MEREKA BERTIGA sampai ke malaysia dengan selamat. Luth Zafran meregangkan lehernya kekiri dan kanan sehingga terhasil bunyi lekukan.
Manakala Noah dan Alex meregangkan badan bersama jeritan kecil.
Kaki panjang miliknya berjalan santai bersama tangan kiri dimasukkan didalam poket dan tangan kanan menarik beg beroda miliknya kearah kelibat keluarganya yang masih lagi mencari dirinya. Noah dan Alex mengikuti langkah Luth Zafran dari belakang.
Jelas dimata mereka berdua, Luth Zafran seorang yang suka melakukan work out. Mana tidaknya seketul Luth Zafran mempunyai 8 ketul roti bun.
Mereka yang menengok pun dah telan liur. Kalau anak dara tengok? Tak ke terjelupuk jatuh tangga.
Uhuks!
Lagi lagi apabila lelaki itu sudah habis melakukan work out dengan badan yang masih berpeluh.
Hot lit lit!
Zulaikha yang melilaukan mata disetiap ruang airport itu berhenti sejenak pada satu susuk tubuh yang berjalan santai kearah keberadaan keluarganya.
Mata dikecilkan sedikit untuk mengenal pasti gerangan tersebut. Sesaat, gadis itu mula terdiam sesaat sebelum menjerit teruja. Lelaki yang berjalan santai itu sangat dikenalinya.
Kaki terus berlari anak kearah Luth Zafran. Pandangan orang sekililing diendahkan. Datin Amy menggosok perlahan dadanya tatkala mendengar jeritan anak gadis. Kepala digeleng perlahan selepas Zulaikah berlari anak kearah anak lelakinya yang baru pulang itu.
Tahu lah dia kenapa Zulaikha excited semacam. Dato' Luth mikael melorek senyuman nipis seraya menggamit isterinya untuk bergerak kearah Luth Zafran.
Noah yang menbontoti Luth Zafran dari belakang mula terciduk tatkala sistem penglihatanya terhidang dengan wajah excited kakak milik sahabatnya itu.
Mak aiii, makin cantik!
Gosh?! Diorang sekeluarga amal apa sampai terciduk orang dibuatnya.
Dia akui, sejak dari sekolah menengah dia crush dengan Zulaiha dalam diam kerana Zulaikha memiliki ciri ciri gadis idamannya.
Umur? Dia tidak kisah sebenarnya.
Ya—zulaikha tua empat tahun darinya. Sesungguhnya dia tidak kisah dengan umur. Cinta yang sebenar tidak diukur dengan jarak umur.
Age is just as number. Noted!
Zulaikha terus memeluk erat badan tegap milik adik lelakinya itu.
"Rindunya aku dekat kau ngah--" tutur Zulaikha teruja.
Ya tuhan~ rindunya dengan peti ais ni.
Eh?
"Dah la. Rimas!"
Luth Zafran memutarkan bebola mata keatas, rimas dengan perlakuan kakaknya. Sudah la menjadi drama tak berbayar pula tu.
Luth Zarif tersenyum senget tatkala memandang muka menyampah abangnya yang dipeluk kakak mereka.
Sumpah! Dia hampir tak perasan wajah abangnya tadi. Ingatkan artis luar negara mana tadi datang Malaysia nak buat filem.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Teen Fiction"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...