LUTH mencerlung tajam kearah Aiman yang sedang leka menatap Aisya dari jauh. Apa? Ingat dari jauh dia tak nampak keapa?
Sengaja pinggang Aisya ditarik merapat dengan tubuh tegapnya. Tak habis disitu, tangan Aisya digenggam pula. Aisya berkerut dahi sekilas sebelum tatapan hairan diberi kepada suaminya.
Kening kanan diangkat sedikit. Luth menggeleng sahaja. Sisi kepala Aisya dikucup berkali kali sambil mata melirik kearah Aiman.
Senyuman sinis meniti di bibirnya apabila pandangan dia dan Aiman bersabung. Terketap ketap rahang Aiman dikala ini.
"Kamu ni Luth, sejak semalam sampai ke hari ni asyik melekat-je dengan aira ya?" sakat mak Piah nakal. Aisya senyum nipis sahaja. Luth angguk mengiyakan. Sekali lagi senyuman sinis dan bangga ditayang pada Aiman.
"Entahlah opah. Aura cucu opah ni kuat sangat" ujar Luth lembut sambil meramas sisi pinggang Aisya. Merona merah wajah Aisya.
"Amboi-kemain ya kamu Luth" Airen pula memutarkan bebola mata keatas tatkala kewujudan dia bersama ibunya tidak diendahkan oleh mak Piah. Manakala puan Saleha sudah menggelegak panas.
"Kau dah lama kawin dengan dia?" Soal puan Saleha tiba tiba. Luth jongket kening sedikit. Apa makcik ni cakap?
"7 bulan dah. Kenapa maklong?" Tutur Aisya lembut bersama senyuman manis namun puan Saleha menjeling tajam Aisya. Berubah air muka Aisya, kemudian kepala ditunduk. Memandang jemarinya diatas riba.
"Korang kawin sebab suka atau-tangkap basah?" soalan sinis dari mak Piah benar benar buat Luth rasa terhenyak. Sesaat itu, dia melepaskan nafas perlahan sebelum mencapai tangan Aisya dan digenggam. Airen sembunyi senyum. Senyum sinis.
"Ya Allah leha! Apa kamu cakap ni? Tak baik tuduh macam tu" selar mak Piah geram.
"Leha bukan nak tuduh mak tapi mana lah tahukan, ialah leha pun tak tahu cucu mak sorang ni dah-"
"Kamu je tak tahu. Mak dengan Salina tahu. Mak dengan adik kamu tu ada juga dekat majlis nikah aira dengan suami dia. Kamu je yang tak nak pergi"cantas mak Piah laju sekaligus menantikan bicara puan Saleha.
Puan Saleha mendengus sebal. Wajah tertunduk Aisya dipandang menyampah. Begitu juga dengan Airen.
"Ish mak ni! Sikit sikit nak bela budak ni! Leha cakap mana tahu kan? Entah entah dah bun-"
"Makcik jangan nak melebih. Kitorang kawin macam mana sekalipun takde kena mengena dengan makcik! Lain kali jaga tepi kain sendiri. Jangan nampak yang orang je! Jom sayang" bidas Luth datar. Sejurus itu, Aisya ditarik masuk kedalam bilik.
Airen menghentak kaki geram. Ibunya dipandang dengan muka tidak puas hati.
"Mak~eee tengok tu. Benci la ren. Kenapa la ada orang bela perempuan tu!!" Dengus Airen. Mak Piah menggeleng kesal.
"Dah suami dia. Memang le", bidas mak Piah selamba. Puan Saleha menjeling sekilas ibunya sebelum lengan anak perempuannya itu diusap lembut.
"Mak ni tak habis habis. Ish tak sukalah leha" mak Piah hanya menggeleng pasrah.
"Ikut suka korang la. Malas aku nak ikut campur" sejurus itu, badan dibawa ke ruang dapur.
Puan Saleha mencebik sekilas. Keberadaan anak lelakinya yang bangun itu dipandang bersama kening dijangkiti sedikit.
"Ha! Kau nak pergi mana pula?"
"Keluar" balas Aiman sepatah. Tidak menunggu lama dia terus keluar. Malas nak dengar puan Saleha membebel.
"Ini sorang lagi. Kerja asyik keluar je. Hurh!" Dengus puan Saleha lagi.
