DATIN AMY menanti penuh sabar kedatangan menantu kesayangan dihadapan pintu utama rumah agam tersebut. Mundar-mandir wanita berusia 50 an itu.
Dato' Luth Mikael yang sedang berduduk diruang tamu sambil membaca surat khabar itu menggeleng pasrah. Penat nak menegur sang isteri yang dari tadi lagi berdiri disitu.
Padahal mereka dimaklumkan oleh sang anak tentang kedatangan mereka selepas waktu lunch. Tapi isterinya dialah yang paling excited. Dari pagi tadi lagi tak senang duduk.
"Amy—dah-dah lah tu. Meh duduk sini. Kejap lagi sampai lah menantu kesayangan awak tu" tegur dato Luth mikeal dari ruang tersebut. Datin Amy mengeluh perlahan.
"Alah abang ni—saya excited nak jumpa aira la. Rindu sangat dah dekat budak tu. Rasanya nak dekat sebulan lebih dah tak jumpa" panjang lebar keterangan yang diberikan datin Amy kepada Dato' Luth mikael tanpa tahu sebab sebenarnya.
Jejaka berusia 50 an itu memutarkan bebola mata keatas bersama bibir dicebik sedikit.
"Ikut suka awak lah Amy oi. Malam ni jangan duk mengadu sakit kaki lah apa lah sudah" tutur Dato' Luth Mikael dengan nada malas dan dia kembali membaca surat khabar tersebut.
Datin Amy mengangkat kedua tangannya separas bahu dan sejurus itu, mata diputar keatas bersama bibir dijuih sedikit.
"Membebel tak habis habis" omel datin amy perlahan namun masih didengari sang suami.
"Saya dengar" laung Dato' Luth Mikael.
Datin Amy merengus geram sebelum menghentak kaki berkali kali. Geram dengan suaminya yang selalu begitu."Ish, bencilah dengan abang ni" terus sahaja kaki dihayun kearha keberadaan sang suami.
"Tak baik isteri buat macam tu dekat suami" tutur Dato' Luth Mikael kepada datin amy yang baru sahaja melabuhkan duduk disisinya. Datin Amy mengeluh pasrah.
"Ye, Amy minta maaf sebab buat macam tu. Janji lain kali buat lagi" tangan sang suami diambil dan dicium bersama sengihan nakal tatkala Dato'Luth Mikael menjengilkan mata kepadanya.
"Ok ok. Lain kali tak buat dah" barulah sang suami mengangguk dan mengusap lengan miliknya.
Tidak lama itu, bunyi pintu kereta ditutup mula menggamit pendengaran kedua dua mereka.
"Sampai dah menantu kesayangan awak tu" datin Amy mengangguk laju bersama senyuman lebar. Dan baru sahaja dia mahu bangun, suara yang sa—ngat dikenali mereka berdua mula menerpa pendengaran.
"Assalamualaikum, ma~o, mama" datin Amy memutarkan bebola mata keatas tatkala suara tersebut mula mengalunkan lagu.
"Hm, waalaikumussalam. Tak payah nyanyilah, nanti hujan lebat" perli datin Amy terus selepas Zulaikha sudah siap menyalami dirinya dan sang suami.
Zulaikha memuncungkan bibirnya sebelum menerpa kearah Noah yang melangkah kearah keberadaan mereka sekeluarga.
"Abang tengok tu~ mama cakap suara sayang tak sedap" adu Zulaikha manja kepada Noah.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Novela Juvenil"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...