DARI BERANDA boleh kedengaran suara Mukesh Uncle menyanyikan lagu Main Shair To Nahin daripada filem Bobby sambil dia tengah basuh kereta. Mukesh Uncle memang suka menyanyi. Dan lagu-lagu yang dia suka semuanya lagu zaman 1960-an sampai 1980-an aje. Sampai dia dan Haikal dah boleh hafal lirik lagu Dekho Ab To nyanyian Muhammad Rafi dan Asha Bosle tu. Tu tak sebut lagi fasal Har Dil Jo Pyar Karega daripada filem Sangam dengan Chal Chal Chal Mere Saathi daripada Haathi Mere Saathi. Mukesh Unclememang klasik habis.
Dash membawa rava ladoo ke mulut dengan sebelah tangan lagi mengalih muka surat. Rava ladoo Beena Aunty memang terbaik la. Bebola semolina manis tu Beena Aunty buat kastad vanila sebagai kuah tambahan. Antara benda nak makan yang dia paling rindu apabila kena balik Malaysia, rava ladoo ni la. Sebiji lagi ditarik dari pinggan di atas meja. Dia membetulkan letak baring tubuh di atas sofa dan buku di dada. Cuti, memang satu nikmat.
"Whatcha reading?"
Dash mendongak. Haikal berdiri di belakang sofa.
"Weh, makan ladoo tak ajak orang!" Muka cemberut tak puas hati.
"Kau tu yang terperap duduk dalam bilik kalah anak dara kena pingit." Dash dah balik pandang buku.
"Anak dara kena what?" Berkerut dahi Haikal.
Dash malas nak layan.
Haikal duduk di atas meja. "Orang buat homework la." Ladoo dicapai sebiji. Ngap! "Baca buku apa tu?" dia bertanya dengan mulut penuh. Kepala sedikit dicondongkan, cuba nak membaca tajuk di muka depan.
"Kalau mama nampak kau bercakap dengan mulut penuh tengah makan, ada yang kena tarik telinga tu nanti." Dash menggumam dengan mata masih membaca. "Tak senonoh betul!"
"Mama tak ada, dia pergi meeting DiliExpat. Nyeh!" Haikal jelir lidah. "From Beirut to Jerusalem: A Woman Surgeon with the Palestinians." Dia membaca tajuk buku Dash. Dia pandang muka kakaknya. "Beli mana?"
"Kawan bagi." Pendek jawapan Dash.
"Best?"
"Banyak mana yang kau tau fasal the Israeli occupation over Palestine?" Sekilas Dash pandang Haikal.
Haikal hanya angkat bahu. Tak kisah dan tak pernah ambil tahu. "Yang fasal insiden kakak buat havoc dengan Israeli Embassy of Washington Office masa kat base dulu tu Haikal tau la." Dia sengih lebar.
Ada yang kena baling dengan buku ni karang. Dash menjeling. Memang ada insiden pun sebenarnya. Suatu masa yang tak berapa nak lama dulu, masa zaman akal pendek. Insiden politik yang buatkan perintah berkurung dan ayah sakit kepala tahap maharaja sebab dia. Tapi dia bukannya sengaja! Nasib baik tak melarat-larat masuk muka depan akhbar.
Pak Yang, adik ayah di KL tu tentera. Pak Yang kerja dengan MINDEF (Ministry of Defense). Dan rumahnya dalam base. Waktu tu tahun pertama dia kena campak balik Malaysia. Walaupun sekolah di Kuantan dan duduk rumah Pak Lang waktu cuti pendek, cuti semester hujung tahun memang harusnya dia balik Delhi. Nak balik Delhi, akan duduk rumah Pak Yang dulu sebelum naik kapal terbang.
Ditakdirkan, dia dapat e-mel daripada Evia, kawan baik masa di DC dulu mengatakan yang dia layover transit di KL sebelum balik ke DC dari 'kampung halaman' negara asal. Ayahnya wakil kedutaan di Washington DC. Nak pendekkan cerita yang ela, mereka berjumpa di tengah KL dan dia bawak Evia balik base, untuk slumber party sehari kononnya.
