43

1K 67 1
                                    

"DASH, Puan Dalila nak jumpa."

Dash pandang Lela dengan mata bulat. "Kenapa?" Cuak kut. Kenapa tiba-tiba warden nak jumpa.

Lela ketawa apabila tengok muka cuak Dash. "Mana la aku tau. Tapi rasanya sebab ada barang nak bagi kut. Dia tengah pegang parcel masa aku terserempak dengan dia tadi."

Fuh. Lega. Dash capai tudung yang tersangkut di belakang kerusi. "Dia kat mana?" Pashmina hitam tu dikenakan di kepala.

"Pejabat warden."


BUNGKUSAN DARI DELHI. Dia membelek bungkusan berbalut kertas perang sederhana besar tu. Benda apa pulak yang mama hantar ni. Tak ada pulak rasanya mintak mama hantar apa-apa. Pashmina ditarik daripada kepala dan dibiar mendarat atas bantal. Dia duduk bersila di atas katil. Lela tak ada dalam bilik. Entah ke mana dia.

Kertas pembalut bungkusan pos tu dibukanya hati-hati. Pisau lipat kemudian dicapai untuk membelah pita selofan yang melekatkan mulut kotak. Apabila kotak tu dibuka dan isinya ditonggang terus ke atas katil, keningnya terangkat sekejap. Ui...? Mata meniti tiga pasang kain; mint green, biru laut dan merah bata berlipat yang baru keluar dari kotak.

Ai... baju kurung sampai tiga. Nak pakai buat baju raya ke apa? Tapi raya lambat lagi.

Dash tarik telefon bimbit dari saku jean. Laju dia menghantar mesej ke Delhi untuk memberitahu yang bungkusan dah selamat sampai.

Selang seminit lepas tu telefon bimbitnya berlagu menandakan talian masuk. Dash sengih pandang skrin telefon. Mama.

"Banyaknya, ma." Dash pandang baju kurung di atas katil. "Kakak dah nak habis kolej dah ni. Baju yang ada pun tak habis nak pakai kut." Baju-baju yang ada ni kalau pakai sebulan tak buat laundry pun tak apa.

"Ala... simpan la nanti nak pakai kalau ada function." Puan Mariah menjawab mudah.

Angguk aje la walaupun mama tak nampak pun. Banyak mana pun baju aku, memang masih tak boleh nak lawan almari baju mama. Boleh buat butik kut koleksi baju-baju mama yang ada tu. Kalau jual semua, mau kut boleh tanggung makan rumah anak-anak yatim setahun.

"Suka tak corak kain?" Puan Mariah tanya.

"Okay je semua." Dash jawab ye tak ye sambil masih memandang baju kurung tiga pasang di atas katil. Mama dah beli. Benda dah depan mata. Takkan nak cakap tak suka kut.

"Yang mint green tu Lee yang pilihkan."

Seisi alam terasa terus senyap di telinga. Bzzt! Boleh terasa ada wayar yang terputus dek litar pintas dalam kepala.

"Kakak?"

Whoa... backspace di situ! "Apa dia, mama?" Lidah yang tadi keras baru rasa boleh berfungsi semula. Aku rasa macam terdengar nama yang di luar konteks dalam ayat kain mama tadi.

"Yang hijau tu, Lee yang pilihkan untuk kakak." Suara Puan Mariah mengulang sepatah-sepatah.

Terpempan pandang dinding sekejap. "Lee."

"Lee." Suara mama di Delhi mengiakan.

"Lee?"

"Iye. Lee anak Uncle Husni tu."

Masih terpempan pandang dinding. Dia pegang dahi. Mata kemudian menyorot pada baju kurung sepasang rona mint greendengan sulam benang perak dan motif bunga ros kuning air.

"Suka?"

Kepala baru nak boleh pusing input yang masuk kepala selepas litar pintas tadi. "Mama pergi shopping kain dengan Lee???"

AnthemWhere stories live. Discover now