QISTINA memandang tajam kearah Aisya dan Luth Zafran. Sekarang dia sedang duduk selang empat meja bersama rakan yang lain. Perbualan antara rakan rakannya diendah. Dan— fokus dia hanya pada Luth Zafran dan Aisya.Panas hatinya tatkala Luth Zafran membalas pandangan Aisya yang tersenyum manis itu. Walaupun pandangan tajam tetapi tetap menyakitkan hatinya. Mana tidak--seketul Luth Zafran tidak pernah membalas pandangannya, nak pandang sebelah mata pun tak ingin ini kan pula pandangan tajam?
Herh, jangan berangan!!
Tapi kalau Aisya buleh pulak dia balas. Tanpa sedar tangan dibawah meja digenggam kuat bersama bibir diketap. Memang panas betul hatinya tatkala Luth Zafran kembali menatap aisya, walaupun gadis itu tidak menatap kearah lelaki itu. Kalau letak jagung agaknya dah masak—kut?
"Huh! Budak ni memang tak serikkan. Kau tunggu! Jangan harap aku nak bagi kau ambil Luth dari aku" monolonya sendiri.
Kring!
Kring!
Loceng berbunyi tanda sudah tamat waktu rehat. Qistina segera bangun dan berlalu ke kelas. Ditinggal rakan rakannya dengan hati yang sebal selepas melihat Luth Zafran menjentik dahi Aisya kemudian diusap perlahan selepas gadis itu mencebik sakit.
Mengada!
Rakan rakannya yang pada mulanya terkebil itu, kemudian mengendahkan qistina. Tahu sangat qistina panas hati. Siapa je tak nampak orang hensem buat sinetron. Kan?
Mereka tidaklah seperti qistina yang bermusuh dengan gadis kecil itu. Sesungguhnya, mereka suka dengan gadis kecil itu tetapi dihalang oleh seketul qistina. Jadi— terpaksa ikut jelah. Dah nak sangat kawan dengan qistina. Sabar jela~
Mereka turut keluar dari kawasan kantin dan menuju ke kelas masing masing.
Luth Zafran yang fokus membaca buku berpaling dan mendongak sekilas kearah sisinya, qistina tersengih gedik menutup separuh mukanya dengan buku yang dipegangnya. Namun sengehen nya mati tatkala Luth Zafran mengendahkan dirinya. Dah macam tak wujud gamaknya.
Qistina berdehem sekilas untuk menghilangkan rasa malu yang mula bertandang. Suasana kelas dilihat sekilas sebelum melepaskan keluhan lega. Nasib baik diorang buat kerja masing-masing.
Tanpa pamitan kerusi dihadapan meja Luth Zafran diduduk. Luth Zafran meletakkan buku diatas meja dan menatap kearah qistina dengan riak dingin. Kening kanan diangkat tinggi sebelum badan disandar pada penyandar kerusi dengan tangan yang dilipat pada dada separa tegap miliknya.
Walaupun baru berusia 18 tahun, dia sentiasa melakukan work out di pusat gym milik bapanya atau dirumah. Luth Zarif juga kadangkala mengikutinya jika lelaki itu mempunyai masa yang terluang.
Qistina menelan liur payah. Gerun dengan tatapan lelaki itu. Qistina mengakui Luth Zafran memang seorang yang dingin dan—sedikit kejam. Sebab?
Mana mana perempuan yang pernah confess terhadap lelaki itu hanya diendahkan dan kadang kadang dibalas dengan kata kata yang—entahlah.
Buku di tangannya diletakkan perlahan lahan diatas meja. Luth Zafran masih lagi menatap dingin kearahnya. Nafas ditarik dan hembus perlahan sebelum membalas pandangan Luth Zafran sebelum bersuara. Riak dikawal sebaik mungkin.
"Tolong ajar i soalan ni" buku latihan yang telah dibuka itu ditolak perlahan kearah Luth Zafran. Lelaki itu menatap sekilas buku dihadapannya sebelum memandang qistina semula dengan kening kanan diangkat sedikit.
Biar betul? Soalan senang sangat, Luth Zarif pun dapat jawab agaknya. Dan bukan dia tak tahu gadis dihadapannya ini budak pandai. Takkan dah jadi—bodoh?
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Teen Fiction"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...