"LONG" Aiman menoleh ke sisi kirinya apabila suara seseorang menggamit pendengaran miliknya. Dagu dihayun kedepan bersama wajah datar setelah mengenal pasti gerangan tersebut.
"Along tak yah la buat muka macam tu. Macam mana la aira nak cair dengan along kalau muka dah macam tak berak setahun"
Airen memutarkan bebola mata keatas tatkala Aiman beriak sedikit terkejut. Namun cepat sahaja abangnya itu mengawal riak wajah itu.
"Mana ada" nafi Aiman tenang. Tapi tak setenang hatinya. Airen mencebik. Buku dihadapan abangnya diambil dan dibelek malas.
"Along takyah nak menipu, ren dan mak pun dah tahu. Cuma itulah-mak je yang buat buat tak nampak" bagitahu Airen menyampah.
Macam mana la abangnya boleh sukakan sepupunya itu. Aiman mendengus kasar. Buku ditangan adiknya dirampas kasar. Terkejut Airen dengan tindakan Aiman.
"Abang!"
"Kau nak apa sebenarnya ren? Jangan nak serabutkan aku boleh tak?" Mencerlung matanya memandang Airen dihadapannya. Kalau adiknya lelaki dah lama dia bertumbuk sakan.
Huh!
Airen mencebik sebelum mendengus malas.
"Ren ada satu rancangan ni"
"Rancangan apa ren?" Cantas Aiman kasar. Dah la sekarang ni dia kena siapkan report untuk esok tapi adik dia pulak datang.
Macam macam betul.
Fuck!
Airen menjeling tajam Aiman. Bahu Aiman ditumbuk kasar.
"Sabarlah! Along boleh tak senyap kejap. Biar ren habis bercakap dulu? Hish macam mana la mak boleh dapat anak macam Along ni? Perangai entah apa a-"
"Habis kau ingat kau tu elok sangat? Perangai kau lagi sial dari aku" membulat mata Airen dengan selaran abangnya. Bibir diketap geram.
Baik dia putuskan pertelingkahan ini sebelum apa apa yang terjadi. Kalau tak makin lama ada yang bertumbuk sakan nanti. Mata dipejam sekejap seraya nafas ditarik dan dihembus perlahan.
"Along senyap kejap. Biar ren cakap dulu. Along jangan nak main potong potong cakap ren, ren taknak lawan mulut dengan Along"
Aiman mengangguk malas bersama gumaman kecil.
"Hmm"
"Macam yang ren cakap tadi, Along kang suka aira tu, pas-aip aip! Jangan! Dengar dulu!" Tegah Airen pantas dan dapat dia dengar hembusan nafas kasar abangnya.
"Pendek cerita macam ni. Abang tolong ren dapatkan suami aira. Lepas ren dapat suami dia, abang dapat la aira tu. Amacam?" Airen mengangkat angkat kening kanan miliknya. Tangan dilipat pada dada menunggu jawapan dari sang abang.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Teen Fiction"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...