48

1.1K 65 4
                                    

19 September

"AKU TAK RETI MASAK. Serius." Bersungguh-sungguh Dash mengucapkan pada teman serumahnya, Azila. Budak geologi yang juga sama tersesat sorang-sorang dia dalam kursusnya kat University of Aberdeen.

"O... key..." Azila. "Apa je yang kau reti masak?"

"Aku reti masak air je. Serius." Dash diam sejenak. "Tu pun kadang-kadang hangus."

Rahang bawah Azila jatuh. Masak air pun hangus??? Apekah! "Kalau macam tu..." Azila menegakkan telunjuk kanannya. "Kau jangan sentuh dapur. Serius." Terbakar unit ni jenuh nak kena panggil abang bomba Scotland.

Autumn in Aberdeen!

Dash menggosok kedua-dua belah tangan untuk memanaskan hujung jemari yang dah rasa separa beku. Badan masih terkejut. Sebab pertengahan September di Delhi masih tengah musim monsun. Panasnya boleh tahan walaupun di tengah hujan. Jauh kut beza antara 35-35º Celcius dengan 9-16º Celcius.

Dia pandang keliling bilik. Macam tak boleh nak cerna dek neuron di kepala pun ada. Pejam mata tidur di Delhi. Pejam mata sekali lagi dah tidur di Aberdeen. Barang-barang tak berapa nak kemas habis lagi. Tapi benda yang paling penting dalam banyak-banyak benda tu dah siap disusun di atas meja belajar dan dilekat di dinding – gambar-gambar famili.

Rindu dah. Huu...!

Untuk tahun pertama ni aje ayah dengan mama suruh duduk kolej kediaman. Sebab nak biasakan diri dengan suasana kat sini. Mula Tahun Dua ayah dengan mama dah suruh start cari off-campus accommodation. Duduk sendiri. Sebab senang nanti mama, ayah dengan Haikal nak datang berkunjung. Tak ada la nak kena menyusahkan housemates kalau keluarga datang ramai-ramai. Mentang-mentang la sekarang stationed kat Turki, boleh la buat Aberdeen macam belakang rumah. Kalau masih di India, hui... jenuh kut nak sampai! Tapi lagi dekat Delhi-Aberdeen la sebenarnya kalau nak banding dengan KL-Aberdeen.

Setakat ni mama dan ayah tak akan naik Aberdeen untuk lawat kawasan lagi. Sebab tengah sibuk dengan uruskan hal pertukaran dari Delhi ke Ankara. Hal pejabat, hal rumah, hal barang nak kena angkut, hal sekolah Si Haikal. Segala hal la senang nak kata. Lagi dua minggu khabarnya akan terbang ke Ankara. Tengah dalam proses untuk finalise tiket dan shipping barang-barang sekarang ni.

Komputer riba di atas meja melagukan It's My Life-Bon Jovi. Dia melangkah ke tingkap tinggi yang menghala ke arah padang setentang dengan Crombie Halls. Dedaunan di pokok-pokok yang tegak bersusun di luar semuanya rona emas-coklat-perang-jingga. Bibir mengukir senyum sendiri di bawah sedar. Cantik.

Batch ni empat belas orang aje budak Malaysia di Aberdeen dengarnya; tujuh lelaki tujuh perempuan. Dia cuma kenal lima je,yang datang dari kolej yang sama masa di Malaysia. Daripada empat belas tu juga, lima buat medic. Tiga buat dentistry. Dua buat law. Dua buat economics. Seorang buat geology. Dan seorang lagi buat engineering. Dia la tu! Seorang je sesat masuk Universiti of Aberdeen. Budak engineering yang lain dalam batch ni semua kat Robert Gordon!

Budak-budak medic dan dentistry hampir semua duduk di Hillhead. Hillhead tu kira student village. Dekat dengan River of Don. Boleh nampak pun sungai tu dari situ. Hillhead tu kira luar dari kawasan kampus. Budak-budak economics, law, geology dan engineering pula duduk di on-campus accommodation. Dalam kawasan kampus Old Aberdeen. Sebab lokasi Faculties mereka semuanya di King's College.

Kira okey la duduk King's Hall ni. The Hub sepelaung aje nak sampai. The Hub tu kira kompleks tempat hub kedai-kedai barang, kedai-kedai makan, dan tempat untuk lepak atau studi la. Student Support punya pejabat pun ada kat situ juga. Nak jalan ke Engineering Department pun tak la jauh mana. Lebih kurang 400 meter aje. Tak ada la mengah mana. Muslim Prayer Room pun dekat. Selang dengan Johnston Hall aje. Tapi sah-sah la dia akan solat kat bilik aje. Masjid pun kira dekat. Lebih kurang jarak nak ke kampus, tapi arah berlawanan.

AnthemTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang