10

1.4K 81 3
                                    

EARPHONE lambat-lambat disumbat ke telinga kanan sambil kaki melangkah keluar dari lif. Langkah diatur ke arah lobi hotel. Sebelah tangan antara sedar dan tidak membetulkan letak sandang tali peti violin di bahu. Rammstein tengah berdentum melagukan Links 2-3-4 di telinga. Pandangannya merenung kosong ke hadapan. Fikiran dah terbang jauh dari bumi Tanah Melayu.


LEE MENGANGKAT wajah daripada helaian not Violin Concerto in D Movement No. 3 apabila kerusi sebelahnya diduduki orang. A... dus!!!

"Morning."

Lee sekadar memaksa senyum plastik tanpa perisa. Dia hanya mengangguk kecil tanda mendengar teguran itu sebelum kembali tunduk merenung not yang berselirat di depannya.

"Awak sorang je?"

Ada nampak orang lain ke kat sini? Nak kata dumb blonde, bukan blonde pun. Karat artificial ada. Kening Lee terangkat sebelah dengan mata masih tak beralih. A girl making a move on you? Dunia dah berpusing terbalik sungguh ni.... Perlukah aku jadi insan bersopan atau redah aje buat gaya kurang garam? Dia baru nak membuka mulut apabila belakang kepalanya tiba-tiba dilibas sesuatu.

What the... Lee berpaling ke belakang. "Dania!"

Dash yang baru menapak melepasinya terhenti. Lambat-lambat gadis itu berpusing. Wajahnya tak beriak. Mata kosong. Macam berjalan dalam mimpi. "Apa dia?" rendah tanpa perasaan Dash bertanya.

"Awak libas kepala saya dengan violin case." Kening Lee sedikit terangkat. Sengaja ke, atau bawak akta 'ter...'?

"Sorry." Datar tanpa perasaan juga Dash menuturkan. Masih dengan muka kosong tanpa riak yang boleh dibaca.

"Dania?"

Dia hanya berdiri menunggu Lee menghabiskan ayat.

"Duduk." Lee mengisyaratkan kepala ke arah kerusi kosong di hadapannya. Tiara, dia buat tak nampak.

Tanpa banyak kata Dash duduk. Kening Lee sedikit berkerut. Kenapa pulak budak ni pagi-pagi dah macam zombie berjalan?

"Dah breakfast?" Lee dah tak menoleh pada Tiara yang menebeng di kerusi di sebelah kirinya.

Angguk.

"Yang lain?"

"Huh?" Dash mengalih pandangan kosong ke wajah Lee.

"Azwa, Fatin, Laili, Jaff, Pojie, Aiman..." sepatah-sepatah Lee menuturkan macam bercakap dengan budak tiga tahun. Tiara yang merengus merungut entah apa di sebelahnya tak diambil kisah.

"Tengah makan." Dash masih bercakap macam robot. Macam tak nampak aje Lee dan Tiara di hadapannya.

Pandangan Lee masih belum beralih daripada wajah gadis itu. Nyata fikiran Dash bukan di sini. Tak tau la dah terbang melayang ke mana. Muka blank macam dah tak ambil pusing perkara keliling. Sekilas Lee memandang Tiara yang dah muka macam sawi jeruk memandang Dash. Dia kembali beralih ke arah Dash sebelum bangun dari kerusinya sambil mencapai peti violin di lantai. "Jom keluar tunggu bas." Lee mengisyaratkan Dash bangun mengikutnya melepasi pintu kaca tanpa berpaling memandang Tiara yang dah berasap.

Sekali lagi Dash hanya menurut tanpa sepatah kata, tak perasan pun dengan jelingan maut Tiara.

"Apa yang dah jadi?" rendah perlahan Lee bertanya sebaik sahaja dia duduk di atas tangga di depan pintu utama.

Dash melurut peti violin daripada bahu lalu diletak ke lantai sebelum duduk di sebelah Lee dengan diselangi peti violin yang bersusun di antara mereka. "Apa yang dah jadi?" Dash mengulang dengan muka kelam.

AnthemWhere stories live. Discover now