Epilog [iii]

1.3K 56 0
                                    

SATU LAGI rutin pagi Ahad.Rutin setiap selang dua minggu.

Ruang utama Mastrick Community Centre di Greenfern Road tu dah dipenuhi dengan meja-meja bulat yang disusun kerusi di kelilingnya.Seperti kebiasaannya untuk aktiviti Lunch Club yang dianjurkan pusat komuniti ni untuk warga tua Aberdeen.Kebanyakannya dari nursing homes atau pusat-pusat jagaan untuk orang tua di kawasan sekitar sini.

Dan seperti kebiasaannya,setiap Ahad pertama dan ketiga setiap bulan mereka bertiga akan berada di sini .

Dash membetulkan sangga violin di bahu.Lee membetulkan laras ketinggian music-stand.Haikal dah duduk di depan upright piano di sudut dewan.Tangannya tengah membuka fail untuk mencari not muzik lagu yang bakal dimainkan.

More – Theme from Mondo Cane.Versi Sinatra

Permintaan dari Mr. O'Toole waktu sesi mereka dua minggu lepas.

"As requested by our lovely Mr. O'Toole,we'll be playing More as our opening number today." Lee memberitahu isi dewan sambil mencapai violin dan bow dari kerusi di belakangnya.

Seisi dewan bertepuk tangan.

Haikal ketawa sambil menegakkan ibu jari.Kemudian dia mula melarikan jemari di atas kekunci piano,memainkan permulaan lagu.Lee dan Dash berpandangan sebelum membawa bow di atas tali violin mengikut cue dari Haikal.

More than the greatest love the world has known,

This is the love I give to you alone,

More than the simple words I try to say,

I only live to love you more each day.

Lunch Club memang dianjurkan oleh pusat komuniti ni khas untuk warga emas.Untuk jauhkan mereka dari rasa sunyi,murung, dan sendirian.Untuk menunjukkan kepada mereka bahawa masih ramai yang sayang.Lee pernah mengajar violin di pusat komuniti ni dulu,waktu zaman belajar.Selain mengajar private lesson, dia juga saja mengajar secara percuma di pusat-pusat komuniti sekali sekala.Sebab,apa guna ilmu dah ada jika tak guna?Pihak pengurusan kemudiannya bertanya jika dia punya masa,mahu tak mengisi sesi untuk Lunch Club?Untuk menghibur hati-hati milik warga emas Aberdeen.The rest,is history.

Dia rekrut Dash dan Haikal tak lama lepas kahwin.

"Islam teaches us to spread the love,no?This is one way of making them smile." Ujarnya pada Dash dan Haikal tak lama dulu.

Allah mengajarkan dalam Islam untuk kita berbuat baik kepada sesiapa.Untuk menggembirakan sesama manusia biar siapa pun mereka.

"You are so nice." Gladys menepuk-nepuk tangan Dash sambil mengesat mata yang berair dengan tangan berkedut seribu. "It was my wedding song with my Pat. Gone for ten years,and I still miss him everyday." Ujarnya. "Thank you for giving me the opportunity to relive that moment.

Senyum . "My faith taught me that God loves kindness." Dash pegang tangan Gladys. "I'm glad that it made your day."

Gunakan kekuatan dan kelebihan yang ada untuk benda baik.

Jadilah adamantium.

AnthemWhere stories live. Discover now