KEPALANYA bergoyang-goyang terhinggut mengikut rentak lagu daripada headphone di telinga. Unwritten-Natasha Bedingfield. Mulut turut sama terkumat-kamit melagukan baris kata walaupun tanpa suara nyata. Matanya mengikut tangan yang berlari memainkan chord di tali gitar. Dia lepak duduk bersila di lantai studio dengan gitar Tat Seng di riba.
Pap!
Dash angkat mata daripada gitar. Terkejut apabila entah siapa memetik jari di depan muka. Sett tersengih berdiri di hadapannya sambil menunjuk jari ke arah telinga. Lambat-lambat Dash melurut headphone ke leher. Keningnya terangkat bertanya.
"Pekak artificial." Sett mencebik mengusik. "Penat aku panggil." Dia mengisyaratkan kepala ke arah Azran dan Tat Seng yang baru melangkah masuk ke studio. "Nak buat tak practice lagi satu round?" Drumsticks dibawa keluar dari saku khakis.
Dash sengih mengangguk. "Nak!"
"From the top!" Azran melaung.
*
Botol air mineral dihulur.Dash sambut dengan tangan kanan.Tanan kiri masih menatang leher gitar.Sett melabuhkan duduk di atas kerusi rendah berkaki tiga di sebelah kerusi tingginya.Habis dah practice untuk persembahan Farewell Dinner nanti,sempena meraikan budak-budak Form Five.Studio muzik sewa tu tak la besar mana.Tapi cukup la instrumen dan ruang yang diorang nak pakai. Selesai dah practice.Duduk kejap di lobi sementara menunggu transport nak balik.Sett,abang sepupu dia datang ambil.Sebab kat Kuantan ni kalau balik hujung minggu dia menumpang kat rumah pak cik dia.Tat Seng,tumpang rumah Azran.Dia dengan Azran karang balik naik motor.Dash,dah janji lagi 15 minit nanti dah janji akan jumpa dengan Pak Lang,Mak Lang,Shahida dan Nurin yang tengah beli barang kat mall seberang jalan.Sementara nak menunggu ni la pun duduk sekejap.
"Cuti sekolah hujung tahun ni kau balik Delhi,Dash?" Azran yang duduk bersila bersandar di dinding bertentangan tanya sambil meneguk air.
"Balik la." Laju je Dash menjawab. "Cuti panjang kot!Mau mati bosan aku duduk sini."
Serentak ketawa Azran,Sett,dan Tat Seng menyambut jawapannya.
"Sini pun banyak benda boleh buat apa." Tat Seng yang bersila di atas sofa membela tanah air tercinta dengan sengih mengusik. "Kau boleh pergi canting batik...pergi main wau...pergi belajar tenun songket.....pergi belajar anyam tikar mengkuang...."
Dash buat muka. "Tak nak aku."
"Apanya yang ada kat sana tu yang tak ada kat sini?Cakap sikit." Azran pula menyela.
"Family aku kat sana,duh." Dash menjulingkan mata ke langit.
"Lagi?" Azran suruh dia buat senarai.
"Kawan-kawan aku semua kat sana.Mau dekat nak setahun tak jumpa." Dash hela nafas panjang. "Lagi pun lain sangat la gaya celebrating summer break kat sini dengan kat sana."
Eh?Tinggi tiga pasang kening terangkat mendengar kata-kata tu.
"Sini tak ada Christmas party,tak ada Boxing Day,tak ada New Year party,aku tak ada geng nak buat slumber party,nak buat makeover party...." Dash mula membilang dengan jari yang memegang botol air.
"Berapa banyak party kau nak,de?" Tat Seng geleng.
Dash hanya angkat bahu.Gitar di tangan dia hulur pada Tat Seng si tuannya.
YOU ARE READING
Anthem
General FictionEverybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Published April 2013, ISBN 9789670508629 Goodreads : https://www.goodreads.com/en/book/show/17800555-anthem