RAMBUT yang dah panjang sampai ke bawah bahu disimpul di belakang leher. Tangan kiri pegang simpul, tangan kanan capai pen di atas meja. Dicucuk satu ke rambut. Kemudian dicapai satu lagi pen yang tergolek, dibawa juga ke sanggul ala kadar di belakang kepala. Sambil lalu dengan apa aje yang boleh dicapai dek tangan. Malas dah nak cari chopstick. Lagipun pasti je, kalau berusaha nak cari pun, sah tak jumpa dalam tempoh masa 24 jam. Dalam tempoh masa seminggu, itu mungkin.
Sebab bilik tu macam baru lepas kena sapu ribut! Tak pun macam baru lepas kena geledah dengan penyamun tarbus. Dari meja, ke katil, ke lantai, ke bilik air. Serabut berterabur! Komputer riba di celah-celah timbunan bantal dan duvet melalak dengan Dare You to Move-Switchfoot. Memang dare you to move sungguh, dare you to move atas lantai yang dah tak ada ruang.
Dua tiga minggu yang berlalu ni rasa macam ribut. Di atas meja, student handbooks untuk subjek-subjek semester ni saling bertindih dengan tutorial worksheets, lecture notes, fail untuk nota dan lab reports, buku nota dan buku rujukan. Kertas graf, kertas A4, dan test pad berselirat dengan pen, pen berwarna dan magic pens yang tergolek keluar dari bekasnya. Stroud dan Ram untuk Engineering Mathematics dah hampir tertimbus di bawah kertas-kertas conteng dan kertas-kertas jawapan untuk soalan latihan. Dua mug kosong tak berbasuh tegak berceratuk di hujung meja. Nasib baik ditempan dinding. Kalau tak dah tergolek ke lantai agaknya.
Thornton & Colangelo yang besar gedabak setebal hampir 900 muka surat tu bertindih dengan Telford di lantai. Bersama dengan nota-nota tutorial dan lab sessions Fundamentals of Engineering Materials. Sebab meja dah tak muat. 'Menara' Fundamental Engineering Mechanics di sebelahnya tak kurang tinggi. Rajasekaran dah tak nampak rupa ditutup logbook dan lab reports, dan bertindih pula dengan Bhavikatti yang dipinjam dari perpustakaan.
Atas katil pun hanya ada ruang 2 kaki x 6 kaki yang kosong, untuk dia tidur baring. Selebihnya ditutup komputer riba, The Bourne Identity, The Bourne Supremacy, Fundamentals of Engineering yang dicetak daripada laman National Council of Examiners for Engineering and Surveying USA (NCEES) sebagai nota tambahan, lecture notes, sweater, pashmina, mafela dan bathrobe. Di sudut bilik baju kotor yang nak kena basuh selonggok macam busut jantan. Tas tangan, beg dan pashmina bersangkutan dari setiap sudut yang boleh sangkut benda.
Dash gosok dahi sambil pandang keliling bilik. Parah... parah.... Terasa la penangannya jadi budak uni yang konon dah besar dan kena hidup sendiri. Sah tak terurus! Kelam-kabut nak menguruskan hal kuliah, tutorial, lab session, ulang kaji dan background readingsampai bilik pun kalah tongkang pecah. Dah la besar sekangkang kera aje. Tempat nak melangkah pun dah tak berapa nak ada. Ni kalau mama tengok ni sah dia pengsan. Rambut depan yang jatuh ke dahi dia tiup kuat agar kembali ke atas kepala. Sah kena potong rambut buat gaya pixie cut waktu zaman sekolah kalau nak senang hidup.
Dia tarik nafas panjang-panjang. Mari kita mula sesi mengemas. Hari ni dah Jumaat. Untuk pertama kalinya ada waktu untuk bernafas. Tutorial Maths ada sikit je yang nak kena buat, boleh buat hari Ahad. Subjek lain tak ada apa sangat yang nak kena buat sebelum minggu depan. Baik la guna masa yang ada ni untuk pastikan bilik ni tak jadi tempat pembiakan tikus mondok dan kultur bakteria atau fungi.
Viopipe-Butterfingers tiba-tiba menjerit di celah suara Jon Foreman. Mata Dash bulat. Alamak! Telefon! Tapi dah tak nampak bayang dah telefon tu di mana. Arah bunyi macam dari katil. Laju dia melompat rentas bean bag di lantai ke arah katil. Dah rupa gaya antara macam orang masuk lari berhalangan dengan penuh bergaya dan jaya atau macam pemain ragbi nak tackle pihak lawan. Mendarat tertiarap atas katil. Kelam-kabut mengibas dan mengangkat duvet, mafela, bantal dan segala benda di atas katil tu untuk mencari punca Si Viopipe. Mana... mana... mana...! Komputer riba yang hampir terbalik ke lantai dalam ribut tu sempat disambar sebelum jadi mangsa graviti. Huhu... selamat.... Kembali melingas. Mana telefon???
![](https://img.wattpad.com/cover/280119136-288-k63659.jpg)
YOU ARE READING
Anthem
General FictionEverybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Published April 2013, ISBN 9789670508629 Goodreads : https://www.goodreads.com/en/book/show/17800555-anthem