"TROMBON!!! Tak dengar!!! Bunyi macam tikus nak mati!!!" Suara Sarjan Hamid bergaung sampai ke Blok D Asrama Putera.
Dash buat muka dalam hati. Bibir yang pecah dah terasa makin membengkak sejak semalam. Bahana band practice semalam. Memang lumrah biasa la tu bibir pecah kalau tersilap teknik waktu tengah main. Bibir bengkak pecah nak tiup macam mana? Sakit! Kalau bee-stung lips macam Angelina Jolie tu lain la cerita. Sexy pout boleh buat saham. Ni saham apa ke namanya? Namun riak muka ditahan berubah daripada fasa beku-batu.
"Macam ni ke Pancaragam Kadet Polis???" Sarjan berumur itu melangkah ke arah barisan bass di belakang. "Trombon!!! Turun sepuluh!!!"
Gigi diketap makin kuat. Aku memang benci band sekolah ni! Aku benci Lee! Aku benci Sarjan Hamid!
Keempat-empat trombon Yamaha itu baring ke tanah bilamana tuan-tuannya turun down on all four. Sempat dia berbalas pandang dengan Sett di sebelahnya. Sett hanya senyum segaris. Live with it! Mata anak muda itu seolah-olah berkata-kata.
"Satu!!!"
Azab terasa menyudahkan hukuman itu. Namun wajahnya masih riak beku. I've learned it the hard way dengan tae kwan do. Baik la turun sepuluh daripada lari! Gigi diketap lagi sambil badan diturunkan buat kali keenam. Dah la mula latihan tadi dari tengah hari waktu matahari atas kepala sampai dah nak masuk senja. Apabila bangun berdiri pun siku dengan lutut dah rasa terketar. Ini dah kali keempat buat push-up untuk hari ni saja! Bila nak habis azab?
"One by one. Solo!!!" Sarjan Hamid menjerkah dari hujung barisan di sebelah Azran.
Riak wajah Dash berubah. Solo? Solo=sorang. Sorang? Sorang-sorang!!! Air liur terasa kesat di anak tekak. Takut dan seram kini membuatkan debar hati makin menggila. Bakal kantoi! Bibir terasa makin berdenyut sakit.
Azran dah mengangkat Blessing Scholastic ke bahu kiri. Intro Davy Crochet's March dimainkan. Perfect.
Tat Seng pula mengangkat trombon di tangan sebaik Azran habis dengan not terakhir. Air liur makin terasa berpasir.
Habis seksa Tat Seng. Sett pula mengangkat trombon. Jantung dah terasa seolah-olah nak pecah.
Sett melagukan bar terakhir.
Oh no!
"Cik kak!!! Mengelamun apa!!!" Suara Sarjan Hamid bergaung lagi.
Dash menjeling tajam. Jerit-jerit apa? Aku bukan pekak! Blessing Scholastic dibawa ke bahu. Mouthpiece dibawa ke bibir yang makin berdenyut. Intro Davy Crochet's March dimainkan. Perlahan. Bibir makin terasa pedih.
"Berhenti!!!" Sarjan Hamid melangkah deras ke arahnya.
Oh... my...
"Tak makan nasi ke tadi???"
Gegendang telinga rasa nak pecah. "Makan, tuan." Muka masih ditahan dengan riak batu-beku.
"Tiup macam ayam kena sembelih tu kenapa?"
Gigi diketap lagi. "Mulut pecah..."
"Bukan alasan!!!" Mata Sarjan Hamid bulat. "Sekali lagi!!" Memang suara Sarjan Hamid tak payah pakai hailer.
Terasa bibir pedih membantah. Dah makin teruk. Semalam bibir bawah, hari ni bibir atas pun pecah sekali. "Bloody retard, my lips're swollen." Dia menggumam rendah di bawah nafas.
"What did you say, young lady?" Suara Sarjan Hamid berubah nada. Rendah. Dingin.
Danger! Dash mengalih pandangan ke wajah Sarjan itu. Perut kecut namun riak wajahnya ditahan beku. Wajah jurulatih itu merah padam. Mungkin kerana dibakar matahari, mungkin kerana marah. Mungkin kerana kedua-dua sebab di atas. Dash menggeleng perlahan dengan kepala masih tegak ke langit.

ANDA SEDANG MEMBACA
Anthem
قصص عامةEverybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Published April 2013, ISBN 9789670508629 Goodreads : https://www.goodreads.com/en/book/show/17800555-anthem