54

1.1K 63 2
                                    

TANGAN MENGACAU teh ais lemon dengan straw di bawah sedar. Mata leka memandang lurus ke depan tanpa fokus. Buku nota, lecture notes dan buku CAD tersadai atas meja. Satu vegetarian tacos tergolek tepi buku. Hingar ruang Old ElPaso di tengah The Hub tu tak berapa masuk ke kepala. Sebab kepala tengah sarat.

Dalam tu ada CAD. Ada Maths. Ada Engineering Materials. Ada Electronics. Ada Communication. Ada buku 'Pakcik' Maududi. Ada suara Kak Trisy. Ada suara Kak Jiji. Ada Lee.

Lee.

Lepas hari di Malladeo, memang dia berjalan macam atas angin. Macam berjalan atas angin dengan kelopak bunga ros seribu warna jatuh berguguran dari langit. Hambik, baik punya analogi. Perasaan naik ke langit melayang-layang. Dia dengan Lee memang la tak pernah guna ayat-ayat yang sweet nothings macam dia dengan boyfriend-boyfriend dia sebelum ni. Tapi hati masih juga kembang-kuncup macam bunga seri pagi waktu pagi dan tengah hari. Sebab Lee tu memang sweet je dengan cara dia tersendiri.

Dash melepaskan straw daripada jemari tangan kanan. Mata masih juga tanpa fokus menala ke depan. Hujung telunjuk pula kini meniti bibir gelas tinggi tu. Dalam keadaan dah hati kembang-kuncup berbunga-bunga tu, tak tau entah kenapa semenjak dua menjak ni macam ada ombak pulak datang bergolak. Mana datangnya pun tak tau. Entah plat tektonik mana yang beranjak sampai buat tsunami gitu. Hoh. Ni la namanya bahana housemate dengan budak geologi. Aku pun dah cakap ala bahasa dia.

Berbalik pada benda yang tengah ada dalam kepala. Kenapa Dash... kenapa... bukan ni ke yang selama ni kau duk mimpi-mimpi? Haih....

"Sorry... sorry... Fluid Mechanics punya lecture habis lambat la tadi." Bungkusan vegetarian fajita dan gelas tinggi berisi soda mendarat di atas meja.

Dash tersentak daripada monolog sendiri. "Oh, hey." Dia menegakkan badan. Bibir automatik mengukir senyum segaris.

Kerusi di hadapannya ditarik. "Lama dah?" Lee melepaskan beg yang disandang di bahu ke lantai.

Geleng. "Tak la lama sangat. Air pun tak luak." Dash tarik bungkusan vegetarian tacosnya dari meja.

"How was class?" Lee mula membuka balutan kertas vegetarian fajitanya.

"Not too bad." Dash buka bungkusan taco di tangan. "And yours?"

"I think Fluid Mechanics is killing me." Lee buat muka.

Dash ketawa. Dia tarik gelas air dengan sebelah tangan.

"What's wrong?" Lee tanya apabila kunyahan dalam mulut dah habis.

Gelas yang tengah melungsur di atas meja terhenti. Mata yang menghala ke meja membulat di bawah kawalan. Dash angkat muka. "Come again?"

"Muka semacam." Lee memandangnya. "Kenapa?"

Dash gigit bibir bawah di bawah sedar. Kemudian cepat ukir senyum kecil. "I miss my family."

Lee senyum segaris. "Ditto that."


"KAKAK." Haikal sengih di skrin Dell.

Dash sama mengukir sengih di bibir. "Heya, baby." Dia membetulkan letak headset di kepala.

Haikal buat muka. "Berapa kali orang nak cakap..."

Haha. Dash ketawa. Saja. "Apa khabar semua orang?"

"Mama dengan ayah okey. I am my own fine self, as usual." Haikal bagi laporan. "Same old... same old." Dia angkat sebelah bahu. "You?"

"Sama je. Kelas. Lecture. Tutorials. Test. Lab. Assignment. Report." Dash bilang satu-satu.

