6 tahun kemudian
AISYA MELANGKAH santai diiringi jenny disisi dan beberapa orang bawahan Aalden amsyar yang mengikutinya dari belakang. Mereka baru pulang dari mengambil Aisya di LMU Munich, tempat pengajiannya.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam, ha--dah balik pun.
Pergi mana tadi? Lama grandma tunggu"
Leah Smith bertutur dengan nada merajuk. Aisya tersenyum nipis disebalik purdah hitamnya. Menyepet mata unik itu. Lantas itu, tubuh wanita berusia itu dipeluk erat."Alololo~Aira pergi kedai buku tadi. Tu yang lama sikit" Aisya mengusap lembut lengan itu.
"Kenapa tak cakap? Buat grandma risau je"
Aisya tersengih dibalik purdah itu lalu membuat peace.
"Es tut mir Leid. okay? (Saya minta maaf
)" Leah smith tersenyum manis dan sejurus itu menarik tangan cucunya kearah dapur.Aisya didudukkan pada bar chair terlebih dahulu sebelum melangkah kearah peti sejuk. Dibuka peti itu dan diambil puding roti.
Aisya hanya menatap neneknya yang kalut kehulu hilir selepas sahaja meletakkan puding tersebut atas island kitchen. Aisya terkekeh kecil sebelum menggeleng perlahan. Dia tinggal bersama Leah Smith dan aalden amsyar.
"Grandma, grandpa mana?" Siapa Aisya selepas Leah Smith sudah melabuhkan punggung pada bar chair dikanannya.
Leah Smith mencebik.
"Office la. Mana lagi" Aisya tersengih nakal.
"Grandma merajuk dengan grandpa ke?" Aisya angkat kening berkali kali. Sengaja mengusik.
Leah Smith berhenti dari memotong puding itu dan terus sahaja tangan Aisya ditampar lembut.
"Takde lah. Grandpa cakap dia rindu office. Tu yang perginya" aiysa mengusap tangan yang ditampar neneknya tadi sambil mengangguk kecil. Huluran piring yang berisikan puding itu disambut cermat.
Aisya membuka purdahnya dan digantung bersahaja pada penyandar kerusi. Aisya akan membuka ketika tiada orang bawahan didalam rumah agam ini. Terus sahaja puding dimasukkan kedalam mulut. Sesaat mata terpejam rapat. Sedap~
"Kamu jadi ke balik Malaysia?" Soal Leah Smith perlahan. Aisya membuka perlahan mata sebelum melepaskan keluhan lemah. Air kosong diambil dan diteguk perlahan.
"Jadi"
ZAFRAN berdiri disudut pejabat miliknya dan menghadap kearah tingkap yang diperbuat dari kaca sambil melipat tangan didada. Kesibukan jalan raya itu ditatap kosong. Sesaat itu, jejaka itu melepaskan keluhan berat dan terus sahaja menapak dengan bersahaja kearah mejanya. Sejurus itu punggung dilabuhkan dengan santai .
Fail hitam yang belum disemak itu diambil dan diperhati berhati-hati. Iris biru gelapnya bergerak kiri kanan membaca butiran maklumat itu.
Tidak lama itu, fail hitam ditutup perlahan sebelum tubuh menyandar lemah pada kerusi beroda itu. Sudah 6 tahun dia mencari kelibat Aisya, namun tetap sama keputusannya. Tidak dapat dikesan. Sudah pelbagai jenis orang upahan yang diupah olehnya. Dari ribuan ringgit hingga ke ratusan ribu ringgit upahannya. Semuanya tidak menjadi.
Selepas sebulan Aisya menghilangkan diri, datuknya pula meninggal dunia.
KTAK
Bunyi pintu dibuka dari luar menyentakkan lamunannya. Namun tidak pula dikalih pandangan kearah itu. Sudah tahu siapa kalau masuk dengan selamba begitu.
"Yo brothe in law" sapa Noah mesra. Dan diikuti Alex dan mike dari belakang. Mereka segak berpakaian Formal.
Ya—noah sudah berkahwin dengan kakaknya, Zulaikha setahun yang lepas.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Teen Fiction"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...