"LAMANYA TAK VIDEO CALL!!!" Haikal muncung di skrin.
"Sorry la, baby." Dash sengih penat. "Kakak busy, kau busy. Time difference, kakak tak larat la nak kejar."
"A. la. san."
"Kakak text dengan call selalu, kan...."
"Kakak."
"Yes...?"
"Kenapa duk tersengih macam tak cukup muka?" Haikal di skrin merenungnya pelik.
Uh? Dash cepat menarik sengih yang betul meregang dari telinga kiri ke telinga kanan.
Giliran Haikal di Ankara yang mengukir sengih. "Haaa... tell me... tell me... sekarang jugak." Dia angkat kening double-jerk.
"Mana ada apa." Dash menggumam perlahan.
"Tak adanya tak ada apa!" Haikal menepis tingkahan Dash tu. "Muka terlebih gula macam tu memang Haikal boleh kenal la." Heh. Ingat aku baru kenal dia sehari dua? "Si-a-pa?"
Dash buat muka. "Kecoh la, bro!"
Haikal muka toya. "Cepat! Siapa???"
Dash saja sengih dengan muka tak bersalah. "And kakak kena bagi tau kau sebab...? Mandat kau apa?"
"Aaaa...!!!" Haikal bawa kedua-dua belah tangan ke kepala. "Saja la tu nak buat orang saspens."
Haha. Gembira je Dash gelak.
"Kakak, siapa?" Haikal konon buat muka kesian.
"Well... I did take your dating advice..." Dash ucap lambat-lambat dengan sengih masih di bibir.
"You snagged The Dictator!" Laju Haikal meningkah dulu dengan muka dapat pencahayaan agung.
"Kau ni antiklimaks la." Dash menjulingkan mata ke siling. Orang baru bagi ayat pertama. Mukadimah pun tak habis lagi.
Haikal dah sengih. "Ni cinta sekilas pandang ke, dua kali kilas baru pandang ke, tak kilas tak pandang ke, kena buah kilas baru pandang?" Dia tergelak di hujung soalan yang panjang berjela dan berbelit tu.
"Kichi! Berani kau merendahkan daku."
"Helleh. Memang dah rendah pun." Haikal jelir lidah. "I'm a head taller than you kut!"
"Kakak normal. Kau tu yang gergasi!"
Ketawa mereka pecah serentak.
Dash melepaskan nafas panjang apabila ketawa mereka dah habis. "Weh, bila kau dengan mama ayah nak datang sini? Kakak rindu la."
ISNIN. SELASA. RABU. Khamis. Jumaat. Sabtu. Ahad. Sekarang ni tujuh-tujuh hari dalam seminggu tu rasa berbunga sentiasa. Penuh warna. Macam pelangi on steroid, ala kedai-kedai kain di Delhi. Peh. Tak menahan punya analogi.
Engineering stress and strain measures are distinguished by the use of fixed reference quantities, typically the original cross-sectional area or original length. More precisely.....
Formula pengiraan menari-nari depan mata.
Stress: The true stress is defined as the ratio of the applied load to the instantaneous cross-sectional area;Baca bab stress pun dah tak jadi stres. Haha.
Pintu bilik diketuk dari luar sebelum pintu terkuak. Dash angkat kepala daripada bacaan dan contengan di meja. Azila sengih sambil melangkah masuk.

YOU ARE READING
Anthem
Ficción GeneralEverybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Published April 2013, ISBN 9789670508629 Goodreads : https://www.goodreads.com/en/book/show/17800555-anthem