Mungkin tak ada masalah kalau Evia tu namanya Evia Hernandez dengan cop pasport dari Chile. Tapi Evia yang ni namanya Evia Yaron-Radnitz yang cop pasportnya dari Israel. Yang hanya dapat masuk Malaysia setelah ada pelepasan daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri sebab dia anak diplomat. Tapi tu tak bagi lesen untuk dia masuk base rupanya! Masa tu memang sah tak faham kenapa hampir jadi benda besar. Setakat bawak kawan dari sekolah takkan sampai kena perintah berkurung kut! Serius tak faham apabila hampir satu base kecoh sebab dia.
Yang nyata masa tu Pak Yang sakit kepala, ayah yang jauh beribu batu dari Malaysia pun sakit kepala.
Ada benda yang dalam skala lebih besar rupanya. Selama ni tak pernah ambil tahu pun fasal polisi Malaysia-Israel. Selama ni tak pernah perasan dan ambil tahu pun yang dalam pasport Malaysia tu ada tulis tak boleh masuk Israel.
Elok aje di muka surat dua tu bertulis:
PASSPORT INI SAH DIGUNAKAN UNTUK SEMUA NEGARA KECUALI:
THIS PASSPORT IS VALID FOR ALL COUNTRIES EXCEPT:
ISRAEL
Dan polisi tu rupanya anggap la vice-versa. Timbal balik.
Masa tu memang tak faham apa salahnya pun dia bawak Evia. Apa salahnya Evia tu orang Israel? Apabila baca buku ni, baru dia terdiam sendiri. Tak, dia tetap tak ada masalah dengan Evia being an Israeli, being a Jew. Hanya persepsinya akan berubah kalau Evia sokong Zionisme. Tu aje. Tapi dia tak pernah tahu apa prinsip Evia tentang Zionisme. Tak pernah kawannya yang seorang tu sebut apa-apa tentang tu. Budak gembira riang ria. Mana pernah ambil tahu sangat fasal dunia.
Apabila dah besar, boleh fikir, baru la segala benda yang jadi tu make sense. Baru la segala hal yang orang asyik duk bising di kolej fasal boikot barangan buatan Israel tu make sense. Walaupun ketika mula masuk kolej dan didedahkan fasal isu boikot tu, sekali lagi dia bikin kontroversi apabila dia keluarkan kenyataan...
"Why are you guys so against Israelis? They are nice people. My best friend in DC was a Jew AND an Israeli. And she's nice!"
Serius. Memang masa tu dia naif tak tau apa-apa.
Dan Kak Jiji terus hadiahkan dia buku From Beirut to Jerusalem ni.
"Kakak."
Dash angkat muka daripada buku di tangan.
"Malam ni Ladies Night kat Kudzu." Haikal sengih lebar dengan sebiji lagi ladoo di tangan.
Muka kelam.
"Ladies Night!!!" Haikal mengulang dengan suara naik seoktaf. Kut la tadi tak dengar.
Masih jugak muka tak bagi reaksi.
Giliran Haikal pula muka kelam pandang Dash.
Dash geleng. Tanda tak nak.
"Kenapa?" Berkerut dahi Haikal.
"Tak ada kawan nak pergi." Tanpa nada jawapannya. Semua orang kan dah balik ke negara masing-masing untuk sambung belajar di kolej dan universiti. Macam Josh dulu. Macam Aleksandr. Macam Alexei. Haikal pun pastinya dah maklum fasal tu. Alasan konkrit.
"Never stopped you before?" Haikal memeluk tubuh dengan kening terangkat sebelah. Skeptik. Dah gaya macam bouncer jaga kelab malam pun ada. Tapi tercemar sikit gaya tu sebab tangan pegang ladoo.
Dash tak menjawab.
"Nak Haikal teman? I've got my fake ID already." Kira standard la kat mana-mana pun. Kad pengenalan palsu nak masuk kelab dan pub satu kemestian yang dah jadi keperluan untuk budak-budak bawah umur.
"No, thanks." Dash menjulingkan mata ke langit. "Lagipun, pergi clubbing dengan adik sendiri macam weird tak ingat dunia kut. Eww..." Dash buat muka. "Regardless what your fake ID says who you're."
"Dah tu?"
Dash tarik nafas panjang. "Not in the mood, kay." Dia menjawab rendah dengan mata kembali pada buku di tangan. Kembali kepada mimpi ngeri dunia realiti di Sabra dan Shatilla.
"Malaysia sucks the fun out of you." Haikal berkerut muka.
Dash buat tak dengar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Anthem
Narrativa generaleEverybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Published April 2013, ISBN 9789670508629 Goodreads : https://www.goodreads.com/en/book/show/17800555-anthem