KEDUA kaki milik puan Suraya melangkah laju kearah kaunter pertanyaan. Tamat sahaja panggilan daripada datin Amy terus sahaja dia datang ke sini.
Bilik anaknya dituju. Sesaat itu, mata puan Suraya dijamu dengan kelibat datin Amy dan Dato' Luth Mikael.
"Kak, mai mana?" soal puan Suraya risau. Datin Amy mengeluh perlahan sebelum menjawab pertanyaan puan Suraya.
"Ada dekat dalam. Doc baru je keluar tadi" jawab datin Amy perlahan dan jelas. Puan Suraya angguk sekilas sebelum menapak kedalam bilik anaknya.
Pintu ditolak perlahan, seketika kelibat anaknya yang terlena dipandang sayu sebelum melangkah kearah katil. Ditatap sayang anak perempuanya itu sebelum dahi licin Aisya dicium sekilas. Kerusi ditarik perlahan supaya tidak mengganggu lena anaknya.
Tangan kecil milik Aisya dielus dan digenggam lembut.
Aisya yang terasa tangannya digenggam perlahan-lahan membuka mata. Jelas di mata cantiknya, figura ibunya ralit mengelus tangannya. Sesaat aisya tersenyum nipis sebelum bersuara.
"Ibu" panggil nya dengan suara serak basah. Puan Suraya terus memalingkan wajahnya kearah suara Aisya sebelum tersenyum lebar.
Anak kita dah bangun. Yeay!!
"Ya sayang. Nak air?" air yang berada diatas meja sebelah katil diambil dan dihulur kepada Aisya setelah mendapat anggukan dari anak gadisnya itu.
Gelas disambut terlebih dahulu sebelum air diteguk perlahan.
Lega~
Gelas kembali dihulurkan kepada ibunya. Huluran itu disambut dan diletakkan kembali diatas meja itu. Belum sempat puan Suraya bersuara, perhatian mereka digamit dengan kuakan pintu. Serentak meraka berpaling sebelum dihidang dengan senyuman manis datin Amy diikuti dengan Dato Luth Mikael.
"Ganggu ke?" tanya datin Amy lembut sambil mengelus rambut keperangan milik Aisya. Tersengih Aisya. Puan Suraya sekadar menggeleng.
"Kenapa kak?"
"Akak dah nak kena balik. Risau budak-budak dekat rumah tu. Bukan boleh harap sangat budak dua orang tu" tutur datin Amy bersama riak risau.
Dato' Luth Mikael hanya menggeleng perlahan manakala puan suraya hanya tersenyum nipis.
Baru beberapa langkah, datin Amy terus berhenti seraya memusing badanya kearah puan Suraya. Puan Suraya mengerut dahi. Dah kenapa?
"Su, kalau tak keberatan--akak nak cakap sikit"
"Apa kak?" tanya puan Suraya bersama kerutan di dahi.
"Dekat—luar?"
Puan Suraya mengangguk sekilas dan terus bangun sempat pipi anaknya dicium sekilas. Dan itu membuat seketul Aisya tersengih.
Langkah datin Amy diikuti. Datin Amy memandang Dato' Luth Mikael sekilas sebelum suaminya itu mengangguk perlahan dan terus saja muka cantik milik puan Suraya ditatap lembut.
"Sebenarnya tadi umai balik awal seb—" belum sempat datin Amy menghabiskan kata-katanya, puan Suraya terlebih dahulu bersuara.
"Dah kenapa pulak?" puan Suraya menyoal dengan nada hairan. Datin Amy mengeluh pasrah. Haihla budak ni tak sabar betul. Kang ada yang kena hempuk!
"Sabar. Tadi Zarif cakap yang umai ni kena peluk dengan kawan sekelas dia dan kawan dia tu lelaki. Dan satu lagi kalau peluk biasa-biasa takpe la jugak ni peluk kemas siap dicium lagi pipi umai tu sampai menangis teruk umai dibuatnya. Nasib la masa tu Zarif kebetulan lalu dekat situ kalau tak, akak tak tahu la budak tu buat apa dekat umai" terang datin Amy panjang lebar dan membuatkan puan Suraya membulatkan mata.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Novela Juvenil"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...