69

1K 50 0
                                    

CHRISTMAS BREAK hari tu kalau nak disimpulkan, macam roller-coaster. Bukan secara fizikal. Tapi secara emosional. Dengan Haikal. Dengan Lee. Dengan Aleksandr dan Alexei. Dengan Lee. Dengan mama dan ayah. Dan again... dengan Lee.

Can't a girl get a break around here?

Mama dan ayah di Aberdeen lima hari. Duduk di rumah Ateh Yu. Sehari Ateh Yu dan Haikal bawa jalan-jalan pusing Aberdeen, pergi city pergi Duthie Winter Garden segala bagai. Hari kedua dia dan Haikal bawa mama dan ayah ke King's Hall untuk tunjuk rumah dan bawa jalan pusing uni. Hari ketiga dan keempat, dia dan Haikal sekali lagi ke Aberdeenshire. Bawa mama dan ayah ke Braemar. Sebab mama teringin nak main ski di tanah Scotland. Mereka pergi berlima. Dan ahli kelima tu bukan Ateh Yu, sebab hamba Allah tu entah bala apa yang datang ke atasnya maka demam la pula dia.

Dah tentu driver dan guide pilihan mama untuk bawa mereka ke sana menggantikan Ateh Yu tu anak Kolonel Husni, kan?

Sangat-sangat bersyukur yang lepas cuti ni terus exam semester satu. Sebab memang tu la alasan yang digunakan untuk berkurung aje dalam bilik di kabin yang mereka sewa sepanjang di Braemar. Tak pergi sentuh salji langsung. Main lungsur tobogan pun tidak. Hanya keluar untuk makan aje. Mama, ayah, Haikal dan Lee aje la yang pergi meredah sejuk di luar tu. Tak tau la Haikal dengan Lee gayanya macam mana. Dia sendiri malas nak ambil tahu. Tapi kalau dah dia orang kena kongsi bilik kat kabin ni, pandai-pandai la bawak perangai nak hidup.

Mama suruh dia studi dengan Lee. Dengan suara tak ada perasaan dia jawab dia dah biasa studi sendiri.

Serius penat. Memang la terlepas habis dah rindu pada mama dan ayah, tapi apabila kena keadaan macam tu, maunya tak lemas mengah?

Elok mama, ayah dengan Haikal balik Ankara, memang dah tak toleh kiri kanan depan belakang dah. Pulun buat latihan dan ulang kaji untuk exam. Dia banyak buat study group dengan budak-budak yang tak balik bercuti, macam budak-budak exchange. Apabila cuti makin hujung dan makin ramai yang dah balik Aberdeen, makin ligat la study group mereka. Bertapa di The Hub macam penunggu gua.

Sekarang exam dah habis. Semalam baru dia habis mengemas bilik yang dah rupa macam apa. Kalau dulu masa awal-awal semester biliknya macam kena geledah dengan penyamun tarbus, post-exam punya keadaan bilik sepuluh ganda lagi dahsyat daripada tu. Dah macam ada gempa bumi, ribut dan tsunami yang langgar biliknya sekali gus. Tapi sekarang dah rupa bilik balik dah.

Yay!

Esok kelas pertama untuk semester dua akan bermula. Akan mula lembaran baharu. Akan mula bab baharu. Akan mula rutin baharu. Akan mula azam baharu. Ecewah. Mula semester ni jugak mungkin tak dapat nak lepak dah kat rumah Kak Trisy. Sebab mula semester ni Abang Jade datang duduk sini teman Kak Trisy. Dia kerja off-office. Mentang-mentang la jadi kartunis boleh buat kerja di mana-mana.

Dash gosok kepala. Exam punya hal dan fasal, kepala dah naik sengal. Kepala dah tepu dengan atomic theory, concept of current flow, material, physical properties, klasifikasi material, stiffness, strain, stress, Cartesian co-ordinates, algebra, geometry, logarithm, vector, Hukum-hukum Newton, equilibrium dan kalkulus segala bagai.

Dan sekarang, dia nak lapangkan kepala daripada segala benda tu dengan baca benda lain yang tak ada kait-mengait dengan Hooke's Law.

Peranan Pelajar Dalam Membina Masa Depan Dunia disangga atas meja. Nafas ditarik panjang. Dia tunduk pada buku di depan mata.

Apa yang saya lihat di seluruh universiti dan pusat-pusat pengajian di dunia Islam, bahkan di setengah-setengah dunia bukan Islam, wujudnya kumpulan pemuda Islam yang beriman penuh dengan akidah Islam, menyedari tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan sanggup mengorbankan sepenuh tenaga mereka untuk menegakkan semangat Islam di pusat-pusat pengajian tinggi tersebut.

AnthemTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang