7

1.5K 72 3
                                    

"DANIA!"

Dash mengangkat wajah daripada slide trombon. Tangan yang tadi sedang meletak slide oil pada slide terhenti. Dia menegakkan duduk. Syaihan si presiden band berjalan ke arahnya dengan clipboard di tangan. Sett, Tat Seng dan Azran turut berhenti daripada kerja meletak slide oil.

"Kau main chess?"

Kening Dash terangkat sebelah. Random sangat soalan tu. Namun dia mengangguk juga.

"Good. Jadi wakil band untuk double-chess battle antara pasukan unit beruniform, okey? Untuk upper form." Tanpa bertanya panjang Syaihan dah menulis nama di clipboard. "Petang Jumaat ni."

"Uh... okey?" Tak sempat nak masuk bangkangan bantahan apa dah ni nampak gayanya.

"Siapa jadi partner kau?" Sett merenung belakang Syaihan yang dah berlalu meninggalkan mereka.

"Entah." Dash pun muka pelik.

"Syaihan!"

Syaihan berpaling.

"Dia partner dengan siapa?" Tat Seng yang bertanya.

Matanya berlari di clipboard. "Lee." Syaihan mengangkat muka kembali ke arah barisan trombon yang kini dah jatuh rahang mendengar jawapannya.

"Kenapa aku ada feeling yang kita bakal dapat tempat laaaaaast sekali." Tat Seng, Sett dan Azran dah pecah ketawa.

Wajah Dash tak beriak. "We'll see." Namun tiub slide oil di tangan dah macam nak pecah ditekan.

"THAT WAS intentional! Tu memang sengaja namanya tu!"

Dash menjulingkan mata dengan muka selamba. Dia memeluk tubuh sambil bersandar pada susur tangga batu pavilion.

"Memang saja nak bagi band kalah, huh?" Dash direnungnya macam nak ditelan. Baru habis dua pusingan. Dia jaga king's side, Dash jaga queen's side. Boleh budak ni biar queen kena makan tak sampai seminit game mula! Lepas tu selang 15 saat rook, knightdengan bishop pun dia bagi kena makan. Nak defend king macam mana dah! Nasib baik tournament ni bukan pakai sistem kalah mati!

"I'm a bad player, nak buat cemana dah tak pandai main..." selamba Dash menuturkan sambil mengipas muka yang terasa berbahang. Muka Lee langsung tak dipandang. Hah ha! I've nothing to lose la, Hitler.

"Dania, dengar sini."

Aiseh.... Dah keluar ton komander aura Hitler from Hell tu. Wajah Lee dipandang sekilas.

"Kalau kita tak masuk top three, lari padang sekolah tiga kali."

Bulat mata Dash. Kali ni pandangannya penuh menala pada Lee yang kini berpeluk tubuh. "Gila apa! Unfair!"

"Apa unfair? Kita kalah, you run, I run. Padang sekolah tiga kali." Lee mengisyaratkan dagu ke arah padang sekolah di depan pavilion. "Deal?" Dash dipandangnya dengan senyum mengejek.

Mata Dash bulat. You run, I run? Ingat Titanic 'you jump, I jump' ke? Hiah! Rasa nak bagi flying kick sedas.

Tau pun takut! Lee senyum nipis dalam kepala.

Bibir gadis tu tiba-tiba mengukir senyum Medusa. "Dan kalau menang, you're not to yell or punish me forever." Dash mengangkat kening sebelah memandang Lee. "Deal?"

AnthemTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang