MUG BERISI KOPI dibawa ke bibir. Bancuhan panas itu diteguk perlahan. Dash mengerling jam di tangan. Waktu dah hampir 12.30 tengah malam. Pandangannya jatuh pula pada buku teks Sejarah Tingkatan 4 di atas sila. Ada lagi tiga muka surat. Bertahanlah, Dash!
Dah lebih sejam duduk bertapa depan pintu dorm berteman lampu koridor buat bacaan untuk esok. Orang lain dah lena. Ada la kut lagi dua tiga kerat budak-budak form five yang masih buat kerja dengan berteman lampu koridor juga. Pukul dua belas tadi memang dah ultimate lights off.
Dia melepas nafas berat sambil menengadah ke langit. Bulan penuh. Cantik. Dah hampir setahun dah azab kat sini. Hujung tahun ni balik India. Woohoo! Jumpa ayah, mama dan Haikal. Jumpa Craig, Zoe, Kevin, Javeed, Diana, Andrea.... Nak lepak kat Kudzu's, Christmas Party... New Year Party... Welcome Back Party... fuu, slumber party rumah Nic, makeover party, fooling around.... Arrgghh!!! Cepat la cuti sekolah!
Telefon bimbit yang tiba-tiba bergetar di dalam saku seluar tidur mengejutkannya. Pantas ditarik keluar. Bibir tanpa sedar mengukir sengih lebar apabila melihat nama pemanggil.
"Helo, baby." Sengih Dash masih tak padam.
"Kakak, you say that word again and this line is history."
Ketawa Dash pecah tanpa dipaksa. "How're you?"
"Fine. And you?"
"Been better." Dash membetulkan sila. "Ayah dengan mama?"
"Fine and fine." Haikal membawa chips ke mulut. "Kakak, bila nak balik sini?" Terus tak ada mukadimah.
"ASAP." Dash melepas nafas perlahan. As soon as possible.
"Teruk sampai gitu sekali, huh?" Haikal ketawa.
Dash ketawa tawar. "Go figure." Macam la tak tau cerita.
"How ASAP is ASAP?"
"Elok je cuti sekolah mula. November. Kenapa?"
"Semua orang asyik duk bising tanya." Haikal menjulingkan mata sambil terus membawa chips ke mulut. "I'll bet my new AND1 gear there'll be one hella big party coming up for your coming back."
"I'm flattered." Terharunya dia orang nak buat party sambut aku balik.
Haikal hanya ketawa. "Just so you know..." dia berhenti seketika. "Josh dah balik States. Tapi Alana ada je la lagi kat sini. You're not gonna kill her bila dah sampai sini nanti, kan?"
"Tengok la." Dash sengih selamba. "Kalau kakak dapat one hunky Navy SEAL to get over Josh, selamat la dia kut."
"You've been reading too much Suzanne B. again, haven't you?" Haikal buat muka.
"Kenapa tak cakap Jane Austen?"
"Kalau la ada Navy SEAL dalam buku Jane Austen then I'm Abraham Lincoln's long-lost godson."
"Ha. Ha." Sepatah-sepatah Dash menuturkan sambil menjulingkan mata. Namun bibirnya mengukir senyum tanpa dipaksa juga.
"Do you really need a NAVY Seal after you've already got that Hitler anyway?" Haikal ketawa terus.
Dash buat muka. Teringat waktu di Istana Budaya dulu tu...
Dengan nafas tak berapa nak cukup dia termengah-mengah di belakang pentas Panggung Sari mencari kelibat orang yang dicari. Orang lain semua dah siap dalam barisan nak masuk ke pentas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Anthem
Ficção GeralEverybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Published April 2013, ISBN 9789670508629 Goodreads : https://www.goodreads.com/en/book/show/17800555-anthem