58

983 59 3
                                    

"KAK TRISY..." Datar. Dia terus merangkul erat tubuh Kak Trisy yang terpempan berdiri di depan pintu rumah.

"Dania?" Bahu Dash diusap perlahan. "Kenapa ni?" Bingung dia seketika dengan laku Dash yang tak dapat diagak terjadi kerana apa sebabnya.

"I... hate insufferable jerks!" Antara terkeluar dan tidak suaranya. Datar tanpa nada. Dia memang sungguh-sungguh tengah menahan perasaan. Hati hampir tak terpujuk. Tapi mungkin masih dapat ditahan akal. Kalau tak, mau ada daun pintu yang jadi mangsa tapak tangan dan kaki yang dah lama tak melayang.

"I know of what you were, Dania!"

Sakitnya apabila kata-kata itu mencecah telinga. Dia takkan ada sekuman rasa pun kalau yang menuturkan ayat itu ntahsapasapantah yang tak beri apa-apa maksud dalam hidup. Tapi yang melancarkan ayat panahan yang menikam jantung tu Lee! Lee yang telah diletakkan seluruh kepercayaan. Lee yang dipandang disanjung setinggi langit. Lee yang mengubah pusingan hidup. Lee yang disayang. Dan kini Lee yang dibuang. Adakah kerja gila apabila dia mengatakan 'we're over'? Kerja gila kerana menyeksa hati sendiri. Kerja gila kerana mendera diri sendiri. Dia yang overreacting?

Malladeo jadi saksi peristiwa bersejarah sekali lagi. Tapi ni sejarah yang versi tragedi.

"Um... I was thinking... maybe we should call it quits?"

"Excuse me?" Nada suara Lee masa tu rendah antara keluar dan tidak. "What?"

"Uh... it feels not quite right?"

Lee hanya memandangnya dengan wajah tak tertafsir riak. "Not quite right..." dia mengulang.

"Not us." Dash hanya pandang meja. "It's my... conscience?"

"Yang you tiba-tiba jadi konon baik ni kenapa?" Suara dingin macam ais bawah laut.

Terasa macam ada guruh berdentum atas kepala. "I didn't know that it was wrong before!" Suara Dash juga sedikit meninggi. Muka terasa makin panas.

"Tak payah nak berlagak baik sangat! I know of what you were, Dania!"

Kali ni betul rasa macam kepala kena panah petir. "What is wrong with you?" Dash pandang Lee dengan mata berkaca. Dan muka tak percaya.

Terasa Lee yang di depannya macam Optimus Prime yang dah menjelma jadi Megatron. Atau sebenarnya memang dia Megatron tapi aku je yang terasa dia macam Optimus Prime?

Habis sesi venting di rumah Kak Trisy.Dan kini dia dah balik ke bilik di King's Hall.Kak Trisy hantar balik dengan kereta tadi.Dari tadi dia hanya kaku terbaring pandang siling dengan headphone tak lekang dari telinga.

Save Me – Embrace yang berlagu baru nak masuk korus.Cepat-cepat tangan menekan butang 'skip' bila lagu tu tiba-tiba menarik ingatan dari zaman bertahun lepas,berlatarkan 7-Eleven,Hotel Grand Continental, dan Istana Budaya.Tapi dah terlambat.Memori perbualan di depan 7-Eleven tu kembali menerjah kepala juga.

"Apa?" Keningnya terangkat sebelah. Skeptis mencabar. "You have issues dengan orang free-hair?"

"Tak." Lee geleng sambil bawa straw Slurpee ke bibir dengan pandangan kembali ditala ke jalan.

Lee yang dia kenal masa sekolah tak pernah judgemental dengan orang yang tak pakai tudung. Tapi kenapa tiba-tiba tak dapat nak terima aku yang ada conscience?

"Tak payah nak berlagak baik sangat! I know of what you were, Dania!" Macam playlist sadis ayat tu on-loop dalam kepala buat kesekian kalinya.

Terasa macam halilintar memanah kepala apabila kata-kata itu mencecah telinga. Dash mengetap bibir bawah merenung Lee. Hujung telinga terasa hangat berdesing. "That's it." Terketar-ketar dia menuturkan menahan sabar dengan kedua-dua belah tangan di bawah sedar menggenggam penumbuk. "We're done." Cecair bening itu mengalir juga ke pipi.

Dare You to Move-Switchfoot berlagu rendah terngiang di telinga. Menggantikan Save Me. Dash tarik nafas panjang tertahan.Tak ada air mata untuk menangis dah. Cuma ada hati yang mendidih melahar.Telunjuk memusing volume pemain MP3 tu hingga habis.Suara Jon Foreman bergaung di telinga.

Dare you to move, Dash Johari. Dare you to move, like it never happens.


"LEE APA KHABAR?" Wajah Haikal sengih di skrin.

Dash tersentak. Dia tarik nafas. "How about... kita cakap fasal benda lain?" Dia pandang Haikal di skrin. "Kat sana hujan?" Topik diubah.

Wajah Haikal berubah. "Kakak?" Keningnya terangkat sebelah. "Apa jadi?" Kalau dah nak buka topik fasal cuaca tu... sah la ada benda tak kena. Sah benda yang besar baik punya.

"We're done." Ujar Dash sambil angkat sebelah bahu. Konon seolah-olah gaya tak ada apa.

"We?"

"Lee and me."

Diam. Lama.

"Uh... did you... cry?" teragak-agak Haikal tanya. Maklum daripada sejarah hidup, yang kalau kakak tengah lalu fasa break up dia akan menangis sehari semalam, lepas tu habiskan aiskrim dan coklat sehari semalam, dan lepas tu pergi shopping sehari semalam. Kalau terapi tu berjaya, all good. Kalau tak, ulang balik daripada step pertama sampai ketiga hingga agak-agak dah kembali rupa manusia.

Sekali lagi Dash hanya angkat sebelah bahu dengan wajah tak beriak. "For half a minute." Jawabnya. "I was so angry."

Dahi Haikal berkerut. "You... tak sedih?"

Geleng. "No. I was angry. Really angry." Masih dengan wajah tak beriak. Tapi mata dah bersinar lain macam.

Haikal telan air liur di bawah sedar. "How angry?"

"Remember Tanya? Masa kita duduk Paris." Dash pandang Haikal.

Eh? Haikal mengerut dahi cuba nak mengingat. Tanya... Tanya... Tanya... anak siapa dari benua mana.... Kerut di dahi hilang. Dah ingat. "Tanya Catalanotto?" dia bertanya nak memastikan.

Dash angguk.

Kening Haikal sedikit terangkat tinggi. Insiden kakak dengan Tanya, pun hampir bikin insiden antarabangsa antara benua. "Dia panggil kakak T-Rex masa hari pertama kakak pakai braces pergi sekolah. And... she said that you were ugly before the braces, hence the differences was not really that noticeable apabila dah pakai braces." Haikal mengulang insiden tu.

Dash hanya pandang Haikal dari skrin. Masih belum buka mulut.

"You nangis sebab you were so angry. And... you silenced her with a left hook." Walaupun masa tu tak rasa kakak dah belajar fasal teknik tu. Tu namanya aku-geram-dengan-kau-maka-terimalah-padahnya punya step.

Angguk.

Rahang bawah Haikal jatuh. "You gave Lee a left hook?"

"Wish I did." Datar tanpa nada Dash membalas. "Apa yang dia buat, take Tanya and kali benda tu dengan ten times over."

Wajah Haikal berubah. Keningnya terangkat sebelah dengan mata mencerun. "Kakak, apa yang dia buat?" Rendah datar soalan tu.

Dash menampal senyum plastik di muka. "Baby, tak payah risau. Kakak boleh jaga diri sendiri." Tanda tak nak perbicangan ni tambah lanjut dan melarat.

"Kakak...."

"Kalau dulu I would cry buckets kut over a break up." Dash menuturkan. "But for this one, I'm more upset at being dissed." Diam sekejap. "Plus, it's kind of stupid crying over silly boys."

"I am a boy, you dunderhead!" laju Haikal meningkah.

"Kau adik la, ngeng! Lain!"

Haikal muncung. Saja. Kut la dengan muka merajuk macam ni mau kakak cerita hal apa yang jadi sebenarnya.

"So, kat sana hujan?"

AnthemWhere stories live. Discover now