BAB30💜

15K 576 10
                                    


AISYA hanya memandang sepi mee goreng yang berada dihadapannya dan dikuis-kuis sahaja dengan garfu mee goreng itu. Zafran yang mula perasan pergerakan kecil daripada sang isteri terus mendongak hadapan.

Sesaat itu, keluhan perlahan dilepaskan sebelum sudu diletakkan dengan perlahan pada tepi pinggan tersebut. Badan disandar pada kerusi selepas sahaja tangan kekar miliknya sudah dilipat pada dada tegapnya.

"Kau kenapa tak makan?" soal Zafran tanpa riak. Seketika kemudian, Zafran mula memutarkan bebola mata keatas sebelum mengeluh perlahan. Badan dibangunkan dan kerusi bersebelahan aisya diduduknya. Sejurus itu, garfu yang berada dipegangan sang isteri diambil dan diputarkan mee tersebut.

Aisya tersentak dan mula mengerutkan dahinya memandang perilaku jejaka itu. Sesaat itu, terkelip-kelip sepasang mata Aisya memandang garfu yang disua oleh sang suami.

"Huh?" Zafran mendengus geram apabila Aisya mula beriak blur.

"Angkat purdah, aku suap" garfu disua semakin mendekat kearah purdah itu. Aisya menggeleng perlahan.

"Takpe, Sya boleh makan sendiri. Meh" barus saja dia mahu mengambil garfu dari pegangan sang suami, jejaka itu bertindak menjauhkan garfu dari Aisya bersama cerlungan tajam.

"Kau jangan mengada boleh tak? Angkat purdah, then buka mulut. Kan senang. Cepat" bagitahu jejaka itu dengan nada sebal. Sebal melihat perilaku sang isteri yang masih menggeleng perlahan.

Aisya berhenti dari menggeleng dan berfikir sejenak.

Aik, siapa yang mengada sebenarnya ni?
Dia ke aku?

Aduhai~

Zafran yang sudah tidak dapat menahan sabar terus mendekat kearah sang isteri dan itu membuatkan Aisya terkebelakang akibat wajahnya dan Zafran hanya berjarak seinci.

"Ke—kau nak aku suap guna cara lain?" soal Zafran dengan nada kosong dan perlahan dihadapan Aisya.

Aisya mula menolak perlahan dada tegap Zafran apabila mula menangkap bait-bait yang dibicarakan Zafran tadi. Tidak menunggu lama, purdah diangkat sederhana tinggi, dan menyambut perlahan suapan si suami. Dikunyah perlahan lahan.

"Kang senang. Ni—banyak songeh" omel Zafran seraya menggulung lagi mee goreng tersebut pada garfu. Aisya hanya mendengar saja.

Aisya menggeleng tidak mahu apabila Zafran menyua lagi.

"Sya dah kenyang. Abang pula makan" diambil dan disuap kepada Zafran pula. Zafran angkat kedua bahu dan menyambut suapan Aisya dengan santai.

Dah orang nak suap, tinggal nganga sajalah kan?

Tanpa mereka sedar, Dato' Luth Mikael sedang memerhati mereka. Niatnya untuk masuk ke dapur tadi mula terhenti tatkala sistem penglihatanya disapa dengan pasangan tersebut.  Kepala diangguk kecil sambil melangkah kearah ruang bacaan.





  Kepala diangguk kecil sambil melangkah kearah ruang bacaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now