BAB21💜

13.5K 643 22
                                    

KERETA MEWAH yang meluncur laju masuk kedalam pekarangan rumahnya ditatap dengan riak hairan. Setahu mak Piah, anak menantunya tidak ada satu pun yang memiliki kereta mewah tersebut.

"Kereta baru kot" gumam mak Piah perlahan sebelum menuruni anak tangga satu persatu dengan penuh berhati hati.

Waktu tengah hari begini, hanya dia yang berada dirumah. Salina pula pada waktu petang baru pulang dari kerja.

Jenny kalih pandangan kearah sisinya, Aisya sedang lena dibahunya. Letih mungkin. Dalam masa dua hari ini, Aisya mengambil keputusan untuk menginap di hotel untuk sementara waktu supaya tidak ada satu pun dari kenalan dirinya mengetahui tentang kepulangan dirinya.

"Aira—bangun. Kita dah sampai" kejut Jenny lembut sambil menggosok lengan Aisya. Aisya mengelip-ngelipkan matanya untuk menghilangkan kabur. Badan ditegakkan sebelum memerhati rumah kampung dihadapannya ketika ini.

Tidak semena semena, memori masa lalu muka berlayar difikirannya. Aisya pejam mata sekilas tatkala rasa hangat di tubir mata. Dan perlahan lahan air mata mula menuruni mengena purdah. Aisya menyeka lembut.

Kau kena kuat. Take the risk or lose the chance!!

Aisya tarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan. Diulang beberapa kali sebelum pandangan dikalih kepada Jenny dan terus kepala diangguk.

"Akak yakin, aira kuat. Aira mampu, pergilah. Apa-apa call akak. Oky?"

"Thanks so much akak" ucap Aisya terharu.

Terus pintu dibuka dan menuruni kereta tersebut sebelum menutup perlahan. Mak Piah dihadapan tangga ditatap lama sebelum menghela nafas perlahan. Rindu. Baju dibetulkan sekilas.

Aisya menapak perlahan kearah mak Piah dengan senyuman nipis dibalik purdah putihnya. Sampai sahaja dihadapan mak Piah, Aisya hulurkan tangan tanpa bersuara. Mak piah pula menyambut dengan sedikit teragak-agak.

Tangan berkedut milik opahnya dicium lama.

Ya Allah rindunya—

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" jawab mak Piah sebelum mengerutkan dahi. Macam pernah dengar suara ni, tapi dekat mana?

Mak Piah tidak dapat mengecam Aisya kerana gadis ini memakai softlense sebagai langkah berjaga jaga.

"Anak ni siapa? Dari mana? Nak jumpa siapa?" Soal mak piah bertubi-tubi. Penasaran. Aisya tersenyum tawar.

Kalau opah tahu ni dia. Adakah wanita tua dihadapan dirinya kini akan menghalaunya seperti 6 tahun lepas?

Nak tak nak dia kena berterus-terang.

"Umai. Umai o-opah" sebak nada Aisya. Mak Piah terpempan sebelum menarik Aisya masuk kedalam pelukannya tatkala Aisya mula mengalirkan air mata dan dia juga turut mengalirkan air mata.
Air mata syukur.

"Ya Allah—cucu opah. Kamu kemana sayang?" Makin kuat tangisan Aisya didalam pelukan wanita tua ini apabila mak Piah mula menggelarkan dirinya dengan panggilan 'sayang'.

"D-d-dah takpayah nangis. Opah ada. Shh—"mak Piah mengelus lembut belakang tubuh Aisya.

Mak Piah mula mengucapkan kata syukur didalam hati dengan berkali kali kerana doanya selama Aisya menghilang itu sudah termakbul.

Mak Piah membawa aisya masuk kedalam dan didudukkan pada sofa.

"Umai pergi mana sayang?" Soal mak Piah lembut selepas menyeka air mata Aisya dengan lembut. Aisya mencapai tangan tua itu dan digenggam erat.

"Aira. Panggil aira. Aira duduk dengan grandma dengan grandpa dekat Jerman" kini tangan Aisya pula yang digenggam mak Piah dengan kepala diangguk kecil.

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now