyakan apa yang dicakap mak piah tadi.

Manakala aireen sudah dapat menghidu rancangan abangnya.

"opah, maaf ye. Man bukan nak mungkir janji tapi hal urgent katanya" Kata aiman lagi, serba salah.

"tak boleh ke tunda kejap man. Kut ye pun, solat lah dulu" Sampuk puan saleha yang hanya memerhati dari tadi.

"tak boleh mak. Dah nama pun urgent, mana boleh tangguh. Oklah opah, mak, man gerak dulu. Assalamualaikum" Putus aiman laju. Tangan mak piah dan puan saleha dikucup pantas.

Luth yang memerhati hanya senyap dengan kening yang sedikit terangkat. Hairan, namun dia malas hendak masuk campur dengan jejaka tersebut. Walau begitu, hatinya tiba tiba rasa lain apabila melihat wajah aireen yang tersenyum sumbing ketika terpandang wajah aiman, sebelum jejaka itu betul betul beredar.

Luth menggeleng perlahan. Positive je.

Ceh! Bila je kau positive nyah!

"eh eh jom cepat! Dah nak masuk waktu ni" Gesa mak piah laju.

Luth mengangguk perlahan. Berjalan beriringan dengan mak piah membuatkan niat aireen terbantut. memuncung saja gadis itu.

Niatnya ingin berjalan beriringan dengan suami sepupunya itu, namun jejaka itu lebih pantas bertindak dengan berjalan bersama opahnya.

Surau al Mahmud yang sudah penuh dengan orang kampung menarik perhatian luth.

Deg

Luth terhenti dari berjalan. Mak piah yang perasan terus berpaling kearah luth. Berkerut dahi milik wanita tua itu.

"luth? Kenapa ni?" Soal mak piah hairan bersama bahu luth dicuit sedikit.

Puan saleha dan aireen sudah menapak ke surau selepas diarah olehnya.

Luth tersedar. Wajah dihala pada mak piah.

"kenapa?" Soal mak paih lagi. Luth geleng kecil.

Deg

Belum sempat dia melangkah, sekali lagi dia terhenti. Sesaat itu, luth memegang kepalanya yang terasa sakit. Naik hairan mak piah dibuatnya.

Lengan luth dipegang dan digocang sedikit kuat.

"luth, kenapa ni? Ya allah! Luth! Luth! Ya allah dah kenapa ni? Kamu sakit ke?"

Kelam kabut mak piah, kebetulan pula tiada orang dek sudah masuk waktu maghrib.

"bagi aku keluar luth, aku dah bagi muka sangat dah dengan kau ni" Suara itu bergema kuat. Makin kuat gelengan luth. Mak piah yang melihat makin gelabah.

"ya allah, leha! Leha!" Terpaksa. Mak piah melaung memanggil nama anaknya.

"ish kau ni. Mana nak dengar, kalau surau pun jauh juga" Bebel mak piah sendiri. Kalut.

Baru sahaja mak piah ingin menapak kearah surau itu. Lengan nya disambar lembut oleh luth dari belakang.

Mak piah berpaling pandang luth dibelakang dengan muka berkerut.

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now