[Hari-Hari Sebelum Esok]39

1.2K 56 1
                                    

RUTIN KOLEJ kembali masuk pusingan monotoni yang biasa, seperti sebelumnya. Pergi kelas, pergi library, buat homework, buat assignment, buat lab report, belajar, belajar, belajar sampai rasa dah nak berbuih mulut. Weekend, kalau tak balik rumah Lela atau rumah Pak Yang atau jumpa Kak Jiji... pergi outing. Ataupun duduk diam-diam buat homework kat kolej. Apabila cuti semester yang pendek, sekali lagi sama ada balik rumah Lela atau rumah Pak Yang. Atau rumah Kak Jiji. Dengan pusingan rutin yang lebih daripada cukup untuk memenuhi kuota masa 24 jam sehari tu, memang buat masa rasa berjalan laju kalah roket Apollo 11 naik ke bulan.

Dash menggosok mata yang terasa kelat. Malam dah nak menginjak ke awal pagi. Jam di skrin telefon bimbit dah menunjukkan pukul 12.48. Giancoli yang terbuka di atas meja ditutup. Buku Physics: Principles with Applications yang tebal berkulit keras tu disusun bertindih dengan helaian kertas A4 yang penuh bertulis jawapan soalan esei. Selesai dah kerja rumah Fizik untuk kelas Isnin depan. Esok Sabtu, tak kisah kalau nak berjaga pun. Sebab boleh ganti tidur siangnya.

Dia bawa tangan ke mulut menahan kuap sambil pandang ke belakang. Lela di bahagian sebelah sana bilik dah lena lama tadi dah. Dash kembali menghadap meja belajarnya. Tangan kanan dibawa ke belakang leher, mengurut urat yang rasa dah bersimpul sebab duduk dah berjam-jam.

Headphone di telinga meneman dengan Embrace menyanyikan Save Me. Mata tanpa dipinta jatuh pada bingkai-bingkai gambar berbagai saiz yang bersusun di sudut meja. Pandangan lekat pada gambar di dalam bingkai kayu hitam saiz 4R. Gambar keluarga waktu di Paris. Mereka berempat di hadapan Eiffel Tower. Waktu ni dia masih lagi rambut hitam dan bertocang dua dengan pengikat rambut bermanik di kepala bersama retainer di gigi, dan Haikal masih pakai braces dengan kasut yang berlampu LED kelip-kelip di kaki.

Beralih pula pada bingkai di sebelah gambar tu. Sekeluarga di West Potomac Park waktu The National Cherry Blossom Festival. Mereka berempat di hadapan pokok-pokok ceri yang berbunga lebat dengan Washington Monument tegak megah menjadi latar di belakang. Dalam gambar tu rambutnya perang auburn paras telinga dengan mata hijau (kanta lekap tentunya), dan Haikal rambut brunette dengan mohawk tinggi dua inci dengan tip kuning. Dua-dua hanya bersarung cut-off jeans atas lutut dan singlet wife-beater. Spring waktu tu. Oh... were we wild back then, huh, brother dearest? Tame by typical American standard, though.

Tapi mama pun dalam gambar ni rambut auburn mata biru.

Nafas panjang dihela di bawah sedar. Embrace masih menyanyikan Save Me di telinga.

Save me, indeed.

Teringat balik pada perbualannya dengan Johan di KLIA masa baru sampai dari Delhi.

"So, kau jadi gini sebab pergi youth camp? Voluntarily? Sukarela?" Johan merenungnya dengan kening terangkat sebelah.

"Tak payah la nak buat bunyi terkejut sangat." Dash menggumam rendah sambil potong brownie di piringnya dengan garpu.

"Kau dapat pencahayaan agung ke apa?"

"Ngeng la tu." Dash menggumam. "I'm just trying to define myself." Dia menyambung kemudiannya. "Penat kut jadi alien."

Johan muka tak tau nak cakap apa. Kepala tak dapat nak mencari perbendaharaan kata yang betul untuk susun ayat.

"What is wrong with me wanting to learn?" Arrgghh!!! Stres! Rasa nak tarik rambut. Dash merengus. Kenapa la susah sangat orang nak faham?

"Chill, girl." Johan angkat kedua-dua belah tangan tanda suruh bertenang. Karang kut ada pinggan yang melayang.

I'm just trying to save myself. Dash meraup wajah. Pandangannya kembali pada bingkai-bingkai gambar yang bersusun. Rasa macam buat benda yang betul. Tapi hakikatnya, macam tengah berenang lawan gelombang. Penat. Dan apabila give up, sah akan tenggelam terus dan hanyut ikut arus.

Pandangannya jatuh pula pada corkboard di dinding. Yang penuh dengan poskad, gambar, nota, formula dan post-it notes. Mata melekat pada nota kuning yang paling bawah di sudut kanan.

Bibir mengukir senyum tawar di bawah sedar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bibir mengukir senyum tawar di bawah sedar. Sangat tak adil la kalau orang nak kata rama-rama Blue Morpho yang lawa gila tu adalah makhluk yang huduh hanya sebab pernah tengok makhluk tu masa dia dalam bentuk beluncas. Walaupun hakikatnya memang ulat bulu dan kepompong rama-rama Blue Morpho tu memang tak lawa pun. Sebab masa boleh mengubah. Masa boleh menukar arah. Dan masa tu pembolehubah yang bukan di bawah kuasa manusia, tapi kuasa Allah.

Maka tak adil la untuk manusia tu menghukum atas dasar masa yang dia tak ada kuasa ke atasnya, tak ke? Tapi masalahnya ramai manusia suka jadi hakim dengan keluarkan hukum-hakam tanpa soal siasat depan belakang. Sebab lebih mudah untuk cakap beluncas yang berada di depan mata tu hodoh, berbanding sabar menunggu untuk lihat beluncas tu jadi kepompong dan POM! Jadi Blue Morpho yang lawa gilang-gemilang.

Kata kunci kat situ: sabar.

Sabar untuk beluncas yang bertapa dalam kepompong tu sebelum boleh keluar sebagai makhluk cantik yang cukup sifat. Dan juga sabar untuk orang di luar kepompong yang nak tengok beluncas tu jadi rama-rama, yang sama cantik sama padan dengan bunga-bunga yang bakal jadi taman permainannya.

Dan sabar untuk jadi beluncas dan kepompong 'alien' di tengah populasi rama-rama yang dah berterbangan. Sebab, jadi 'alien' memang penat! Penat dengan pandangan, dan kenyang dengan kutukan dan kritikan rama-rama yang kadang-kadang tak sadar diri yang dia orang pun suatu ketika dulu pernah jadi beluncas dan kepompong. Haih. Ke dia orang tu keturunan rama-rama mutan yang lahir aje terus jadi rama-rama lawa penuh bergaya? Ceh!

Betul, memang ada waktunya dia rasa malu dengan masa lalu, dan kadang-kadang rasa rendah diri tu ada bertanda. Tapi dia tak pernah la rasa dia hina hanya dengan sebab tu jika nak banding diri dengan orang lain yang konon perasan bagus tak kena tempat. Dia tak pernah selindung fasal Dash Johari yang dulu dalam hidup Dash Johari yang sekarang. Selindung fasal Dash Johari yang sekarang daripada hidup Dash Johari yang dulu, itu betul ya tanpa disangkal.

Rasanya kira okey apa diri yang sekarang lebih baik daripada diri yang dulu. Orang lain nak judge tak tentu fasal tu kenapa? Dan dia masih boleh tegak berdiri dengan chin up kalau ada orang yang nak buat lagak pandang dia dengan sebelah mata. Itu, memang pantang dia. Sebab tu habis aje zaman sekolah memang dia dah putus hubungan langsung dengan budak-budak sekolah lama.

Sebab membantutkan pembesaran!

Dash pejam mata. Duk memikir pun dah naik penat dibuatnya. Dia gosok mata. Aku nak tidur. Dia bangun dari kerusi. Katil dah memanggil, menggoda dengan tarian hula. 

AnthemWhere stories live. Discover now