"HEY."
Dash tak angkat muka daripada buku Electronics Design di meja. Tengah menyalin nota untuk Kirchoff's Laws. "Hey yourself." Automatik bibirnya membalas tanpa sempat tengok muka tuan punya suara yang menegur. Habis menulis baru dia angkat kepala.
Tubuh keras sekejap.
"Assignment?" Lee mengisyaratkan kepala pada buku yang terbuka.
"Nota tutorial." Nada android.
Angguk.
Diam.
Sama diam.
Dash pandang headphone di riba.
Lee meletakkan ros merah sejambak di atas meja.
Dash hanya keras terpempan pandang kembang merah tu dengan muka kosong tanpa riak.
"I'm sorry." Rendah perlahan suara Lee mencecah telinga.
Masih diam tanpa riak.
Lee menghela nafas panjang. "I'm... sorry." Dia mengulang sekali lagi. Masih dengan suara rendah perlahan.
Dash angkat muka lambat-lambat ke wajah Lee.
Lelaki itu masih memandangnya. Mata memancar sinar yang berbicara. Dash kembali bawa pandangannya ke meja.
"No." Sepatah tanpa nada.
Lee masih memandangnya.
Dash geleng sambil mengemas buku di atas meja. Wajahnya masih kosong tanpa emosi untuk dibaca. "I'm sorry." Dia bangun. "Roses just doesn't cut it for this kind of apology." Datar dia menyambung sebelum berlalu. Meninggalkan Lee di situ tanpa menoleh ke belakang. Meninggalkan meja yang di atasnya ros merah dalam jambak sepi tanpa tuan.
TIDAK ADA paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barang siapa yang engkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. [Al-Baqarah: 256]
Terjemahan al-Quran kulit merah hati tu diletakkan di tepi bantal. Tubuh disandar ke kepala katil. Di luar salji yang turun masih berbaki. Lambat habis musim salji turun tahun ni sebab waktu mula turun pun lambat. Dash gosok dahi. Maksud ayat daripada surah al-Baqarah yang baru dibacanya tadi kembali menerjah kepala.
Akal sendiri juga ada. Pakai untuk fikir sendiri la! Tapi teringat balik kata-kata Haikal yang petik kata-kata Malcolm X waktu di depan Crombie. Jangan cepat menempelak orang.
"Don't be in such a hurry to condemn a person because he doesn't do what you do, or think as you think or as fast. There was a time when you didn't know what you know today."
Sangat-sangat betul. Dan terasa tamparan tu masa dilibas pertanyaan Alexei waktu mereka makan tengah hari di city dulu. Lepas mula nak mengubah diri, memang kadangkala dia akan mengeluh sendiri kenapa mama tak boleh buat apa yang dia tengah buat, kerana merasakan apa yang dia buat tu dah seratus peratus betul. Tapi rupanya hanya perasan aje. Tak berapa nak betul pun sebenarnya.
Kenyataannya, dia sendiri menjadi mangsa cultural islamist di bawah sedar. Kerana merasakan hal tutup aurat tu cukup dengan pakai tudung dan tak pakai lengan pendek. Sebab tu yang dia tengok pada masyarakat punya kebiasaan dan norma! Jadi dia secara lurus terus merasakan tu benda yang betul. Kalau bab pakai baju jarang dan ketat terlebih tu memang dia sendiri boleh rasa la benda tu salah. Tapi benda-benda borderline ni... memang dia anggap apa yang majoriti tu betul. Bersepah kut gadis-gadis Muslim yang berpakaian macam dia kat luar tu. Yang status tutup aurat bukan di zon putih atau zon hitam, tapi di daerah kelabu.
"Is it a matter of warpping or covering?" Suara Alexei terngiang di telinga. Walau terngiang untuk ke seratus juta kali, masih terasa desing pedasnya.
Dan kata-kata Haikal daripada Malcolm X tu juga buat dia fikir balik tentang apa yang pernah dia sebutkan pada Lee selepas tamat cerita mereka. Dalam keadaan dia yang pantang dihukum, mungkin dia sendiri yang menghukum sebenarnya. Padahal bukan tempat dia pun nak mengatakan orang itu ini. Tak layak.
"NAH."
Lee angkat muka dari study-carrel. Dash berdiri di situ dengan muka tak berperasaan. Dia mengisyaratkan kepala ke arah buku-buku yang baru diletakkannya di atas meja lelaki tu.
Mata jatuh pada kulit buku. Shahadatul Haq dan Peranan Pelajar dalam Membina Masa Depan Dunia saling bertindih.
"Bye." Langkah Dash dah hilang.
YOU ARE READING
Anthem
General FictionEverybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Published April 2013, ISBN 9789670508629 Goodreads : https://www.goodreads.com/en/book/show/17800555-anthem