29

1.2K 69 1
                                    

MERAH CILI. Merah bata. Merah darah. Merah saga. Merah jambu. Merah belacan. Biru nila. Biru laut. Biru langit. Biru merak. Biru opal. Biru senja. Kuning raja. Kuning air. Kuning kunyit. Kuning emas. Kuning tembaga. Kuning alamanda. Hijau zamrud. Hijau daun. Hijau Petronas. Hijau lumut. Hijau pucuk pisang.

Rasa macam dah habis dah perbendaharaan kata yang ada dalam kepala dalam nak menamakan warna.

"Kenapa kita kat sini?" Dash menongkat dagu di atas tangan yang ditegakkan di atas lutut yang berlipat dalam sila. Muka macam orang tengah tengok batu buat persembahan. Bosan! Bosan petala ke-lapan!

"I... have no idea?" Lee yang dalam posisi yang sama di sebelahnya menyambut. Dengan muka riak yang sama juga.

"Bonding!" suara ceria di belakang mereka menjawab gembira.

Lee dan Dash saling berpandangan. Tapi tak menoleh ke belakang. Dua-dua tarik nafas panjang sebelum bersandar ke belakang.

"You tukang pegang, I bungkus dia dengan kain sari ni macam mumia." Dash usul.

"Boleh je." Lee angguk setuju.

"Nak campak masuk Sungai Ganga ke, Sungai Jamuna?" Dash memikir bersungguh dengan dahi berkerut.

"Mana-mana pun boleh." Lee angkat bahu. Tak kisah.

"Oh non." Haikal cepat-cepat geleng sambil duduk di antara mereka. "Jangan nak buat pakatan jatuhkan Haikal the Great." Dia membetulkan duduk di atas kusyen besar yang empuk tu. "Nah, vanilla chai." Dia menghulur ke kiri. "Mango lassi." Dia hulur pula ke kanan. Dia tadi ditugaskan jadi tukang beli air.Memandangkan lama lagi mereka bakal bertapa kat sini.

"Syukria."

"Gracias."

"Tak habis lagi ke?" Haikal berbisik rendah sambil bawa straw chi di tangannya ke bibir. Teh susu halia tu cepat aje tinggal suku.

Lee dan Dash serentak menggeleng sambil bawa lassi dan chai masing-masing ke bibir. Mata kosong pandang ke depan.

Puan Mariah dan Aunty Teh masing-masing tengah berdiri depan cermin tinggi dengan mengacukan kain sari pilihan masing-masing ke badan. Di tangan Puan Mariah, ungu seri pagi berhias benang perak. Di tangan Aunty Teh pula, merah tanglung Cina berhias benang emas. Chacha dan bhaiyya tuan punya kedai tu pula memang seronok aje melayan. Sah-sah la seronok! Nampak kot duit tu berbayang kat mata!

"Again. Macam mana kita ended up kat sini?" Sejak dah nak sejam tadi. Dash bertanya di celah gigi yang diketap. Belinya sepasang pun belum lagi.

"Sebab kita kena blackmail." Lee memandangnya dengan hujung mata. "Dengan budak ni." Dia pandang pula wajah tersengih di antara mereka.

Haikal hanya sengih tak bersalah menyedut chinya. "Tau tak selama ni azab kena seret dengan kaum-kaum ibu itu semata-mata kena jadi tukang kandar shopping bags?" Dia menyandarkan belakang ke kusyen. "Lagipun minggu depan kan kakak dah nak balik. Bila lagi nak bonding? Am I right or am I right?"

Dash dah kembali tongkat dagu dengan tangan kiri. Tangan kanan pegang bekas chai yang kini dah tinggal separuh isinya.

"Kakak betul tak nak?" Puan Mariah tiba-tiba berpaling.

"No." Tidak yang penuh perasaan.

"Okey." Mamanya hanya angguk sebelum kembali pada kain-kain yang berela-ela seribu warna. Dicapai pula yang warna hijau pandan dengan sulam benang emas.

Nampak macam chacha tu dah mula nak melipat kain-kain pilihan. Puan Mariah dan Aunty Teh nampaknya dah mula buka tas tangan masing-masing. Tiga anak muda yang tadi melepek tu dah tegak balik.

AnthemTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang