BUK
BUK
"eh bangsat! Apa kau buat dengan bini aku hah?!" Tengking Zafran kuat. Badan terbaring Aiman diangkat dah dihentak ke dinding. Kuat.
Iris biru gelapnya mengembang besar. Panas hati apabila melihat isterinya diperlakukan begitu. Hanya dia. Dia sahaja yang boleh!
Kepala ditoleh seketika kearah Aisya yang berusaha menutup bahagian badan yang terdedah. Makin kuat Zafran menderam.
Tak suka!
Fuck!
Aiman meludah tepi liurnya apabila terasa payau darah. Dia menatap berani wajah suami sepupunya itu. Seketika, Aiman perasan iris itu mengembang. Serba sedikit membuahkan rasa gerun.
Namun ditepis perasan itu tatkala Zafran mencengkam kuat lehernya. Kedua tangannya cuba untuk melepaskan cengkaman Zafran.
"Aku tanya ni jawab bodoh! Fuck !" Sumpah Zafran kuat dihadapan wajah Aiman.
"L-lepaskan ak-aku la! A-aku tak buat apa la!" Tidak mahu kalah. Aiman kuatkan suaranya biarpun terasa payah.
Zafran mendengus tidak suka. Sesaat, Zafran terkekeh kecil. Kedengaran sinis sekali. Matanya tajam memanah Aiman.
"Patutlah—aku rasa nak sangat keluar harini. Rupanya....nak dapat habuan" ujar Zafran dengan suara dibuat manja. Sekali dengan bibir yang dimuncung manja. Cengkaman pula makin dikuatkan tanpa menghiraukan Aiman yang sudah nyawa-nyawa ikan.
Aisya diam tak berkutik. Masih tak percaya dengan kejadian yang berlaku.
"Aku dah lama tak buat kerja ni, lupa pula macam mana. Hm, tapi disebabkan sekarang mood aku okay sikit, sikit je. Aku nak bagi...."
Matanya melirik Aisya dengan senyuman sinis meniti di bibir. Dia tidak mahu berbuat apa-apa yang buruk dihadapan Aisya. Dia tahu isterinya sedang berbadan dua. Masakan tidak tahu, kerana dialah pembuatnya.
Eh?
"Special gift" bisiknya perlahan ditelinga Aiman. Meremang bulu roma Aiman. Cengkaman Sudah dilepaskan. Namun tidak lama itu, dia kembali jatuh. Zafran kembali menumbuknya.
"Arghh!!" Aiman memegang perutnya yang terasa senak. Kemudian, Zafran menyasarkan pada wajah jejaka itu pula. Ditumbuk semahunya.
Buk!
Buk!
"Arghh! S-sakit l-luth. A-ak arghhhhh!!
Aiman menempik kuat. Kaki yang baru disepak dan dipijak Zafran dipandang sayu. Nafasnya juga sudah tersekat-sekat.
"Warten Sie auf dieses besondere Geschenk (tunggu je hadiah istimewa tu)" dia tahu Aisya faham.
Selesai mengerjakan Aiman. Zafran terus meluru kearah Aisya di hujung katil. Segera badan kecil Aisya ditarik merapat kedalam pelukannya.
Serta merta Aisya menghamburkan tangisannya. Badan Zafran dipeluk erat. Zafran tahu Aisya masih trauma walau sedikit pun isterinya tidak menangis tadi.
Semuanya kerana dia. Ya dia! Zafran tahu namun egonya terlalu tinggi.
Mendengar esakan Aisya, Zafran berdecit tidak suka. Belakang badan Aisya digosok perlahan seraya matanya menyorot tajam batang tubuh longlai milik Aiman yang tidak mengenakan sebarang fabrik pada badan atasnya.
"Shhh....aku ada"Zafran terus mengulang ayat itu untuk menenangkan Aisya.
"S-sakit h-hiks...." Adu Aisya disebalik dada Zafran.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Teen Fiction"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...