Haikal buat muka. "Go out and live a little la, wei. Bunyi bosan betul hidup. Tak ada benda lain nak buat ke selain pergi uni?"

"Kau ingat kakak datang sini holiday ke?" sarkastik suara Dash bertanya. "Nak muntah kut kerja buat lab report dengan mengiraje."

Haikal gelak seround.

"Apa lagi cerita?"

Berjela Haikal bercerita fasal kelas Cambridge International Examinations (CIE) dia, fasal classmates dia, fasal makanan Turki yang dia baru cuba, fasal Ankara, fasal keluarga dari Mongolia yang jadi jiran sebelah rumah, fasal mama punya aktiviti expat, fasal ayah punya kerja, fasal tempat-tempat yang dia cadang nak jalan di Turki ni nanti....

Dash sengih mendengar. Aku memang rindu la budak ni.

"... nanti kita boleh tengok all those historical buildings macam kita buat masa kat Delhi." Haikal berhenti tarik nafas apabila laporannya dah sampai ke penghujung. Diam dah.

Dash tepuk tangan. "Kau memang masih hebat buat recap la, baby." Dia ketawa.

"Ah, well." Haikal gosok bahu kiri dengan belakang kuku kanan konon gaya cool habis.

"Pigi la kau." Tawa Dash masih bersisa.

Haikal di Ankara tarik nafas dalam-dalam. Mengumpul kekuatan. "Kakak...."

Tawa mati terus. Pandangannya terus fokus pada Haikal di skrin apabila dengar nada suara Haikal yang berubah. "Baby?" serius suaranya memanggil.

Haikal sengih teragak-agak. "Orang... ada benda nak cakap...?"

"Ya...?" Menunggu.

"Ada Muslim Youth Camp." Laju meluncur keluar. Selang tiga saat. "Haikal rasa nak pergi." Haikal merenungnya dari dada skrin.

Terpempan.

Haikal di skrin memandangnya dengan muka sedikit cuak. Tak dapat nak mengagak reaksi kakaknya di tanah Aberdeen tu.

Bibir tanpa mampu ditahan kemudiannya mengukir senyum lebar. Mata terasa berpasir tiba-tiba.

"It's gonna be great, kan?" teragak-agak suara Haikal bertanya, meminta kepastian.

"Pergi dengan open-mind and open-heart." Dash menuturkan dengan senyum di sebalik mata yang terasa hangat. "It's gonna be more than great. It's gonna be awesome. Beyond awesome even. Just let yourself embrace it." Fitrah manusia itu ialah kepada kebaikan. Jika dikembalikan manusia itu kepada fitrahnya, everything else will fall into place.

Haikal senyum puas hati dengan balasan Dash tu.

"Apa nak cakap kat mama dengan ayah nanti?"

Haikal sengih. "Youth camp."

"Kat mana sebenarnya youth camp ni?"

"Istanbul." Sengih.

"Jauhnya!" Ada kut nak dekat 500km dari Ankara.

"Apa yang Haikal belajar daripada kes kakak, kalau bab macam ni lagi besar distance dari environment yang rasa restricting tu lagi bagus, tak ke?" Haikal senyum mengusik dari tengah skrin.

"Moga Allah permudahkan, Haikal."

"Bye, kakak. Love you."

"Love you too, Haikal."

Hati tu Allah yang pegang. Sama ada untuk bersinar bergilap atau terus jadi hitam gelap. Itu semua Allah punya kuasa. Jangan la nak sembarangan menyebut yang bukan-bukan. Siapa tahu baiknya kita hari ni kekal sampai hari kita mati? Dan siapa juga tahu jahatnya seseorang tu hari sekarang akan kekal sama pada hari dia akan pergi menghadap Tuhan.

Haikal... kakak harap kau boleh jadi saksi pada syahadah kakak nanti. Amin. Birai mata yang terasa hangat dikesat dengan hujung jari. Perasaan yang bertimpa makin berbaur. Allah... macam mana nak buat sujud syukur? Terus dia tanya 'Pakcik Google'. 

AnthemWhere stories live. Discover now