28

1.1K 66 2
                                    

"DASHIE, BETIYAA!!!" Satu suara melaung kuat dari jauh. Sayup-sayup terdengar masuk ke telinga.

"Ji haan." Mulut automatik menjawab laungan tu. Dash angkat muka daripada buku di tangan. Pagi-pagi duduk atas kerusi buaian tengah laman sambil baca novel memang layan. Tambah-tambah dengan chai panas dan samosa berasap.

Mana ke dianya pun orang yang memanggil tu? Kening Dash berkerut. Dia pandang keliling pada segenap ruang laman. Bunyi macam datang dari luar pagar suara tu. Tapi bayang apa pun tak nampak. Suara tu macam suara Kuldeep Uncle pun ada. Tauke ladang lembu tu datang nak menghantar susu ke?

Kereta melungsur masuk ke porch.

"Dashie, betiyaa!!!"

Khan Baba pakcik tukang kebun rumah mereka tu melangkah turun dari sport utility vehicle (SUV) dari pintu penumpang depan. Mukesh Uncle tak sempat tarik brek tangan lagi tu agaknya. Laa... Khan Baba rupanya yang melaung tu.

"Ji haan, Khan Baba." Dash senyum lebar. Pakcik favourite yang kerja kat rumah ni. "Kya?" Macam tak cukup tanah mencari aku tu kenapa?

"I got you present, na." Lebar sengih Khan Baba. Dari telinga kiri ke telinga kanan. Panjang langkah kakinya menghala ke arah buaian Dash di bawah pokok mangga dengan kedua-dua belah tangan disorok di belakang.

Bibir Dash turut sama mengukir sengih. Duduk sini memang banyak pembantu. Sebab dah jadi budaya sini agaknya. Rata-rata rumah orang kedutaan kat sini paling kurang mesti ada empat orang pekerja; tukang masak, tukang cuci, tukang kebun, tukang bawakkereta... eh, pemandu. Dan Khan Baba yang macam atuk ni memang rajin betul melayan dia dan Haikal.

"You got me a husband, ha, Khan Baba?" Dash sengih. Memang long-standing joke mereka berdua. Menyuruh dia cepat kahwin sejak dulu lagi walaupun masa zaman sekolah. Kerana katanya semua anak gadis perlu kahwin cepat agar ayah-ayah tak pening kepala nak menjaga. Sabar je la. Aku ni masak air pun hangit lagi.

"I was in CP with Mukesh Uncle..." sengaja Khan Baba tak menghabiskan ayatnya. Nak suruh Dash meneka sendiri. CP – Connaught Place.

Mata bersinar berbintang terus. Buku jatuh terus ke atas kerusi buaian. Dash melompat terus turun dari buaian. "Roses!!!"

Dekat Connaught Place tu ada pasar bunga yang saaaaaangat besaaaaaaaaaaar. Segala macam jenis bunga ada dan harga sangat-sangat la murah. Kalau nak buat mandi bunga, tak payah pakai air pun boleh nak penuhkan satu tempayan air tu dengan kelopak bunga saja. Dia jadi gila bunga hidup ni pun sejak duduk Delhi dan tau fasal pasar bunga Connaught Place tu la. Dan Khan Baba rajin tolong belikan bunga. Sebab dia tak bagi Dash pergi sendiri. Pasar tu buka pukul empat pagi dan orang habis berjual pukul sembilan pagi. Anak gadis kalau pergi gelap-gelap pagi buta tu nak cari fasal namanya, tambah kalau bukan orang tempatan. Kalau hari dah siang cerah terang-benderang, tu lain.

Bunga ros dua tangkai yang berkualiti tinggi boleh dapat dengar harga Rs7 kut kalau pandai tawar. Padahal kalau beli kat kedai bunga mau kena cekik sampai Rs30. Memang la Rs30 tu lebih kurang USD2 aje. Tapi kalau dah boleh beli dengan harga berkali ganda lebih murah kenapa nak buang duit, tak ke? Kalau nak lagi murah, pergi waktu dah dekat nak pukul sembilan, apabila pasar tu dah nak habis. Lagi la sakan semua penjual turunkan harga sebab nak pastikan jualan habis. Sebab takkan nak jual bunga layu esoknya.

"Ta daa!" Khan Baba membawa sejambak bunga ros merah yang belum kembang penuh dari belakangnya, yang disorok daripada pandangan Dash tadi. Kalah gaya orang bagi bunga waktu nak propose kahwin.

"Khan Baba, you rock!" Dash menyambut jambak ros tu ke dalam pelukannya dengan sengih tak habis dari telinga kiri ke telinga kanan. "Thank you, ya." Dibawa ros-ros tu ke wajah. Wangi.... Oh... suka... suka... suka....

AnthemWhere stories live. Discover now