45

1.1K 57 0
                                    

KEMBALI KE DELHI. Buat kali terakhir. Haih. Ni la namanya putaran hidup. Dah cukup masa namanya untuk meninggalkan Chanakyapuri ke 'rumah persinggahan' yang seterusnya. Lepas ni ke Ankara. Yang akan menambahkan lagi pengalamannya mengenal budaya dan dunia. Dan rasanya yang kali ni bakal jadi perjalanan yang sangat menarik. Sebab pertama kali ayah kena hantar ke negara yang majoritinya Muslim. Satu petanda mungkin?

Petanda apa, entah.

Dash pandang ke luar tingkap. Hujan mencurah-curah macam Air Terjun Niagara. Sekarang Delhi tengah musim monsun. Untuk langit bersungguh-sungguh menurunkan hujan hampir setiap hari bukannya perkara pelik. Hujan ribut pun bukan benda luar kebiasaan. Hujan panas pun bukan benda luar biasa. Banjir kilat pun sangat la dah tak rasa apa. Tapi rasanya KL pun lebih kurang juga.

Dia membetulkan letak sandar di kepala katil. Apabila dah hujan-hujan macam ni, antara benda paling best nak buat ialah berbungkus atas katil dengan buku dan teh panas di sebelah. Bliss! Mata kembali dialih pada buku pemberian Kak Jiji yang terbuka di riba. Menyambung bacaan di perenggan daripada Peranan Pelajar dalam Membina Masa Depan Dunia yang dia berhenti tadi.

Sebelum itu saudara-saudara patutlah percaya bahawa perbualan saya ini saya tujukan kepada semua pelajar di seluruh dunia Islam; iaitu satu kawasan dunia yang telah menyerah kalah kepada fikiran dan tamadun Barat setelah merengkok secara langsung beberapa lama di bawah penindasan mereka.

Buku ni mengutarakan isu fasal globalisasi, believe it or not. Ditulis berdasarkan teks ucapan 'Pakcik' Maududi. Padahal masa tu baru tahun 1960-an ke 1970-an. Pandang jauh ke depan pakcik ni. Impressive. Sangat relevan kut dengan masa sekarang. Kesan cultural imperialisme dah jadi darah daging sampai orang rasa benda tu normal. Sounds like a global thing, huh? Bukan la aku sorang je yang lalu benda tu sebenarnya. Tak tau antara nak rasa lega sebab bukan sendirian, atau rasa cuak sebab itu tandanya memang misi globalisasi sah dah berjaya apabila bukan hanya dia seorang yang melalui dilema yang sama?

Setiap cabang kehidupan mereka yang antaranya ialah pelajaran dan pendidikan membayangkan teori-teori dan sistem yang diterima dari Barat. Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama. Kerana itu para pelajar di dunia Islam menghadapi masalah yang sama.

Se-ku-lar.

Kak Jiji tak pernah pun paksa atau suruh dia pakai tudung atau tukar sense of fashion sepanjang mereka kenal. Tak pernah secara vokal dan terus. Tak pernah juga secara sindir. Mungkin sebab dia sendiri maklum yang mana ada orang suka kena arah, kena kerah, dan kena paksa.

Lepas dia pertama kali jumpa Kak Jiji lepas masuk kolej, dan dah pakai tudung masa tu, baru dia tanya Kak Jiji kenapa tak pernah suruh dia buat benda tu. Dan Kak Jiji tanya balik, adakah dia akan terima nasihat tu dan masih nak cakap dengan Kak Jiji lagi lepas diberi nasihat tu. Apabila fikir balik, a'ah. Sah la tak. Akan rasa 'berbulu' kut sebab ayat-ayat mengarah macam tu akan rasa bunyi judgemental.

Lagipun, Kak Jiji faham. Untuk situasi dia dengan latar belakang keluarga yang begitu, bukan mudah untuk mengubah yang luaran tu dulu sebelum benda lain. Lebih baik mulakan dengan benda asas dulu. Bab iman dan akidah.

"Plus, akak percaya, apabila dalam dah settle..." Kak Jiji menunjuk ke arah dada. "... insya-Allah benda tu akan dizahirkan di luar juga. Dalam appearance kita. Dalam akhlak kita." Dia menyambung. "Lagipun, I don't want to scare you off kut." Kak Jiji sengih mengusik.

Dash ketawa. Mau aku lari langkah laut kalau Kak Jiji terus keluar dalil hukum-hakam gaya hakim mahkamah syariah.

"Tapi tu bukan formula yang default." Kak Jiji senyum segaris. "Ada orang rasa lebih mudah untuk ubah diri dengan mula dari dalam. Dalam kata lain dia belajar balik fasal Islam, mantapkan balik bab iman dan akidah, dan baru lepas tu hal ibadah follow suit."

Dash sengih kelat. Aku ke?

