67

948 58 0
                                    

BARU HABIS solat Jumaat. Ateh Yu dah beredar dulu dengan kereta. Sebab nak kejar pergi bank dengan pergi beli barang kat city. Haikal pandang keliling. Orang dah makin susut nak keluar dari ruang utama dewan solat. Dia hanya santai bergerak, sebab tak ada nak berkejar ke mana. Dah janji nak jumpa dengan kakak depan hall dia nanti. Masjid Aberdeen ni dekat aje dengan kawasan uni. Satu jalan aje dengan College Bounds. Dekat sangat pun dengan King's Hall tempat kakak duduk tu. Dari hall nanti mereka akan gerak sekali pergi Westburn. Kakak malam ni tidur rumah Kak Trisy, dia sah la balik rumah Ateh Yu. Esok dah pelan nak breakfast sekali. Kakak dah janji nak bawak pergi kafe yang ada scones sedap.

Langkah dah hampir ke pintu masjid. Harapnya kat luar tu tak la sejuk sangat. Tangan mengemaskan simpul mafela di leher sambil berjalan merentasi karpet hijau yang melapik lantai ruang masjid tu. Sampai ke muka pintu matanya terus mencari rak kasut tempat dia menyimpan sneakers tadi. Bertembung mata dengan orang yang tengah mencapai kasut dari rak sebelah.

Masa macam terhenti seketika.

"Lee." Haikal menegur dulu. Sopan.

"Haikal." Lee mengangguk. Kasut di tangan dilepaskan ke lantai.

Sepi sejenak.

"Famili di Delhi lagi?" Haikal tanya. Sekadar mengisi masa. Takkan nak blah aje ke luar dengan kaki ayam. Mata dah nampak kasut miliknya. Dicapai dengan sebelah tangan.

Angguk. "Famili kat Ankara lagi?" Lee mula menyarung kasut ke kaki.

"Ankara." Haikal mengiakan. Sneakers dilepaskan ke lantai. Dia capai kasut sebelah kanan. Disarung ke kaki.

Lee hanya mengangguk sekali lagi. Kedua-dua belah kaki kini dah bersarung kasut. Dia kini tegak berdiri. "Sambung studi kat sini?" tanyanya kemudian.

Haikal geleng. "Buat CIE kat Ankara." CIE – Cambridge International Examinations. Peperiksaan penilaian peringkat prauniversiti macam A-Level, macam International Baccalaureate Diploma. "Datang sini nak tengok kakak." Sambungnya lagi, memberitahu. Kasut dah dua-dua di kaki.

Tanpa ucapan lain langkah dua pasang kaki serentak melepasi pintu utama yang membawa mereka ke lorong pejalan kaki di kaki lima masjid. Angin sejuk menyapa muka, hidung dan telinga. Haikal meraba saku jaket mencari snowcap.

"Aren't you going to ask me about your sister?" Lee pandang bangunan di hadapan mereka.

Haikal geleng dengan senyum segaris. Tapi tawar plastik. "Tak rasa it's my place untuk masuk campur dengan whatever that happened between you two." Snowcap disarung ke kepala.

Lee memandangnya.

"I love her." Mata Haikal merenung Lee tak lepas. "You hurt her." Dia mengucapkan. "But it's not my call untuk buat apa-apa. Kakak would kick my ass for that sebab dia feminis yang yakin dia boleh jaga diri sendiri." Walaupun kalau ikutkan rasa hati, mau nak juga melayang buku lima dan tapak kaki barang sedas dua. Kakak aku tu kut!!!

Lee diam.

"Aku gerak dulu." Haikal menyeluk kedua-dua belah tangan ke dalam saku jean. "Dah janji nak jumpa kakak." Dia dah mula melangkah ke arah kampus Old Aberdeen.

"Haikal."

Haikal berpaling.

"For the record..." Lee terhenti. "... I do care for her."

Haikal hanya memandangnya. "Tell that to her. Not me."

Lee tak menjawab. Sejenak dia hanya memandang belakang Haikal yang dah menapak sebelum dia mula melangkah ke arah bertentangan; menghala ke King Street.

"Lee."

Lee berpaling.

"She would not accept anything less." Haikal menentang mata Lee. "And I would not allow her to accept anything less. She deserves the best." Keras dalam datar suaranya bergetar dengan amaran tu. Dan terus dia berpaling dan melangkah tanpa pandang ke belakang lagi. 

AnthemTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang