BAB6💜

13.1K 650 21
                                    


LENANYA terganggu akibat Aisya yang tiba-tiba meracau. Mata dicelik perlahan dan terus memandang Aisya disebelahnya. Dahi licin Aisya yang berkerut disentuh lembut.

Panas!!

Keluhan malas dihela perlahan sebelum turun dari katilnya untuk ketingkat bawah. Cool fever didalam kotak first aid diambil dan dibawa masuk ke biliknya semula. Dipandang muka berkerut Aisya sekilas sebelum menampal cool fever itu.

Badan dibaring mengiring sebelah Aisya sebelum dimasukkan badan dalam selimut dan menarik Aisya masuk kedalam dakapannya. Mata kembali dipejamkan sambil tangan menepuk lembut belakang Aisya.

Aisya menggeliat kecil tatkala terasa badannya dipeluk erat oleh seseorang. Mata dibuka perlahan bersama kerutan di dahi. Kepala yang berdenyut dipicit perlahan. Pandangan dialih kearah Luth Zafran yang memeluknya, sejurus itu sengihan lebar terbit dari bibir merah itu. Alahai dah macam tak nak lepas je gayanya!

Bahu lelaki itu digoyang perlahan dek tak cukup nafas.

Ketat woi dia peluk!!

Luth Zafran mencelik matanya perlahan tatkala terasa bahunya digoncang seseorang.
Terkejut dirinya apabila sistem penglihatan terhidang dengan wajah Aisya. Dekat sangat. Terus badan dijauhkan dari Aisya dan sesaat matanya dipejam celik untuk menghilangkan kantuk.

Tanpa mempedulikan Aisya yang terkebil kebil, tuala berwarna hitam diambil dan terus melangkah kedalam milik mandi.

Aisya hanya memandang pelik telatah Luth Zafran sebentar tadi. Sejurus itu, bilik milik Zulaikha dituju.

Nak mandi!!

Selesai menyangkut sejadah ditempatnya, sistem pendengarannya digamit dengan ketukan pintu bilik. Sejurus itu, pintu putih bercorak bunga itu dibuka perlahan sebelum memandang kebawah dan serta merta senyuman nipis terukir dibibirnya apabila terdengar deheman gadis kecil itu.

Pintu dibuka luas untuk menyenangkan Aisya masuk. Badan kecil miliknya dihempas pada katil milik Zulaikha. Tergeleng geleng gadis remaja itu melihat telatah Aisya. Sesaat kemudian, Zulaikha mengerutkan dahi tatkala melihat cool fever yang tertampar elok didahi gadis kecil dihadapannya itu.

"Kenapa ni?" soalnya risau seraya tangan menyentuh lembut dahi itu.

Suam suam!

Kini giliran Aisya pula yang mengerutkan dahi sebelum tangan menyentuh dahinya sendiri. Saat terasa sesuatu melekap didahinya terus kepala digeleng perlahan bersama muka pelik.

"Sya meracau semalam" belum sempat Zulaikha membuka mulut, kedengaran suara remaja lelaki. Sejurus itu, kedua gadis itu memalingkan wajah kearah pintu bilik dan ternyata Luth Zafran elok sahaja menyandar dipintu itu dengan tangan disilang ke dada.

Zulaikha membulatkan mulut membentuk'o' seraya mengangguk kecil. Terus lelaki itu turun ketingkat bawah tanpa mempedulikan kedua gadis tersebut. Sejurus itu, pandangan dialih pula pada gadis dihadapannya.

"Umai mandi dulu. Baju akak letak atas katil lepastu turun bawah. Oky?" anggukan diberi seraya mencapai tuala dan melangkah ke bilik mandi.

SELESAI bersarapan, kotak first aid  dicapai dan diselongkar. Datin Amy yang baru hendak melintasi anak perempuanya terus terhenti dan memandang hairan.

"Along cari apa tu?" soalnya. Terlepas kotak first aid itu tatkala disapa suara ibunya. Kotak itu dikutip sebelum tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru. Tabiat.

"Along cari ubat" jawabnya sambil menyambung cari ubat itu.

"Along sakit ke?" tanya datin Amy. Risau.

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now