AISYA menyeka kasar air matanya. Pesanan ibunya yang menyuruh dirinya menjaga diri mula berlegar di kepala. Rasa hina tatkala Luth Zafran sesuka menyentuh dirinya. Ya—memang dia suka kepada lelaki itu tetapi tidaklah sampai mahu membuat perkara terkutuk. Dia juga tahu yang mana boleh dan tidak boleh. Nasib baik ketiga sahabatnya sudah pulang awal tadi, kalau tidak rasa malu makin menebal didalam dirinya.
iPhone dikeluarkan dari poket seluar. Butang on ditekan, selepas itu ditekan nombor maksunya, Salina . Entah kebetulan ataupun takdir, Maksunya itu memberi tahu dirinya tentang keberadaan wanita itu disini. Talian bersambung, dan disuruh wanita itu mengambil dirinya di pintu belakang sekolah.
Sengaja dia menunggu disitu kerana mahu mengelak berjumpa dengan Luth Zafran. Sudah pasti lelaki itu mencarinya.
Kan?
15 minit menunggu, kereta Honda jazz hitam berhenti dihadapannya. Tanpa membuang masa, pintu bahagian seat penumpang depan dibuka dan memboloskan dirinya sebelum menutup perlahan. Badan disandar lemah sebelum keluhan berat dilepaskan. Salina ditepi hanya memandang sekilas sebelum memulakan perjalanan.
"Mai ada nak pergi mana mana?" Tanya Salina tanpa memandang kearah anak saudara nya.
Mata dibuka perlahan sebelum mengurut perlahan dahinya. Sudah maklum akan badannya yang akan mula lemah tatkala menerima sesuatu perkara dengan terkejut. Contohnya seperti menerima ciuman terkejut dari Luth Zafran.
"Mai rasa nak makan aiskrim McD la maksu" tuturnya lemah. Confirm balik nanti demam.
"Pastu singgah 7e kejap. Mai nak beli ubat Panadol" sambungnya lagi.
Salina hanya mengangguk perlahan. Aisya sambung sandar badannya bersama mata yang dipejam.
"Mai datang dengan siapa tadi? Ibu?" tanya Salina bertalu talu, saja untuk memecahkan suasana yang sunyi.
"Taklah. Mai datang dengan kawan tadi tapi dia balik awal. Ingat nak tumpang jiran tapi dia ada hal, tu yang call Maksu tu" jawabnya dengan mata yang masih terpejam. Salina membulatkan mulut membentuk'o' sambil angguk perlahan.
Dia mengaku, dia juga turut terbuai dengan urutan lelaki itu tadi. Tetapi dia tidak mahu dan dia tidak mampu menafikan apa yang dirasainya tatkala itu.
LUTH ZAFRAN menghentak kuat stereng kereta miliknya. Noah yang berada di seat penumpang depan terkejut. Terus terjatuh iphone ditangan. Noah merengus sebal. Dah buat baru nak menyesal.
Hurh!
"Kau dah kenapa? Baru nak menyesal?" soal Noah dengan nada mengejek.
Luth Zafran menghiraukan ejekan milik lelaki ditepinya. Kepalanya sarat dengan Aisya. Noah menggeleng perlahan kepala melihat Luth Zafran seperti orang hilang anak. Dengan rambut serabai, muka merah.
Aduhai!
Bahu Luth Zafran ditepuk perlahan.
"Balik nanti kau jumpa dia, minta maaf. Slow talk. Perempuan ni senang je cakap lembut lembut nanti eloklah tu" pesan Noah tenang sebelum badan disandar pada kerusi.
"Kalau dia tak nak jumpa aku? Maaf kan aku? Macam mana?" soal Luth Zafran lemah selepas badan juga turut disandar pada kerusi itu.
Noah memutarkan bebola mata keatas.
"Tu pandai pandai kau la" tangan menyambung mengscroll Instagram.
Luth Zafran menyerabutkan rambutnya yang sedia serabut itu sekilas. Pada mulanya, dia hanya mahu mencium sekilas sahaja untuk menunjukkan kepada qistina, namun lain jadinya tatkala bibirnya menyentuh bibir merah merekah itu. Rasa yang tidak pernah dirasa.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Ficção Adolescente"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...