"DASHRIN."
"Holla."
"Cuppa, jom."
"Kau belanja."
"Kedekut!"
"Dah kau yang ajak."
"Lagi sepuluh minit aku sampai."
SUASANA ruang kafe tu boleh tahan juga penuh dengan orang. Sebab memang waktu minum pagi; coffee break. Dash berhati-hati siram sticky toffee pudding di pinggan dengan sos karamel dalam jag keluli kecil. Daripada speaker kafe boleh dengar suara Enya menyanyikan May It Be dimainkan rendah, bercampur baur dengan hingar-bingar orang bersembang.
"Kau couple dengan Lee budak engine tu?" Lekiu pandang Dash sambil kacau kopi dalam mug.
Muka berubah tanpa sempat ditahan. Soalan jatuh dari langit tanpa ramalan cuaca. Tak sempat nak pakai baju perisai. "Mana kau dengar cerita tu?" Rendah suaranya bergetar.
"Sett." Mudah Lekiu menjawab sepatah. Sudu kecil di tangan tu didaratkan ke atas piring alas mug.
Tau dah...Sett tak makan cerita hari tu. "Cerita lama." Pendek Dash menjawab. Tanda kotak untuk topik tu telah ditutup dan dicampak masuk River of Don. Dan patut dibiarkan tenggelam tak timbul-timbul, atau dibiarkan ditelan raksasa di dasar sungai tu.
"Tak ada la lama sangat. Baru lagi kau clash dengan dia, kan?" Lekiu macam tak ambil endah tanda amaran daripada Dash tu. Ingat aku tak ada sumber lain?
"Aku tak nak cakap fasal ni la, Ateh." Rendah Dash menggumam. Dia membenamkan garpu ke dalam potongan sticky toffee pudding. "Cerita benda lain tak boleh ke?"
"Nak aku pergi debik dia?" Gaya macam tanya 'nak aiskrim' aje nada Lekiu mengucapkan soalan tu.
Dash angkat muka pandang sepupunya tu. Walaupun nada suara Ateh Yu gaya macam tak ada apa, tapi mukanya serius dengan makna. "Tak payah." Dia geleng. "Ni bukannya high school."
Lagipun rasanya kalau Ateh Yu nak pergi debik Lee pun, rasanya buku lima Lee tu yang debik sepupunya tu dulu. Mamat tu ada tali pinggang hitam tae kwan do Dan entah ke berapa kut! Ateh ni takat tali pinggang pakai kat pinggang seluar tu je yang dia ada. Nama je konon sempena panglima Melaka lima bersaudara. Buka kuda-kuda pun dia tak reti!
Tangan Lekiu mendarat di atas kepala Dash melangkaui ruang meja yang kecil tu. Digosoknya kepala Dash macam gosok kepala anak kucing. "Tak apa la,dik... kau cari lelaki lain je la."
"Ateh, question?" Dash menegakkan garpu sambil berkerut merenung pinggan.
"Hmm?"
"What does the hukum entails for cousins like us?" Dia pandang Lekiu. "No touching and head-covering punya hukum apply ke tak?"
"No third degree burnin' your cuz, girl!" Dia buat muka. Lekiu angkat terus tangannya daripada kepala Dash macam kena bakar dengan penunu Bunsen.
"Aku tanya soalan serius tu. Third degree burn apanya?" Dash pun sama buat muka.
Lekiu garu kepala. Dengan Dashrin yang macam hantu dulu tu aku pening, dengan Dashrin yang macam ni pun nampak gayanya sah boleh buat aku pening. "Aku tak tau." Dia angkat kedua-dua belah tangan. Jujur.
"I'll check with Kak Trisy nanti." Dash jawab senang hati sambil sambung bawa sticky date pudding ke mulut. Tak perasan langsung muka Ateh Yu yang berubah rona dan riak rupa. "Karang drop aku kat rumah dia on the way balik."
'... ini cerita kau. Cerita aku. Cerita kita. Tapi aku berharap sangat-sangat, untuk kau izinkan aku spread magic kau pada orang lain yang terasa diri dia orang broken, sebab kita dah buktikan no matter how much broken it was, akan ada sesuatu yang akan mend. Pasti. Dan janji Tuhan tu juga pasti. Dia takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu sendiri tidak berusaha mengubahnya. Things that didn't kill you just make you stronger, ey? Hemingway pun cakap: life breaks us all, but in the end we're stronger in the broken places.
Between living well or living hell, we've made our choices and we've made it through.
Sebab kita dah pilih the one yang kita nak...'
TANPA PERLU baca depan mata pun Trisy boleh sebut satu-satu perkataan yang tertulis dalam surat yang pernah Jade bagi suatu ketika dulu. Dia pandang kembali wajah Dash di hadapannya yang bertanya, dengan wajah mengharapkan jawapan.
"Cerita fasal akak dengan Abang Jade? Please?" Soalan Dash tadi yang menarik kembali segala ingatan lama.
Trisy tarik nafas panjang sambil pandang siling. Hmm.... "Tang mana ye nak mula..."
Dash sabar menanti.
"Dengan talent kau tu, kau boleh touch orang keliling kau kalau kena gayanya. Kau tak rasa ke macam tu?" Pernah dia ucapkan benda tu pada Jade dulu. "Kau gifted untuk touch hidup orang lain dengan cara macam tu. Untuk convince orang yang no matter how hard how bad, it's not the end of the world... yet."
Trisy pandang Dash. "Give me a minute." Dia bangun dan menghilang masuk ke bilik.
"Untuk touch orang yang kau boleh reach, untuk dia orang rasa yang harapan tu masih ada. Jade, kalau kau ada peluang tu..." Trisy mengalih pandang dari langit ke arahnya. "... kau jangan lepas. It'll make a difference in somebody's life."
Trisy keluar dari bilik. Dia kembali mendapatkan Dash yang tengah bersila di sofa. Trisy letak dua novel grafik: Rooftop Rant: Prelude dan Rooftop Rant: Conclude di depan Dash. "This, is my story." Dia senyum.
Eh? Dash sambut dua buku tu dengan kening terangkat tinggi. Escapisme from nowhere to somewhere out there.... Pandangannya meniti pula caption kecil di bawah tajuk.
Tangan Trisy mendarat di bahunya. "I hope these help."
CUTI KRISMAS dah nak mula. Dash pandang yearly planner di dinding bilik. Tujuh belas Disember mula cuti. Buka sekolah balik, terus Revision Week. Lepas tu terus Exam Week mula, dari 14 sampai 25 Januari. Huh... cuak berpeluh dibuatnya. Tapi cuak berpeluh macam mana pun... release serabut tu harus. Dia capai Sharpie. Penutup pen mata tebal tu dibuka. Hujung telunjuk kanan mencari tarikh. Sharpie di tangan kiri kemudian menulis di atas tarikh yang ditanda.
Sharpie kemudian dibiarkan kembali tergolek di meja. Tertampan dek Rooftop Rant: Prelude dan Rooftop Rant: Conclude yang bertindih di tepi Bhavikatti. Dah habis dibacanya dua-dua buku tu sekali hadap aje. Kedua-dua belah tangan dicantumkan di belakang leher. Kepala didongak ke siling.
Jealous dengan Kak Trisy.
Kak Trisy terima Abang Jade sebab Abang Jade terima dia seadanya. Terima dia yang dulu, kini dan selamanya. Baik yang kelam, suram, juga yang berwarna-warni rona pelangi. Tanpa syarat dan terma. Tanpa minta apa-apa. Bahagia betul kalau dapat teman sehidup semati macam tu.
Tiba-tiba rasa nak kahwin dengan kartunis. Ah, berangan! Kalau kartunis tu perangai tak masuk akal macam Lee tu tak ada gunanya juga.
Dia kembali pandang planner di dinding. Malas nak fikir yang tu. Fikir cuti yang nak datang ni.
YOU ARE READING
Anthem
General FictionEverybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Published April 2013, ISBN 9789670508629 Goodreads : https://www.goodreads.com/en/book/show/17800555-anthem