BAB19💜

13K 609 35
                                    


AISYA MENATAP sayu lucas Allen yang terbaring lemah pada katil hospital. Selepas sahaja memastikan Luth Zafran betul betul keluar, Aisya segera masuk ke wad VVIP ini. Kerusi ditarik perlahan sebelum melabuhkan punggung disitu. Tangan berkedut lelaki tua yang berada disisinya, diusap perlahan.

"Umai minta maaf, sebab umai atok masuk hospital. Betul apa yang maklong cakap, umai pembawa malang. Dulu ibu, and now—you...." perlahan sahaja nada Aisya. Aisya menunduk bermain dengan jari tua lelaki itu dan perlahan lahan air mata mula turun. Hanya untuk pendengaran mereka berdua.

"Bukan salah kamu" terhinjut bahu Aisya tatkala suara garau lelaki itu bersuara bersama menggosok sekilas kepalanya dengan tangan kiri. Pantas Aisya dongak kepala.

"Atok—tapi semua ni sebab mai—mai punca" tirhinjut hinjut bahu itu akibat tidak dapat menahan tangis. Dari tangisan perlahan ke tangisan kuat. Lucas Allen menggeleng sambil tersenyum nipis sebelum bahu Aisya diusap lembut.

"Tak, itu semua ketentuanNya. Dah, No more nangis nangis. Tak cantik dah—" seloroh lelaki tua itu. Aisya mencebik sebelum menampar perlahan lengan lucas Allen.

Terkekeh kecil lelaki berusia itu.

"Apa atok ni. Orang betul betul dia buat lawak pulak" lengan yang ditampar tadi diusap lembut. Lucas Allen menggeleng, lantas tangan kiri mengesat air mata yang masih tersisa dipipi kemerahan itu.

Aisya mengambil iphone yang berbunyi nyaring didalam Sling bagnya sebelum dilekap pada telinga kiri. Lucas Allen menatap hairan aisya yang terangguk-angguk itu. Talian ditamatkan usai sahaja pemanggil disebelah sana sudah putuskan talian itu. iPhone ditaruh semula. Sejurus itu, Aisya mendongak memandang lucas Allen dihadapannya yang beriak hairan. Terkekeh kecil Aisya melihat muka tua itu berkerut-kerut.

"Atok, Umai dah nak kena gerak ni. Umai nak minta maaf sekali lagi dan take care" sempat Aisya berpesan kepada lucas Allen sebelum tangan tua itu disalam penuh sopan. Lucas Allen angguk perlahan.

Baru sahaja Aisya mahu berpaling, lengannya dipegang oleh lucas Allen. Aisya pusing semula dan menatap hairan lucas Allen.

"Yup?"

Lucas Allen melepaskan keluhan kecil sebelum bersuara.

"Umai nak pergi mana sebenarnya ni? Kalut semacam je? Dan—betulke Luth--rogol umai?" Soal lucas Allen dan Soalan terakhir ditanya dengan nada perlahan. Aisya terdiam sejenak sebelum melepaskan keluhan kecil. Nampaknya, atok angkatnya ragu-ragu dengan kenyataan itu.

Aisya angguk perlahan.

" Tenangkan diri. Someone dah tunggu umai dekat luar. It's okey if atok tak percaya, umai tak paksa. Takpe la umai pergi dulu" terus sahaja kaki itu melangkah keluar tanpa memandang lucas Allen.

Lucas Allen meraup rambut keperangan yang sudah ditumbuhi uban itu kebelakang selepas melepaskan keluhan berat.

Dia tahu cucunya yang satu itu kerap ke tempat Yang terlarang untuk melepaskan stress dan melanggan pelacur. Sesaat, kepala digeleng perlahan.

"APA nak jadi dengan kamu Luth. Sanggup kan buat umai macam tu?" Datin Amy mengeluh kecil. Kecewa dan terkilan dengan anak lelakinya. Sampai sahaja di hospital tadi, dia dikejutkan dengan soalan yang keluar dari mulut bapa mentuanya.

"Kau rogol umai. Betulke?" Tiada sudah panggilan sopan malah 'kau-aku' yang digunakan.

Rasa nak pitam je tadi tapi nasib baiklah dia ni jiwa kental. Ceh!

Datin Amy menatap dalam wajah Luth Zafran yang beriak kosong seperti tiada apa yang berlaku. Sekali lagi wanita itu melepaskan keluhan sebelum memandang wajah suaminya yang berada disisi kanan, malah kedua anaknya lagi berada dihadapannya. Dapat dilihat kedua anaknya itu memandang tajam kearah Luth Zafran.

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now