"Ada orang yang rasa lagi senang mulakan dengan benda-benda fizikal ni dulu sebab akan terus rasa terjaga. Contoh, kalau dah pakai tudung macam tak kena la kan kalau nak masuk clubs. So mungkin akan rasa lebih terjaga dari sudut tu. Dan dalam masa yang sama dia belajar balik bab-bab iman dan akidah ni." Kak Jiji tambah.

Oh... Dash mengangguk lambat-lambat.

"Bagi setengah yang lain pulak dua-dua benda tu gerak sekali. Kita kena ingat. Setiap manusia tu berbeza. Dari segi latar belakang, keluarga, fahaman agama, fahaman budaya, fahaman segala.... So, tak adil la kalau kita nak pukul rata. Tak ke?"

"Very." Dash menyahut setuju.

Teringat perbualannya dengan Sarjan Hamid waktu zaman military band di sekolah, waktu dia pertama kali kena paksa pakai tudung sebab nak bagi seragam satu pasukan. Pukul rata.

"Pakai for the sake of uniformity. Bukan pakai sebab memang nak pakai. Mungkin I just don't belong. Saya belum mampu lagi nak buat semua tu." Itu yang dia cakap pada Sarjan Hamid.

Sebab waktu tu tak faham mengapa dan kenapa kalau dia nak buat begitu pun. Pakai tudung for good, that is. Sebab kalau pakai tudung waktu tu pun, tak rasa orang kat sekolah tu akan layan dia dengan cara berbeza. Sebab di mata mereka masih juga nampak Si Dash Dania budak Amerika. Dan sah di belakangnya mereka akan kata, 'Ala... dia tu berlakon je... macam la dia nak pakai sangat... mesti pakai sebab nak tutup mulut orang'.

"There's always a first step in everything." Balasan Sarjan Hamid masa tu, apabila dia cakap pada Sarjan separuh umur tu yang dia rasa hipokrit pakai kain sebidang tu di kepala hanya kerana arahan dram major.

Sungguh, kalau tak ada titik mula, sampai kiamat suatu garis itu takkan ada bentuknya. Sekarang apabila dah faham sebab dan jawapan kepada mengapa dan kenapa, baru dia boleh buat kesimpulan tu.

Dan bak kata Sarjan Hamid lagi, "Fake it till you make it. Tak salah buat benda yang betul."

Sungguhlah. Waktu tu tak terasa apa. Sekarang, baru terasa kesannya di hati.

Satu lagi pesan Kak Jiji sebelum dia balik ke Delhi. "Akan tiba satu masa, Dash, apabila masa tu you akan rasa sangat lost and alone." Kak Jiji memandangnya bersungguh-sungguh. "Tapi ingat dengan syahadah yang kita dah pegang dan dah faham. Wrong is wrong even if everyone is doing it. And right is right even if you are the only one doing it. Ingat tu."

Hanya sebab semua orang pakai baju biru dengan seluar hijau tak bawa maksud yang benda tu macam logik. Hanya sebab semua orang pakai baju kurung dengan but getah yang orang pakai pergi menorah getah tak bawa maksud yang benda tu masuk akal. Hanya sebab semua orang pakai halter top nampak pusat tak bawa maksud yang pakai halter top nampak pusat tu benda betul. Hanya sebab semua orang terjun bangunan, tak bawa maksud yang terjun bangunan tu tak salah.

Susah, sebab dalam era globalisasi, dunia tak ada sempadan. Memang la sempadan yang literal tu masih ada, tapi ideologi, mentaliti, fahaman dan pemikiran bukannya boleh ditahan oleh border patrol atau pihak kastam mana-mana negara. Fitrah manusia untuk ikut acuan massa dan masyarakat. Apa yang dianggap 'normal' dan 'trend'. Dan dia sendiri sebagai global citizen, sangat maklum dengan hakikat diri sebagai span yang menyerap segala apa yang ada di keliling untuk jadi sumpah-sumpah ) yang boleh menyesuaikan diri di mana-mana negara baharu. Yang kerjanya jadi tambah mudah kerana majoriti dunia kiblatnya semua ke Barat.

Dia masih boleh cari cream cheese dan bagel walaupun berada di Delhi. Dia masih boleh jumpa lagu The Rolling Stones dan Louis Armstrong walaupun berada di Paris. Dia masih boleh tonton The Nightmare Before Christmas versi Inggeris walaupun berada di Vienna. Dan dia masih boleh dengar siaran carta Rick Dees Weekly Top 40 walaupun berada di Bucharest. Dia masih boleh tonton Friends walaupun berada di Brussles. Menakutkan juga sebenarnya kalau nak fikir balik. Pengaruh dari luar yang berakar dalam kehidupan seharian, yang dah rasa sebahagian diri dan rasa pelik kalau tak ada. Padahal datangnya dari negara yang tak ada kait-mengait dengan asal-usul diri sendiri pun.

Dash tarik nafas panjang. Kena kuat. Kena kuat. Kena kuat.

Berusahalah jadi adamantium.

Dia kembali tunduk menyambung bacaan. 

AnthemTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang