41

1.1K 58 0
                                    

BAGAIMANA Penyebaran Kalimah Haq Boleh Dilakukan. Mata membaca baris tajuk di atas muka surat tu. Arah pandangannya kini kemudian jatuh pada perenggan di bawah tajuk.

Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [an-Nisaa: 165]

Maknanya penyebaran tu boleh berlaku dengan amalan soleh orang yang mengamalkan syahadah tu, agar orang nampak. Termasuk juga akhlak yang terpuji. Betul la kata orang. Action speaks louder than words, kan? Dan penting juga untuk ada kuasa besar. So that penyebaran tu boleh berlaku dengan pesat macam masa zaman khalifah, yes? Tapi kuasa besar mana pun tak beri hak dan lesen untuk penindasan ke atas agama lain. Rasulullah dan empat sahabat selepas tu dah tunjukkan contoh teladan. Peh. Aku berpeluh dengar diri sendiri cakap macam tu sebab sah bukan bunyi gaya Dash Johari. Sebab aku bab action tu pun dah kira failsecara epik tanpa perlu disangkal lagi.

Dash capai post-it notes dan marker sticker. Sebelah tangan lagi capai pen Sharpie. Dia mula menulis di atas kertas kuning tu sambil sebelah tangan lagi pegang buku di meja agar kekal terbuka di atas muka surat yang tengah dibaca. Siap. Pap! Ditambah ke atas corkboard di dinding. Kemudian dilekatkan pula dengan paku tekan di atasnya agar tak tercabut.

Bibir mengukir senyum sendiri di bawah sedar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bibir mengukir senyum sendiri di bawah sedar. Buku pemberian Kak Jiji tu dia tutup sambil dia menongkat dagu dengan tangan kiri yang ditegakkan. Kepalanya sedikit mendongak menengadah corkboard yang berselirat. Kak Jiji, I sure do owe you big time la. Dia mengucapkan dalam hati. Buku ditutup. Dia capai headphone di atas meja. Dipasang ke telinga. Butang 'play' pemain MP3 ditekan. Viopipe-Butterfingers dimainkan di tengah lagu.

Pertama kali kenal Kak Jiji waktu Young Caliphs Camp yang dia sertai waktu cuti lepas SPM dulu. Kak Jiji salah seorang fasilitator waktu kem. Tapi dia datang lambat sikit, sehari selepas kem bermula. Sebab dia ada kelas. Rupanya dia medic student kat Penang Medical College (PMC). Baru habis twinning years di Royal College Surgeons, Ireland (RCSI) dan sekarang tengah nak menghabiskan degree programme tu di Malaysia.

She rocks. Enough said.

Sebabnya, benda pertama yang dia cakap kat Dash waktu pertama kali jumpa tu....

"Ei... Jack Skellington!" Sengih lebar dengan mata bersinar dia menegur apabila tengok kepala Jack Skellington di atas baju-T yang Dash pakai hari tu. "I love The Nightmare Before Christmas! Tim Burton is a genius! Serius."

See?

Apabila ditanya pada Kak Jiji tak pelik ke tengok budak macam dia datang join youth camp yang namanya Young Caliphs Camp, Kak Jiji pula yang merenungnya kembali dengan muka pelik.

AnthemWhere stories live. Discover now