BAB23💜

14.1K 581 14
                                    


"HUH, kau siapa ?" Soal puan saleha tanpa pandang kiri kanan.

Niatnya untuk memberi salam kepada mak Piah terus terhenti apabila figura wanita berpurdah sedang berduduk di kerusi kayu yang berada di ruang tamu rumah menjengah sistem penglihatan.

Aisya berpaling laju, kelibat ibu saudaranya yang menatap hairan itu dibalas dengan senyuman manis. Menyepet sepasang mata itu. Terus badan dibangunkan dan melangkah perlahan kearah bersama huluran tangan.

Puan Saleha hanya memandang sepi huluran wanita berpurdah itu. Sedikit pun tidak terniat untuk menyambut. Aisya senyum kelat disebalik purdah dengan tangan dijatuhkan perlahan kesisinya.

"Kau siapa?" Soal puan Saleha lagi. Baru sahaja Aisya mahu membalas pertanyaan ibu saudaranya, suara nyaring seseorang mula menggamit pendengaran. Sejurus itu, kepala ditoleh kearah belakang puan Saleha.

Sesaat itu, Aisya mula mengeluh perlahan. Anak-anak puan Saleha, Aireen, Aiman serta Aisar. Antara ketiga tiganya, hanya Aisar sahaja yang baik dalam melayannya.

"Kau kenapa terjerit-jerit ni?" Marah puan Saleha kepada anak perempuannya, Aireen. Aireen juih bibir kedepan sebelum matanya disapa wanita berpurdah dan terus riak wajah bertukar kepada hairan. Kening dijongket tinggi sambil tangan naik memeluk tubuh.

"Kau siapa?" Puan Saleha memutarkan bebola mata keatas sebelum kepala anaknya ditolak dari belakang. Mengaduh sakit gadis muda itu sebelum mengumam kecil.

"Dia baru nak jawab tadi tapi engkau yang potong. Ish entah apa la nak jadi dengan kau Aireen" bebel puan Saleha sambil menggeleng perlahan. Aisar ketawa berdekah apabila kakaknya dimarahi, manakala Aiman tidak lepas dari memandang figura tersebut.

"Saya um—"

"Eh, bila sampai? Mak tak dengar pun orang bagi salam" mak Piah yang datang dari arah dapur dengan menatang dulang air menghampiri mereka. Laju sahaja tangan kecil Aisya membantu mak Piah. Diambilnya dari tangan mak Piah dan diletakkan atas meja kecil yang berada ditengah tengah kerusi kayu.

"Ha, baru je mak. Ni siapa mak?" Disoalnya pula kepada mak Piah. Jari telunjuk ditunjuk pada Aisya. Mak Piah kerut dahi sebelum menurut arah yang ditunjukkan oleh anak perempuannya. Sesaat itu, mak Piah kerut dahi.

"Umai. Kenapa?" Mak Piah pandang anaknya sulungnya serta ketiga cucunya yang terlihat terkejut.

"Kau buat apa dekat sini hah!?" Jerkah puan Saleha terus. Terpejam rapat mata serta kedua bahunya terhinjut keatas sedikit akibat jerkahan kuat itu. Mak Piah mengucap panjang.

Terkejut!

"Yang kau dok jerkah-jerkah ni kenapa? Tak boleh cakap elok elok ke?" Mak Piah bersuara dengan nada geram. Ketiga anak maklongnya hanya menatap bersahaja kearahnya.

"Mak boleh tanya Long kenapa? Mak sedar tak budak ni—" jari telunjuk ditarik atas bawah kearah badan Aisya bersama tatapan jijik.

"Pe. La. Cur!" Sinis puan Saleha. Sengaja ditekan satu persatu-satu.

Aisya pejam mata rapat tatkala terasa tubir matanya mula menghangat. Berdesing telinga mendengar hinaan maklongnya.

"Astaghfirullah—kamu tak boleh tuduh macam tu long" mak Piah mengusap dadanya perlahan sambil tangan kanannya menggengam tangan kecil Aisya.

Aireen putar mata keatas. Menyampah.

"Mak kata apa? Tuduh? Mak tak ingat ke yang reen pernah tunjuk gambar budak ni dok tidur dengan jantan mana entah" terangnya lagi dengan mimik muka jijik.

Mak Piah menggeleng perlahan.

"Tu semua fitnah long"

"Mana mak tahu?" tanya puan Saleha tidak puas hati. Kenapa ibunya nak menangkan sangat anak arwah adiknya.

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now