"EH, DASH. Ada dah brosur dengan prospektus universiti segala bagai yang mintak hari tu? Mana?"
Dash angkat muka. Dia angguk kepala pada Fadli si presiden kelab yang bertanya. "Tu ha. Ada dua kotak atas meja Puan Dian." Dia halakan tangan kanan yang tak pegang pen ke arah meja guru penasihat di sudut bilik.
Fadli alih pandang ke arah dua kotak kadbod yang penuh dengan prospektus dan brosur daripada universiti-universiti serata dunia tu. "Peh. Kau memang vice-pres berjaya la." Gumamnya kagum.
"At your service, boss." Dash menegakkan ibu jari kanan sebelum dia kembali tunduk menghadap helaian kertas-kertas A4 dan kad manila di atas meja bulat di tengah bilik kaunseling tu. Elaine dan Maliga di kiri kanannya memang tak angkat muka daripada kerja masing-masing.
Peers and Counselling Club tengah bersidang.
Haikal gelak terguling-guling masa dapat tau dia masuk Peers and Counselling Club. Siap jadi timbalan presiden tu apabila masuk tahun dua. Lagi la budak tu gelak sampai nak putus nafas. Kalau tak tahu hujung pangkal, jangan katakan Haikal, dia pun boleh gelakkan diri sendiri sesungguh hati kalau masuk kelab yang spesies cenggini. Luar alam!
Tapi ni bukan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Remaja Juvana. Kelab ni lebih pada kaunseling untuk karier, universiti dan placement. Bukannya kaunseling untuk remaja bermasalah pun. Kalau tak, mau timbalan presidennya ni yang kena hantar pergi kaunseling dulu agaknya. Haha.
"Nasib baik you tau mana nak cari semua tu, Dash." Elaine yang tengah menulis jadual mock interview di atas kad manila memandangnya sekilas. "Kalau suruh I, I print off those stuff from the Internet je." Nak minta tolong senior-senior kolej yang dah flypun, tak berapa kenal sangat. Dan network jumlah universiti yang boleh cover tak la sebanyak ni!
"You got the means, you use it, girl." Dash ketawa membalas kata-kata Elaine. Dah ada sumber, dah ada cara. Pakai aje la. Kalau tak, apa gunanya ada kawan kat serata ceruk benua dunia.
Prospektus dan brosur yang sampai dua kotak tu semuanya hasil bersusah payah minta kawan-kawan dari segenap ceruk alam yang ada untuk tolong cari dan hantarkan. Hasilnya, dua kotak penuh. Hambik kau. Brosur dan prospektus daripada Tel Aviv University dengan Hebrew University of Jerusalem pun ada dalam tu. Walaupun rasanya tak ada la budak kolej ni yang bakal pergi sana, tapi sebab dah ada yang menghantar, terima aje la. Tak rugi pun.
"Networking kau memang mantap la, Dash." Mimi yang tengah bersila di lantai melipat pamflet The Etiquette of University Interviews sengih. "Sampai info booklet universiti kat Israel dengan Uganda pun kau dapat. Salut la aku."
Dash ketawa sambil meluruskan badan daripada tunduk condong ke meja. Pinggang dah naik sengal. "Dah tu. Selama ni duk asyik kumpul poskad je. Ni kira aku meluaskan skop manipulasi la ni."
"Your family pindah mana lepas ni?" Daryl yang tengah melipat pamflet dengan Mimi memandangnya sambil tangan buat kerja.
"Dengar-dengar angin macam Ankara." Dash jawab. "Tapi ayah tak dapat surat hitam-putih lagi."
"Turki?"
"A'ah."
"Nanti I boleh visit you la kat sana. Tak payah sewa hotel." Gembira Daryl buat rancangan.
"Kalau betul dapat pindah Ankara. Buatnya kena hantar balik KL?" Dash sengih mengusik pada Daryl. "Nak datang visit?"
Seisi bilik tu ketawa. Daryl juga.
"Tapi almost confirm la kut Ankara tu." Ucap Dash kemudiannya. Dia sambung menulis jadual.
"Serius I datang visit." Daryl senyum.
![](https://img.wattpad.com/cover/280119136-288-k63659.jpg)
YOU ARE READING
Anthem
General FictionEverybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Published April 2013, ISBN 9789670508629 Goodreads : https://www.goodreads.com/en/book/show/17800555-anthem