9

1.5K 77 0
                                    

"AAAHH..." Mata Dash bersinar. "Fender Acoustic!"

Pojie, Jaff dan Aiman mengalih pandang. "Heya, girl."

Dash sengih. Dia melompat duduk di atas birai pentas Panggung Sari Istana Budaya di sebelah Pojie. "Siapa punya?"

"Aku."

"Pinjam kejap." Dash sengih. Dia memandang Jaff yang turut memegang gitar kapok. "Tu kau punya?"

Angguk.

"Kau reti main ke, Dash?" Pojie bertanya dalam ketawa sambil menghulur Fender di tangan.

Sengih ceria dan sinar matanya masih tak padam. "Tak la pandai sangat. Tapi kira aci redah je la." Dia memandang Jaff. "Jaff, duodengan aku."

"Kau nak main lagu apa?"

Dash merenung kosong ke arah deretan kerusi kosong di hadapannya dengan bibir menarik senyum nipis segaris. Jarinya mula mencari posisi untuk chord. Guitar pick di celah ibu jari dan telunjuk kanan memetik tali gitar menguji tune. "Bob Marley's No Woman No Cry?" Dia mengangkat kening merenung Jaff. Guitar pick terus berlari menggetarkan tali. "Revamped!"

Suaranya jelas terang melagukan baris-baris lagu Bob Marley dengan lirik baharu versi Dania Dashrin. Bulat mata Pojie dan Aiman mendengar bait lirik tambahan tu. Jaff yang automatik memainkan chord lagu hanya ketawa kecil.

"Way to go, girl." Jaff sengih.

Dash hanya angkat kening double-jerk sambil terus menyanyi dengan riak selamba.

Pojie, Jaff, dan Aiman turut sama menyanyi melagukan korus. Kepala-kepala mula berpaling melihat gig unplugged itu. Lee yang sedang berbicara sesuatu dengan Cikgu Nazmi, pembantu konduktor konsert berpaling. Mencerun matanya melihat Dash yang santai duduk berjuntai kaki di birai pentas. Tangan gadis itu masih berlari di tali gitar dan suaranya jelas menyanyi.

Dash menjeling kumpulan budak perempuan di sebelah kiri auditorium Istana Budaya yang sedang memandangnya sambil berbisik sesama sendiri. Angkatan SOG-Sissy-Overdose Girls. Budak-budak lembik. Girlish semacam. Ahaha... suka hati aje dia bagi nama. The Soggies. Dia senyum sumbing dalam menyanyi apabila nama ciptaannya untuk klik Tiara itu melintas kepala. Apa tengok-tengok gaya tak puas hati? Don't mess, agar-agar! Siri kem muzik di UPSI dah habis. Sekarang semua berkampung di Istana Budaya dah untuk latihan sampai hari konsert.

Teringat masa jam lagu ni dengan Craig, Kevin dan Andrea. Riak wajah Dash berubah lembut apabila mengingat kenangan di AES, di Chayaknapuri. Duduk di porch merenung matahari terbenam. Menyanyi apa saja. Kalau ada gitar, serah pada Craig and Kevin. Kalau Craig datang lepak bawa harmonika, layan jugak. Atau kadang-kadang tak menyanyi, tak bercakap apa. Sekadar merenung Chayaknapuri yang bermandi golden syrup ketika matahari ditelan senja sementara menunggu malam tiba. Tapi kat Malaysia ni....

Pandangan Lee masih tak berganjak daripada laman wajah gadis itu. Dash masih lepak dan santai. Pandangan kru pentas Istana Budaya yang sedang membetulkan mikrofon dan susunan pentas serta tirai latar dibuat tak endah. Juga pandangan peserta-peserta konsert lain yang mula memasuki ruang pentas dari arah belakang pentas selepas siap makan tengah hari.

Lee menggeleng perlahan dalam senyum tawar. Terasa ingin dimarah ditegur anak buahnya buat scene tengah-tengah Panggung Sari Istana Budaya. Namun buat pertama kalinya dia melihat riak wajah gadis itu benar-benar memancar sinar ceria dengan mata bercahaya. Pandangannya kini menala ke seluruh ruang auditorium dari petak diraja, turun ke tempat duduk penonton dan belakang pentas. Nasib baik Encik Hamzah Adnan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tak ada, Tuan Haji Adi Badiuzzaman Tuah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pun tak masuk lagi. Mau terkujat dia orang tengok anak dara sorang ni.

AnthemTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang