BAB42💜

11.7K 580 26
                                    

AISYA mengeluh perlahan seraya mengelap peluh di dahinya. Kain batik yang hampir melorot  dibetulkan sekilas. Pandangan ditebar pada serata ruangan rehat tingkat dua.

Ruang tamu? Done!

Dapur? Done!

Tingkat satu? Done!

Tingkat dua? Hampir!

Tinggal bilik tidurnya sahaja tidak dikemas lagi.

Mini sofa dijadikan tempat dia melabuhkan punggung. Nak buang lelah mengemas kejap! Kini rambutnya pula dikemaskan.

" Haih, penatnya~"

Aisya terdiam sejenak tatkala dia terpandangkan bilik yang dilarang untuk dimasukinya. Aisya melilaukan pandangan pada siling tingkat dua itu, mungkin ada cctv. Dan—tepat sangkaannya, Aisya mengeluh perlahan.

Lama berfikir dan sesaat itu, senyuman lebar meniti bibir merekah miliknya. Bangun dari duduk, biliknya dituju. iPhone diatas meja solek dicapai dan nombor Jenny dicari.

Duduk dibirai katil, jari jemarinya ligat menatal skrin gajet mahal itu. Aisya tersenyum tatkala bunyi pesanan masuk.

Jenny
Iya, kenapa puan?

Me
Tolong hack CCTV rumah saya. Semua. Takut suami saya syak

Jenny
Erk. Takpe ke puan?

Me
Oky kot?

Jenny
Oklah macam tu. Pandai pandai lah saya buat macam real punya.

Me
Tq Jenny.

#yangkubankuban😂

Aisya jadi gelisah. Entah jadi ke tidak. Tidak sampai lima minit, pesanan dari Jenny mula masuk. Sejurus itu, dia tersenyum lagi dan mula mencipta langkah kearah bilik tersebut.

Tangan yang menyentuh tombol pintu dijatuhkan semula kesisinya.

"Boleh ke? Tak dosa? Ish! Tapi aku nak tahu. Rilex Sya. Tarik nafas, hembus" Lama begitu, akhirnya Aisya memutuskan untuk masuk.

Dengan lafaz bismillah, dia memulas tombol tersebut. Saat terbuka pintu tersebut, Aisya terkaku dan tergamam. Ruangan bilik yang berwarna hitam itu penuh dengan gambar miliknya. Dari kecik sehingga dia remaja. Dan bersambung ketika dia mula mula tiba di lapangan terbang sebelum berkahwin.

Perlahan lahan dia memasuki. Dari kanannya dia menyentuh frame gambar tersebut. Aisya mengusap gambar tersebut satu persatu. Ada juga gambar yang dilukis.

Aisya mengerutkan dahinya tatkala satu canvas besar ditengah tengah dinding tersebut. Sudah siap dilukis namun belum diwarnakan. Gambar dia.

"Cantik" sungguh cantik walaupun belum diwarnakan.

Berjalan lagi, Aisya berhenti tepat dihadapan almari besar berwarna hitam. Nak buka takut, tapi kalau tak dibuka nak buka.

Mahu tak mahu, dia buka juga. Terdapat banyak file file, namun ada satu yang mencurigakan. File berkulit emas. Dengan rasa ingin tahu yang membuak buak.

Akhirnya, file tersebut selamat dibaca Aisya. Kekiri kanan iris matanya bergerak bersama mulut terkumat-kamit membaca isi file tersebut. Aisya tergamam. Diulang kata kata itu kerana tidak percaya. Tangan menekup mulut sambil kepala digeleng laju. Tidak percaya.

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now