8

1.4K 70 1
                                    

DEBARAN tahap menggila petala kelapan. Cuak... cuak... tapak tangan terasa berpeluh di dalam sarung tangan. Terik matahari pagi memancar di atas kepala, tapi badan terasa basah dengan peluh sejuk. Lambat-lambat dia membetulkan letak beret di atas kepala. Terdengar aje sejak dari sekolah tadi orang sok-sek-sok-sek, hatta dalam bas masa dalam perjalanan ke stadium pun. Sekilas dia memandang keliling. Semua orang tengah sibuk betulkan uniform dan instrumen masing-masing.

"Sett." Dash memanggil rendah.

Sett tak berpaling. Sibuk membetulkan letak beret dengan bercerminkan bell trombon sambil bersiul rendah melagukan Viopipe.

"Sett." Dia mengulang panggil.

Sett memandang sekilas dengan tangan masih di kepala. "Aku handsome tak hari ni?" dia sengih bertanya.

Mangkuk mi tomyam betul kawan aku sorang ni... rasa nak tepuk dahi aje. "Better looking la kalau banding dengan Sarjan Hamid." Malas-malas Dash menjawab. "Sett... aku rasa macam Pak Singh Ranjit Kaur je ni..." dia merengus perlahan sambil menarik muka. Kepala rasa berat kembang semacam.

"Dash, you look beyond gorgeous. Drop dead gorgeous." Sett kenyit mata sambil sengih mengusik. Kedua-dua belah tangannya meninggalkan beret di kepala. Berpuas hati dengan bayangnya di bell trombon.

Dash mengetap bibir sambil menjulingkan mata ke langit. "Sett...." Aku rasa kepala berat macam kena bungkus dengan tuala dia kata drop dead gorgeous. Aku drop deadkan dia dengan backhand karang baru tau.

"Tell you what." Sett menuturkan rendah ala-ala stage whisper dengan sengihnya yang masih tak padam. "Betul kau drop dead gorgeous, aku tak tipu. Ada living proof." Dia angkat kening double-jerk.

Kening Dash terangkat sebelah. "Sett, kau jangan buat lawak pagi-pagi subuh dengan aku boleh tak?"

Sengih Sett masih tak cair. "Ada dua lelaki yang sampai speechless tengok kau macam ni."

Huh? Rahang bawah jatuh.

"Lee dengan Sarjan Hamid."

WOOHOO!!! Band rocks!!! Dash bersandar di kerusi stadium. Kakinya berlipat dalam sila santai. Trombon di dalam peti tersadai di sebelah. Clash of the Bands tamat juga. Tengah nak menunggu waktu untuk naik bas balik ke sekolah. Ada lagi sejam.

Mantap tak mantap tu.... Dapat naib johan. Kalah dengan ACS aje. Azhar cakap tadi kalah mata fasal formasi aje. Memang tak boleh nak kata apa la. ACS punya formasi macam-macam gaya tu. Siap snare drummers main baling-baling tukar drumstick ala-ala juggler Royal Circus of London. Base drummers dengan tenor drummers pun sama. Mantap....

Pandangannya ditebar ke sekeliling. Ahli-ahli band dari segala macam sekolah saling bergaul. Bersembang, berkenalan, beli air, kemas instrumen, buat itu ini. Hanya boleh dibeza dengan uniform yang lain-lain jenis aje.

Dash melepas nafas perlahan. Habis satu beban dah.... Lepas ni drill untuk Konsert Kementerian pulak. Waarrrgghhh!!! Bila aku boleh lari daripada Lee? Dia memejamkan mata sejenak. Tahan la, Dash. Tahun depan kau raya sakan la mamat tu dah tak ada kat sekolah tu dah. Dash kembali menebar pandangan ke sekeliling. Mana budak-budak angkatan trombon geng aku ni? Tadi janji kata nak tolong belikan air. Ni bayang pun tak nampak. Tekak dah la rasa kering semacam. Air sebotol dah habis. Kepala pun rasa panas semacam. Can take off, ah? Hati berkira sendiri.

"Eh? Sorang je?"

Huh? Dash berpaling lipat maut mencari siapa yang menegur. Seperti kukenal suara ini...

AnthemWhere stories live. Discover now