AMIN mengangkat telefon yang berbunyi dari tadi. Nama pemanggil dikerling sekilas sebelum menekan ikon hijau.
"You you!!" panggil qistina gelabah. Amin terkekeh suka. Terasa lucu.
"Iye sayang, kenapa?" Lembut tuturan amin. Qistina dihujung talian sudah gelabah sakan.
"You kita jumpa kejap" kata qistina laju.
"Tapi kenapa? Kan lagi sejam you nak--"
"You please?" Amin mengeluh perlahan seraya mengangguk walaupun tidak dilihat qistina.
"Hmm you tunggu I datang ambil" terus talian diputuskan. Baju t shirt hitam dipakai sebelum kunci kereta dicapai.
Kereta diberhentikan sebaik berhenti di bahu jalan. Qistina masuk memboloskan diri kedalam kereta. Wajah amin dipandang dengan kerutan di dahi.
"You ni dah kenapa gelabah je I tengok" soal amin Risau. Kening qistina diusap lembut untuk menghilangkan kerutan.
Tanpa mengendahkan amin, qistina menyelongkar beg tangannya, satu alat dikeluarkan dan dihulur kepada amin.
"Apa ni?"
"You tengok lah"
Dahi yang berkerut bertukar ceria.
"Betul ni you? Arghh happy nya" laung amin sedikit kuat menandakan dia gembira.
"You tapi macam—"
"Berapa bulan sayang? I tak lama lagi dah nak jadi papa" potong amin laju. Qistina membulatkan matanya tidak percaya.
"Hey! You merepek apa ni! I kena gugurkan kandungan, kalau tak nanti Zafran tahu" kenyataan qistina membuatkan amin terdiam.
"Tak sayang ke?" soal amin lirih.
"Nanti i bercerai, you nak anak banyak mana pun takpe. I rela. Sekarang ni kita kena buat macam ni dulu" pujuk qistina lembut. Wajah amin ditekup kedua tangannya.
"I-I tak sanggup you" tangan qistina dilepaskan seraya berpaling kehadapan. Qistina mengeluh perlahan.
"Sayang look. You sayang i kan? Kalau sayang, you dengar apa yang i cakap ye. Kita terpaksa"
"Hmm, kalau sekarang tak sempat you" air mata yang hampir jatuh diseka perlahan.
Siapa je tak gembirakan?
"Hey, jangan nangis. Buruk tau. Nanti lepas kawin I cuba untuk keluar, lepastu kita pergi ye" masih lagi dalam nada memujuk. Amin hanya mengangguk kecil.
"Dah la, pergi masuk. Nanti parents you cari pula" tutur amin tanpa memandang qistina.
"Hmm take care. Drive elok elok" sempat dititip pesanan kepada amin.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Roman pour Adolescents"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...