SEMUA barang yang berada diatas meja ditolak kasar. Pantulan wajahnya pada cermin dipandang. Seketika dia menjerit nyaring seiring dengan menarik kasar rambut panjangnya.
"Arghh!! Semua salah perempuan bodoh tu! Arghh!"
"Qis! Qis sayang. Buka pintu ni sayang. Amin datang nak jumpa qis" bohong datin roziah risau.
Qistina diam sejenak sebelum menatap kosong pada pintu bilik tidurnya. Tiada tanda mahu membuka.
"Qis? Sayang dengar kan? Amin datang ni, dia nak jumpa qis" ujar datin Roziah sekali lagi apabila tiada sahutan dari sang anak.
Sepi.
Datin Roziah mengeluh berat sebelum pandangan dikalih pada sang suami ditepi. Kepala digeleng perlahan.
"Kita guna kunci pendua je lah Zi" ujar Dato' Zahid pasrah.
"Abang nak suruh jadi macam haritu?" soal datin Roziah lirih. Dato' Zahid mengeluh perlahan.
Teringat akan kejadian yang berlaku beberapa hari lepas apabila dia bersama sang isteri membuka pintu bilik qistina menggunakan kunci pendua.
Qistina bertindak mencederakan diri dengan gunting yang sudah sedia ada didalam bilik itu. Akhirnya, dia meminta bantuan daripada anak saudaranya yang duduk berdekatan dengannya.
Mahu meminta bantuan amin, rasa macam tidak kena. Kerana dia sendiri melarang jejaka itu untuk berjumpa dengan qistina buat seketika waktu ini.
"Kalau kita minta tolong amin? Mungkin qis dengar?" Cadang datin Roziah tiba tiba. Dato'Zahid berfikir sejenak.
"Tak pe ke? Kan saya dah warning dia" bagitahu Dato' Zahid kepada datin.
"Saya rasa takpe. Lagipun awak tak ingat macam mana budak tu bersungguh nak kan qistina? Awak ingat kan?" datin Roziah memperingatkan balik tentang kesungguhan amin terhadap qistina.
Dato' Zahid angguk perlahan, mengiyakan kata kata sang isteri.
"Hmm, awak tunggu sini, saya call amin sekarang" datin mengangguk dan pemergian sang suami dihantar dengan sorotan mata.
Sekarang amin sahaja harapan mereka!
"BAIK uncle. Kejap lagi amin sampai. Assalamualaikum" sejurus itu, talian dimatikan. T shirt hitam disarungkan pada badan tegapnya seraya mencapai kunci keretanya.
"Sabar sayang. Tunggu I kejap" gumam amin perlahan. Terus kereta miliknya meluncur laju keluar dari perkarangan rumahnya.
Tidak sampai satu jam, amin sudah sampai dihadapan rumah banglo milik Dato' Zahid . Keluar dari kereta, bergegas dia bergerak kearah pintu utama. Butang loceng ditekan berkali kali berserta ucapan salam.
Tidak lama itu, pintu tersebut dibuka dari dalam dan wajah kerisauan Dato'Zahid jelas pada penglihatannya. Tangan Dato'Zahid dicapai dan disalam lembut.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Jugendliteratur"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...