"Mak~"terus kepala dipusing ke sisi nya.
"Apa?"
"Macam mana ni mak? Mak tak tengok ke kereta suami aira dekat luar tu? Kemain mewah mak. Macam mana la laki tu nak dekat aira tu. Nak kata cantik tak lah sangat kalau nak dibandingkan dengan ren ni" adu Airen dengan suara meleret namun diselitkan sedikit nada cemburu dan geram.
"Entah la mak pun. Apa kata kau try goda suami dia tu. Mana tahu melekat? Untung-mak" bagitahu puan Saleha dengan senyuman sukar ditafsirkan.
Airen membulatkan mata tanda teruja. Kepala diangguk laju.
"Bijak mak. Ren yakin mesti dia akan tergoda. Apa nama suami dia tu mak Luk, Lut?" Puan Saleha memutarkan bebola mata keatas.
"Hish kau ni Luth la" kepala Airen ditunjal geram. Mendesis sakit si gadis.
"Mak!!"
"SYA, meh sini" ruang kosong disebelah ditepuk. Aisya akur tanpa banyak bunyi. Dagu dihayun kepada Luth.
"Kau tak payah kisah pasal diorang ya? Ya, aku tahu apa makcik kau cakap tu mesti kau terasa tapi semua tu aku yang salah. A-aku minta maaf pasal tu" terang Luth lembut. Aisya senyap.
Melihat kebisuan Aisya membuatkan Luth tidak senang duduk. Dagu Aisya didongak. Tepat memandang wajahnya. Wajah didekati dengan wajah isterinya. Boleh rasa nafas hangat Aisya menampar lembut mukanya. Redup sahaja pandangan Aisya kepadanya. Hela nafas perlahan. Kedua mata Aisya dikucup lama.
"Kenapa senyap ni? Hmm?" Soal Luth selepas menjarak wajah mereka. Aisya menggeleng perlahan.
"Takde apa apa. Tiba tiba-tiba je rasa takde mood nak cakap" jawab Aisya perlahan. Tangan suaminya dimain mainkan. Lebih tepat urat yang timbul di kekura tangan Luth. Ditekan tekan, geram.
Tanpa kata, Luth membaringkan kepalanya diatas peha Aisya. Wajah dihala pada perut Aisya sebelum baju Aisya diselak sedikit. Dikucup lembut.
"Anak papa ni kenapa hmm? Kenapa buat mama takde mood? Baby nak something ke? Bagitahu mama nanti mama bagitahu papa ya?" Aisya tersenyum suka melihat Luth sedang berbual dengan 'baby' nya itu. Rambut keperangan suaminya dielus.
"Takde, baby tak nak apa apa. Mama ni je mengada lebih" kata Aisya dengan suara dikecilkan. Pantas Luth mendongak keatas. Terkejut dengan Aisya yang tiba tiba bersuara
Tiberrrr!! HAHA
"Kenapa abang pandang Sya macam tu?" Soal Aisya lucu. Wajah Luth ditutup dengan tapak tangannya. Malu.
"Awwh abang!" Terkejut Aisya dengan Luth yang sengaja menggigit jarinya. Dada bidang Luth ditampar perlahan. Luth tersengih lucu sebelum menarik kembali tangan Aisya dan dikucup satu persatu jemari Aisya.
Buat apa katanya~
Aduh~terlebih pulak manis dia ni!!!
"Sorry oky? Baby jangan marah eh? Papa gurau je. Kan mama ni mengada, so papa kena manjakan sikit mama ni. Nanti dah keluar jangan ikut perangai manja mama ya? Nanti papa takut mama jealous" kata Luth lagi, lagak berbisik. Aisya diatas dikerling sekilas.
Aisya mencebik menyampah.
"Ha'ah ok juga macam tu. Jangan ikut nanti papa dah tak layan mama" ujar Aisya malas.
Luth sembunyi senyum.
"Takpe nanti papa layan mama lebih ya?" Sengaja nak menyakat. Aisya buat tak tahu. Rambut Luth diusap sedikit kasar. Terlepas juga tawa Luth. Makin cemberut muka Aisya.
"Eeee geramnya papa dengan mama baby ni~~"
TBC
happy reading gaisss❤️
Cam selalu typo roger ii eh
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Teen Fiction"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...