22

1.3K 61 0
                                    

HUJUNG JEMARI KANAN berlari di atas kekunci hitam-putih berkilat tu. Memainkan lagu yang ingat-ingat lupa daripada memori tanpa sempat dicerna oleh akal kenapa tangan memainkan irama itu. Dipandu perasaan mungkin. Tersekat. Terencat. Disambung. Terhenti. Tertahan. Dan disambung main semula bar yang sama.

"Why are you playing Love Story?" satu suara tiba-tiba berbisik kuat di sebelah telinga kiri. Nada gaya konspirasi.

Jemari keras terus di atas kekunci piano. Lagu tema filem Love Story gubahan Francis Lai tu mati terhenti di tengah lagu. Ada pulak la yang tiba-tiba datang nak kacau daun. Pft.

Dash berdeham perlahan sambil mengurut belakang leher. "Random." Dia angkat bahu kanan gaya tak ada apa untuk menjawab pertanyaan tu. Kedua-dua belah tangan yang tadi di atas kekunci piano dibawa ke riba.

Haikal sengih. Konon sangat la tak ada apa! Dia menghenyakkan tubuh di sebelah kakaknya di atas kerusi piano panjang tu. Jemari kanannya dilarikan di atas kekunci putih-hitam tu, memainkan C Major scale menaik. Seketika hening tanpa patah kata antara mereka.

Dash di sebelah bawa tangan kanan kembali ke piano. Hanya mengetuk-ngetuk hujung telunjuk kanan di atas F sharp tanpa tempo. Haikal dipandang dengan hujung mata. Adiknya tu masih pakai seluar formal dinner tadi dengan kemeja yang lengannya kini dah berlipat tinggi sampai ke siku. Hujung baju dah terkeluar dari seluar. Jaket dan tali leher entah dia dah campak ke mana agaknya. Budak ni la....

"Kenapa tak tukar baju lagi?" Dia sendiri dah tukar pakai sweatpants dan sweatshirt.

"Malas." Jari memainkan C Major scale menurun.

Dash menjulingkan mata ke siling. Perangai tak berubah! Nak kena rempit, kena jerit, baru nak salin baju.

Haikal kini meletakkan kedua-dua belah tangan di atas kekunci piano. Jemarinya menari memainkan lagu yang baru tadi dimainkan kakaknya. Lancar tanpa tersekat-sekat, tak macam ala-ala versi radio hampir habis bateri yang dimainkan Dash tadi. "Random, huh?" Haikal selamba menolak bahu kiri Dash di sebelah dengan bahu kanannya. Love Story masih berlagu.

Hujung telunjuk yang melompat di atas F sharp terhenti. Dash jeling Haikal. "Kau nak cari gaduh?"

"Melankolik semacam. Apa kes?" Love Story dihentikan.

Dash jeling lagi.

Haikal hanya sengih. Kedua-dua tangannya kini didaratkan ke atas papan kekunci piano mencari posisi baharu. Jemari kanan mula menari sebelum jemari kini masuk memainkan chord permulaan lagu.

Dash mencondongkan kepala ke kanan. Cuba mengingat, macam kenal intro lagu ni. Eh... ni bukan ke...

"Tale as ooooooolllldd as tiiiiiiiiiimeee... true as it can beeeeeeeeee... barely even frieeeendds... then somebody bends... uuuuuuunexpectedlyyyyyy..." Haikal menyanyi penuh perasan sambil memainkan lagu.

Rahang bawah Dash jatuh ke lantai. "Kau apa ke hal?" Menyanyi lagu Beauty and the Beast tiba-tiba dengan muka sengih keji macam tu?

"He's the beauty. You're the beast." Haikal sengih selamba. Lagu terhenti di tengah stanza.

"Hoi!!!" Laju bahu Haikal yang terhinggut dek ketawa ditolaknya. Kurang kesedaran sivik punya adik!

Ketawa Haikal masih tak habis berhenti. Dia membetulkan letak leher baju yang senget-menget bahana ditolak Dash tadi. Kakak tak payah cakap pun dah boleh agak dah duk random main lagu Love Story tu sebab 'siapa'. Macam la masa charity ball tadi kakak duk sembang sampai dua jam dengan ramai orang sangat. Helleh. Sorang tu je yang aku nampak!

Dash turut ikut sama ketawa tanpa mampu ditahan. Haikal ni memang la. Tapi memang macam lawak pun ada. Tadi boleh bersembang bergelak ketawa secara sivil tanpa berlaku Civil War antara dia dan Lee. Cuma waktu lepas Lee tanya fasal Josh tu aje la hampir berlaku pertumpahan darah... ops... silap, pertumpahan air yang nasib baik tak kena simbah.

"Sembang apa tadi dengan anak Uncle Husni tu?" Haikal angkat kening double-jerk. "Macam tak habis-habis je gayanya."

"Sibuk!" Siku kiri dah dah dihala ke rusuk Haikal. Sempat ditepis adiknya yang seorang tu. Nasib baik. Kalau tak mau lebam kut!

Haikal hanya angkat bahu. Apa-apa hal nanti kat aku jugak yang dia nak cerita. Tak apa. Tak ada hal kalau tak nak cerita sekarang pun. Tapi buat kakak annoyed memang best. Hahaha.

"Jom. Sinatra seround." Hujung telunjuk Dash mengetuk-ngetuk B flat di depannya.

"Neil Sedaka la." Haikal meningkah.

"The Temptations." Dash menyela.

"Boring la kakak ni! Tak pernah nak bagi can kat orang." Haikal cebik. Tak puas hati. Gaya mengada nak bermanja tu sebenarnya.

"Buruk ah muka macam tu."

Ketawa.

Haikal=adik. Tapi bukan hanya sekadar adik. Haikal kalau nak dikira secara teknikalnya, satu-satunya sahabat baik merentas masa yang dia ada. Kalau diikutkan memang patut bersyukur dapat adik macam Haikal. Hubungan baik tak pernah bergaduh berperang besar macam apa. Takat sakat merajuk, tu kira normal la tu. Nama pun adik-beradik. Tak pernah masam muka tak sah la tu namanya.

Mereka jadi rapat sungguh sebab mereka hanya ada satu sama lain setiap kali ayah kena pindah. Duduk kat satu-satu tempat setiap kali pindah ke tempat baharu bukannya untuk tempoh waktu yang lama. Hanya cukup untuk buat kawan baharu, rapat, dan kemudian berpisah semula. Dah lali dengan kitaran tu. Dan setiap kali masuk sekolah baharu, akan rasa selamat. Sebab tau, sekurang-kurangnya ada muka yang familiar di sekolah yang sama. Dan apabila kena pindah ke ceruk dunia mana sekalipun, pasti ada seorang kawan yang dah sedia ada tentunya. Itu namanya satu comfort. Keselesaan.

"Haikal."

"Hmm?"

"Rindu Malaysia?"

Haikal diam seketika. Merenung. Memikir. Kemudian pandang kakaknya. "I... don't know what to miss." Jujur dia menjawab.

Kerana tak banyak masanya sepanjang dia membesar dia berada di tanah air sendiri. Tanah tumpah darah pun kat Bucharest kut! Nilai sentimentalnya tak dilaburkan pada tempat, kerana tempat akan berubah setiap kali pindah. Dia belajar benda tu ketika usia muda. Nilai sentimentalnya habis dilaburkan pada mereka-mereka yang sentiasa ada bersamanya tak kira tercampak ke benua mana,ke ceruk dunia mana. Kakak, ayah, mama. Tu aje. Pelaburan yang dijamin tak rugi ke mana, dan dividen sah berganda.

Dash senyum segaris. Angguk. Faham. Sangat-sangat faham. Dia melepas nafas perlahan.

"But I miss you when you're in Malaysia though." Sekali lagi jujur dia memberitahu dengan muka riak gaya tak ada apa. Dia tak pernah rasa kekok nak lafazkan apa-apa hal pada kakak.

"Miss you too, baby." Bahu Haikal diraihnya. "Miss you too."

AnthemWhere stories live. Discover now