Epilog [ii]

1.8K 59 1
                                    

MUG BERISI LATTE diletak ke meja. Kemudian bersama piring kecil dan sudu garpu. Dicapai pula pinggan besar di atas kaunter yang sarat berisi timbunan chocolate-chip pancake. Dialih ke atas meja kayu di tengah ruang dapur tu.

Dari ruang depan terdengar bunyi pintu depan dibuka dan ditutup.

"Hun, breakfast is ready." Dia memanggil.

"Smells good." Suara menyahut sambil kaki melangkah masuk ke ruang dapur.

Dash angkat kening sebelah. "Ikhlas ke tu?"

Lee senyum aje. "Dah tu?" Dia letak beg berisi groceries di atas kaunter.

Dash capai mug tehnya dari kaunter. Sama diletakkan ke meja. "I burnt only three pancakes today, okay." Dia meluruskan telunjuk. "Kira rekod terbaik setakat ni la." Langkahnya kini ke arah peti ais. Nak mengambil jus oren, mentega dan maple syrup.

"So proud of you, love." Lee buka shopping bag di atas kaunter,mencari entah apa.

"You, kalau nak puji bagi bunyi ikhlas sikit boleh?" Dash meletakkan botol jus dan sirap di meja, bersama bekas mentega. Dia kemudian menarik kerusi untuk duduk.

Lee masih senyum juga. "No, really." Dia pandang Dash. "Thanks." Dia letak ros merah sedozen yang baru dikeluarkan dari beg.Dia hulur pada Dash yang dah duduk.

"What's the occasion?" Dash menyambut dengan senyum dan kening terangkat sebelah.

"For not burning the kitchen?"

Dash buat muka. "That is so not nice."

Lee ketawa. "No,really." Dia kini sama menarik kerusi di meja. "Thanks,hun."

Senyum dan juga ucapan terima kasih itu antara sebab yang habis konkrit yang membuatkan dia sekarang dah berani, boleh, dan mampu untuk masuk dapur tanpa menyebabkan kes letupan atau kebakaran. Roses,itu namanya bonus.

Ahad yang tenang, permai, ceria di tengah musim bunga. Dia tak ada kelas dan Lee tak perlu pergi kerja.

Lee memasukkan pancake ke dalam dua piring yang tersedia. "Haikal datang tak hari ni?" Dia tanya sambil menuang maple syrupke atas pancake di piring Dash.

"Sepatutnya." Sebab itu rutin Ahad yang selalunya. Dash capai telefon bimbit di meja. Butang ditekan menunggu panggilan bersambung. Dibiar telefon tu pada mode loudspeaker.

Haikal tahun ni dah tahun ketiga di University of Aberdeen. Buat law. Sebab katanya dia tak suka sains dan angka. Dia suka bahasa dan membaca. Kena la gayanya.

"Assalamualaikum." Suara Haikal menyambut.

"Wa'alaikumsalam." Dash menjawab. "Budak, kau nak datang breakfast tak? We're having pancakes."

"Siapa masak? Kakak ke Lee?"

Lee cepat bawa tangan ke mulut tahan gelak.

"Kau nak merasa makan left hook?" Mencerun mata Dash merenung telefon di meja.

Ketawa Lee pecah terus. Sama dengan ketawa Haikal dari hujung talian.

"Orang dah kat depan pintu la." Suara Haikal kemudian memberitahu apabila ketawanya surut.

"Miss me that much, huh?" Dash sengih pada telefon.

"Helleh, kakak. Cakap je la dia tu yang rindu kat orang!"

"Eew..."

"Weh, bukak la pintu!!!"



KOTAK BESI sederhana besar tu kini dah berterabur isinya keluar. Berwarna-warni, dan separuh daripadanya nampak kekuningan sedikit dimamah usia. Tiga mug yang separuh berisi tersadai di atas meja kopi di tengah ruang tamu.

"Nickleback's Photograph is a good song for this setting." Haikal sengih sambil pegang sekeping gambar. "Kakak. You remember this one?" Dia menegakkan gambar 4R tu di hadapan muka Dash.

Dash dan Lee serentak pandang gambar di tangan Haikal tu.

"You were a cheerleader?" Lee yang bersila di sebelah Dash berpaling pandang si isteri dengan rahang bawah jatuh seinci.

"Middle school." Dash jentik dahi Haikal. Mengantoikan orang tu, kenapa? "Cut me some slack." Dia kembali pada kepingan-kepingan gambar yang bersusun di atas ribanya.

Haikal masih lagi menggelakkan kakaknya.

"Oh, this is precious." Dash ketawa.

Lee memanjangkan leher melihat gambar di tangan Dash. Keningnya terangkat tinggi. "He really dressed up in that?"

"Gambar apa tu?" Mata Haikal mencerun.

Ketawa pecah di antara Dash dan Lee.

Sah menggelakkan aku! Laju Haikal merampas gambar di tangan Dash tu. "Aaargh... bukan dah bakar ke semua gambar yang fasal ni...?"

"Apparently not." Lee senyum keji. "Mahal boleh buat modal blackmail tu." Dia angkat kening double-jerk.

Gambar Haikal pakai tights, leotard dan kostum labu. Untuk persembahan pentas waktu kindy school. Dia kena jadi labu untuk cerita Cinderella rasanya. Entah. Dah tak ingat. Tapi memang legend la gambar tu. Haha.

Dash ketawa menggeleng. Dia sendiri banyak aje gambar-gambar pakai leotard dan tutu dari zaman masuk balet dulu. Tapi Haikal mana pernah rela nak masuk benda-benda macam tu.

"Macam tak percaya je orang dulu ada mohawk kuning tiga inci." Haikal menggumam sendiri sambil tangan kanan mengusap rambut pendek di kepala, sementara tangan kiri memegang gambar waktu di DC. Dia pandang Lee. "Lee, kau pernah ada mohawk?"

Lee hanya senyum angkat sebelah bahu. "Aku tak pernah la teringin nak merasa pelempang Kolonel Husni saja-saja."

Ketawa pecah di ruang tamu tu.

Haikal kembali memandang gambar di tangan. "Rasanya lepas kuning I did a red one as well, kan kakak?"

"Dan lepas tu hijau masa kat Delhi." Dash menyambut. "And don't forget that you got your first piercing masa tu jugak."

Haikal buat muka. "Man...."

"Not anymore, and it's a good thing, kan?" Lee mengucapkan sambil tepuk bahu Haikal.

Haikal meletakkan gambar di tangannya ke dalam kotak besi yang dibawanya dari rumah tadi. "Biasanya orang buta yang akan lebih hargai nikmat mata apabila dah boleh lihat dunia." Dia sengih lebar. "I am so bersyukur. Serius."

"Orang yang dah pernah merasa gelapnya jahiliah akan lebih hargai terangnya tarbiah, no?" Dash gosok kepala Haikal.

"Ditto."

Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah pada malam hari sehingga matahari terbit di barat. [Hadis riwayat Muslim]

 [Hadis riwayat Muslim]

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
AnthemTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang