BAB22💜

13.6K 577 16
                                    


STAFF mahupun orang yang berada di perkarangan lobi itu menatap kagum kearah 4 jejaka yang segak berpakaian suit lengkap yang diikuti oleh beberapa orang berpakaian serba hitam. Spontan staff disitu menunduk hormat. Siapa saja yang tidak kenal dengan mereka. Dan yang paling mengagumkan, CEO Luth's empayar serta LZ Corps juga turut serta. Jarang sekali mereka dapat melihat jejaka itu. Selalunya hanya kedua orang kanannya sahaja atau bertiga bersama Noah.

Mereka menghiraukan tatapan dari orang sekeliling, dan berlalu santai kearah lirf yang berwarna hitam emas itu. Dalam diam, Zafran melorek senyuman penuh makna.

Selepas sahaja dia pulang dari rumah kedua ibubapanya kelmarin, Mike memaklumkan bahawa syarikatnya perlu bekerjasama dengan AelRa legacy. Sejurus itu, dia meminta jejaka beramta ligth brown itu mencari maklumat tentang syarikat ini. Dan siapa sangka bahawa, nama baru gadisnya yang diberi tahu noah tempoh hari, sama dengan nama CEO baru syarikat ini.

Jodoh mungkin?

Ting

Lantas badan dibawa keluar dari lift. Alex berlalu ke meja secretary.

"Meeting?" Wanita itu seakan mengerti lalu bangun dari duduknya. Dilihat wanita berpakaian casual itu membawa mereka ke bilik mesyuarat.

"Please" sila wanita itu kepada Alex dan yang lain. Alex mengangguk kecil.

Sempat Zafran membetulkan blazer miliknya sekilas. Masuk sahaja, matanya mula meliar mencari kelibat gadis tersebut sambil mengambil tempat bersebelahan dengan naoh. Staff yang berada disitu menunduk hormat diikuti dengan Jenny.

Sesaat itu, Zafran mula menghela nafas perlahan. Kelibat Aisya tidak kelihatan. Kalau dia tahu Aisya tidak turut serta, tidak mahu dia datang kesini. Kalau tidak silapnya, Mike memaklumkan bahawa gadis itu turut mahu serta kalau diikutkan oleh PA gadis itu sendiri.

Aisya yang baru masuk itu, berjalan perlahan bersama mata menyepet. Tersenyum.

Sesaat kedua iris matanya bertembung dengan iris biru gelap milik Zafran. Kedua-dua mereka terkedu. Aisya berdehem kecil menghilangkan rasa gemuruhnya selepas memutuskan pandangan denagn lelaki itu.

"Abang"

"Sya"

Gumam mereka berdua. Hanya untuk pendengaran mereka sahaja.

Terasa sesak nafas, liur ditelan payah. Aisya duduk disisi Jenny sebelum mengambil tangan Jenny dibawah meja dan digenggam erat. Lantas itu, wanita itu menoleh kesisi kirinya tatkala disapa tangan sejuk dingin Aisya. Aisya menggeleng perlahan membalas bahawa dia baik-baik sahaja.

Zafran seperti sudah dapat mengecam gerangan tersebut. Meeting berlangsung dengan lancar. Dan Zafran tidak memutuskan pandangan kepada Aisya walau sesaat pun.

Tergamam juga dia melihat penampilan baru dari gadisnya itu.

"Akak, jangan umum lagi pasal benda tu. Oky? Tunggu aira nak pergi toilet" Bisik Aisya perlahan. Hanya pendengaran mereka. Manakala Zafran menatap tajam kearahnya.

"Oky" balas Jenny juga berbisik tanpa banyak soal.

Aisya bangun dari duduknya dan keluar. Tidak menunggu lama, Zafran juga turut bangun berlalu keluar dengan bersahaja.

Jejaka itu menyaingi laju langkah perlahan Aisya yang menuju ke tandas. Belum sempat Aisya memasuki ruang tandas perempuan, tangannya ditarik dari belakang.

Terpusing badan kecil itu. Zafran menolak badan gadis itu merapat ke dinding sebelum meletakkan kedua tangan kekarnya pada sisi kepala Aisya.

"Kau Aisya kan?" Soal Zafran perlahan namun nada suaranya kedengaran agak dalam.

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now